Sign by Dealighted - Black Friday Coupons

KrONi

Friday, July 24, 2009

UiTM umum cuti awal seminggu ...

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))

Langkah diambil untuk kawal penularan H1N1

KUALA LUMPUR: Semua 15 kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) seluruh negara diarah menganjak ke hadapan cuti seminggu pertengahan semester kepada bermula semalam sehingga 2 Ogos ini sebagai langkah keselamatan mengawal penularan Influenza A (H1N1).

Langkah yang membabitkan kira-kira 140,000 pelajar itu kata Naib Canselor UiTM, Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah, adalah bagi membendung penularan virus terbabit di kalangan pelajar.
"Cuti pertengahan semester ini sebenarnya jatuh pada Ogos namun kita anjak ke hadapan bagi membolehkan pelajar bercuti lebih awal memandangkan ada kes jangkitan di beberapa kampus.

"Kakitangan pula bertugas seperti biasa kerana kebanyakan kes hanya membabitkan pelajar jadi mereka ini yang harus diberi cuti," katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam perkembangan sama, menurut Surat Pekeliling Naib Canselor UiTM kepada dekan fakulti dan pengarah kampus cawangan di seluruh negara yang dikeluarkan semalam, menyebut bagi UiTM cawangan Kelantan, Terengganu dan Kedah cuti itu adalah sehingga 1 Ogos.

Bagaimanapun cuti itu tidak berkuat kuasa bagi UiTM Kampus Lendu kerana ia dikira sudah mengambil cuti pertengahan semester ketika penutupan sementara (akibat H1N1) iaitu bermula 16 hingga Ahad ini dan kuliah akan bermula pada Isnin ini.



Bagaimanapun, pekeliling yang ditandatangani Prof Ibrahim itu tidak menyebut sama ada pelajar di kampus induk di Shah Alam ada menghidap H1N1.

Di MELAKA, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kampus induk UiTM di Shah Alam dibenar mempercepatkan cuti pertengahan semester berikutan penularan wabak berkenaan.

Katanya, cuti itu bagi membolehkan Jabatan Kesihatan menjalankan kerja pemantauan di kawasan kampus.



Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata empat sekolah dan sebuah politeknik semalam disahkan ada pelajarnya dijangkiti wabak Influenza A (H1N1).

Institusi pendidikan itu ialah Sekolah Menengah (SM) Sains Lahad Datu di Sabah yang mencatatkan dua kes; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pati Ambon di Sarawak (3); Maahad Tahfiz Kuantan di Pahang (4); Sekolah Kebangsaan (SK) Subang Bestari di Selangor (7) dan Politeknik Kota Melaka di Melaka (2).

"Sebanyak 18 kes yang dicatatkan di lima institusi pendidikan itu adalