Sign by Dealighted - Black Friday Coupons

KrONi

Tuesday, October 27, 2009

AiYaA ...

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))

halu3 ... sudah lama sangat aku menganaktirikan blog ini ... aku bukan sengaja tau ... nak tahu sobab apa aku tak hapdate ??? sobab - sobabnya yang munasabah ialah :

1 ) i feel really hectic for this semester
2 ) nak buat assignment pun tenet terkinja - kinja , inikan mahu hapdate blog
3 ) Utamakan pelajaran sebab aku betul - betul fokus untuk semester nih walaupun solat aku hilang dah khusyuknya hihi
4 ) lepas raya hari tuh , aku dah nawaitu nak update , boleh pulak itu tenet langsung tak der ...
kalau ada pun , 5 minit lagi disconnected cettt
5 ) aku dah ada rumah baru yang lebih best tapi aku dah bosan dok kat situ ... tuh pasal aku jengok balik rumah berhantu aku nih ... hehe

untuk makluman , cik antoo bakal menduduki peperiksaan subjek - subjek ilmu hitam bermula 1 november dan berakhir pada 4 november ... ada lah dalam 3 subjek gitu ... seram aku tau !!! mungkin 5 november cik antoo dah pulang ke istana hinggap beta di ipoh . lepas tuh mahu cari kerja ... walaupun telah mendapat pelawaan untuk ke sesi beramah mesra bersama si ehem - ehem pada 7 november di KL , aku macam ta kompem jerk nak pergi jumpa beliau ... wahahaha ... sangat kureng asam ini awek ... apa - apa pun , cari kerja adalah misi aku pada cuti kali ini ... bosan duduk rumah buat benda yang sama setiap hari , memang rasa nak muntah ... hihi ( cakap jer lah ko memang tak reti - reti dok dendiam kat rumah ) ... agenda terbengkalai aku :

1 ) tuntut result MUET yang aku amek pada pertengahan tahun 2008 tapi sampai skang tak sampai - sampai slip resultnya ... pelik jerk aku rasa ...
2 ) tukar lesen motor P aku walaupun sebenarnya aku kena tukar P ke lesen tetap pada Ogos 2008 ... aku rasa malas nak tengok lesen tuh lepas mengalami kemalangan ... tapi bila fikir balik yang aku buat lesen dulu guna duit parent , tak sampai hati pulak nak bazir gitu jerk ... ada saper - saper yang tahu lesen kalau tak tuko setahun jadi apa ??? kot kena denda ke , lesen dah tak boleh guna ke apa , tolong bagi tahu lah yerk
3 ) Biasakan diri dengan motor balik setelah setahun aku fobia nak bawa ... motor hilang setahun aku tak sentuh motor ... bila bawak balik , kemalangan pulak ... tambah lagi setahun aku tak sentuh motor ... nak jadi apa entah aku nih ...

aku akan cuba hapdate masa cuti nanti ... ok guys ! jangan lupa untuk doakan kejayaan aku dalam exam nanti ... kalau aku terkasar ke apa sampai korang rasa saket ati ngan aku , aku mintak ampon banyak2 ( masa raya ri tuh , aku lupa nak minta maap ! ) ... teruskan berblogging dan jangan buat blog bersawang setebal 5 inci macam aku ... haih

*dah lama tak YM ... rindu nak kacau kawan - kawan kat YM
**blog saper yang aku follow , aku bacalah ... sumer citer korang aku baca cuma aku tak komen ... dah macam silent readers gitu ... jangan marah ok , masa aku suntuk
***neo adalah bestfriend aku kat alam maya merangkap kembar konon - konon aku , jangan buli dia ok
***mana si zubair nih ??? nak kena baling selipar jamban ke dengan aku ???

Monday, October 5, 2009

EnTaH ...

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))

Aku tidak betah lagi nak ber"beta" dan ber"ana" di sini lagi ... lepas nih , aku ingat nak main sedap mulut jerk untuk kata ganti nama diri aku wokeyyy ...

Aku melalui saat – saat yang sukar pada semester ini tetapi aku tidak jadikan ia sebagai halangan untuk belajar . Aku pernah melalui peristiwa yang lebih sukar daripada ini iaitu sewaktu semester pertama . Kesukaran yang aku rasakan terbawa – bawa dalam kehidupan sehingga menjadikan aku seorang yang tidak professional . Akhirnya , apabila keputusan peperiksaan akhir semester pertama keluar , aku diletakkan dalam title PEMERHATIAN akibat pointerku yang berada di bawah paras 2.0 . Jika mendapat bawah daripada 1.8 , aku bakal disingkirkan dari dunia universiti . Alhamdulillah , Allah berikan aku kesempatan untuk memperbetulkan segalanya . Aku masih meneruskan pengajian dan kegagalan teruk yang aku alami membuatkan aku sedar bahawa semua orang yang berada di sekelilingku menyayangiku seadanya . Sungguhpun aku ini digelar "mulut puaka" dalam kalangan rakan – rakanku , aku sedar mereka sangat sayang padaku . Ketiadaanku boleh membuatkan suasana menjadi tidak seindah sediakala . Sungguh ! ( poyo betul tapi dalam kalangan saudara mara , ketiadaanku tidak menjejaskan apa – apa kerana aku sudah terbiasa berjauhan dari saudara mara ) . Semester kedua , aku sangat bersungguh – sungguh kerana matlamat aku pada ketika itu ialah mahu mendapatkan GPA 3.0 ke atas . Namun , rezeki itu milik tuhan . aku hanya mendapat 2.93 sahaja . CGPA ? Sudah tentulah berada di bawah paras 2.5 , tetapi melepasi 2.0 . Ibu cakap , apa yang Allah kurniakan , kita kena bersyukur dan redha seadanya . tetapi semangat usaha jangan pernah luntur . Pada semester kedua hari itu , jadualku banyak kelapangan . 3 hari sahaja waktu kuliah tanpa kegiatan kokurikulum merupakan jadual yang paling rileks kerana aku hanya dibenarkan memiliki 15 jam kredit sahaja .

Pada semester ketiga ( sekarang ) , pinjaman pelajaranku ditahan akibat pencapaianku yang kurang memberangsangkan pada semester pertama . Aku pernah berfikir untuk menangguhkan pengajian kerana aku tidak mempunyai kekuatan untuk meminta bantuan ibu bapaku . Semenjak tragedi aku menghilangkan motorsikal ayahku tanpa sengaja tiga tahun yang lalu , aku sukar untuk meminta – minta dengan ayahku . Aku sering mambayangkan kesukaran ibu bapaku dalam mencari rezeki . Aku juga didatangi memori yang aku tidak suka aku mahu ingatkan ( kemalangan pada tahun lepas ) . Kesukaran yang aku alami selalunya melibatkan keluargaku . Aku tidak mahu menyusahkan mereka lagi . Perkara itu sering bermain dibenakku . Saat aku mengucapkan tentang hasratku yang mahu menangguhkan pelajaran , rakan – rakanku terkejut bagai ternampak bayangan Altantuya yang dibunuh lagaknya ( Altantuya mati dibunuh di Puncak Alam , sangat dekat dengan Puncak Perdana ) . Saat itu , aku baru sedar bahawa aku memiliki rakan – rakan yang menyayangiku . Mereka menghulurkan segala sokongan termasuk wang ringgit untuk aku melangsaikan bayaran yuran pengajian . Mereka mahu aku menerima ijazah bersama mereka . Berat hatiku menerima pertolongan mereka tapi aku tak sanggup menghampakan mereka . Maka , aku meneruskan pengajian . Aku menduduki barisan pertama atau kedua pada setiap kuliah . Namaku yang ringkas membuatkan setiap pensyarah akan mengingati aku . Disebabkan aku sedar aku belajar menggunakan ihsan sahabat baik , maka aku membuat perubahan drastic dengan duduk di hadapan & menguatkan diri untuk menghadiri setiap kuliah . Alhamdulillah , semester ini , tidak sampai lima kali aku ponteng . Kokurikulum aku bersama Kesatria Negara yang aku selalu kutuk . Aku memasuki badan beruniform itu kerana jadualnya hari sabtu , pukul 10.30 pagi hingga jam 12 tengah hari . Pelajarannya adalah mengenai Tempur Tanpa Senjata ( TTS ) . Latihan jangan cakap , setiap hari sabtu aku "dibalun" oleh 2 orang jurulatih yang diimport daripada Aangkatan Tentera Malaysia . Setiap kali selepas latihan , semua anggota tubuh rasa seperti mahu tercabut ( betulkah ? ) . Tapi aku suka melakukannya . Semester hadapan , jikalau ada Kesatria Negara 3 ( Orientasi Peta ) , aku mahu sertai mereka . Nampak cantik sedikit kokurikulumku (hahaha ) . Semasa bulan Ramadhan yang jatuhnya pada September tahun Masehi , ibu bapaku mula bertanyakan kedudukan kewanganku . Aku membisu seribu bahasa ( kebetulan telefon bimbitku mengalami sedikit kerosakan ) . Tetapi jeritan batinku sangat mahukan pulang ke keluargaku kerana rindu ( semasa cuti H1N1 , aku pulang ke rumah mak ngahku di Kota Tinggi , Johor . Perbelanjaan ditanggung penuh oleh sepupuku . hahaha ) yang teramat sangat . Aku tidak pernah merasakan rindu sebegini walhal aku merupakan bekas pelajar sekolah berasrama penuh selama lima tahun . Rahsiaku terbongkar semasa pertengahan bulan puasa . Ibu bapaku terpaksa gunakan helah dengan menghantar pesanan ringkas menggunakan nombor telefon bimbit adikku . Pada masa itu , sangat kerdil rasanya diriku ini . Kebetulan , aku memang sangat – sangat memerlukan wang pada masa itu . Mahu pinjam dari kawan , aku sudah malu . Saat rahsiaku yang sudah diketahui keluarga ( adik – adik ku sudah lama tahu mengenai ini , kami menyorokkan daripada pengetahuan ibu bapa sahaja ) , ayahku telah memasukkan wang untuk perbelanjaanku . Malam itu aku berendam air mata . Keesokan harinya , aku bergegas membeli untuk pulang beraya dan melangsaikan segala hutang piutangku ( orang dah berduit katakana ) . Hutang – hutang melebihi RM50 , aku bercadang untuk membayar semula pada semester hadapan .

Semasa cuti raya aidilfitri , aku dah tak kisahkan persoalan tentang keluarga akan bertanyakan tentang wang pinjamanku . Apa yang ada dalam benakku hanya aku mahu balik untuk beraya bersama mereka . Pada hari raya pertama , sungguh syahdu . Aku pergi sembahyang raya di masjid . Kebetulan ayahku menjadi imam . Aku menangis semahunya dalam sujudku tanda bersyukur kepada Allah . Usai solat raya , kami pulang ke rumah . Bersalam – salaman dengan keluarga . Ibu bapaku menghadiahiku telefon bimbit baru ( walaupun tidak secanggih mana , cukuplah sekadar dapat melepaskan rindu terhadap mereka yang aku sayang ) . Mereka memberi pesanan bahawa selagi mereka hidup , mereka bertanggungjawab ke atasku selagi aku tidak bernikah . Saat itu aku sedar , aku mempunyai keegoan yang tinggi dan tidak bertempat . Walaupun niatku hanyalah tidak mahu menyusahkan mereka , tetapi lagakku itu seperti orang yang sudah tiada keluarga . "ha , esok nak kahwin esok , kahwin senyap – senyap . Berahsia sangat!" Kata ayahku kepadaku . Aku sudah biasa berkongsi masalah bersama rakan sehingga tidak betah untuk berkongsi masalah dengan keluarga . Sekarang , aku belajar untuk meluahkan kepada ibu bapaku .

Saat aku sedang mencoret ini , aku sungguh merindui keluargaku walaupun aku baru berpisah dengan mereka selama seminggu . Jiwa perempuan memang tidak dapat lari daripada merindui keluarga . Tetapi aku setkan di dalam benakku bahawa pada cuti semester nanti , aku akan bersama mereka juga . Kerja bertimbun – timbun . Bagaimana aku boleh mencoretkan ini di laman berhantuku ? kalau ko cetak entri ini , 2 muka surat penuh jumlahnya . Semasa SPM dan STPM , kenapalah susah sangat rasanya untuk mengarang ... huhu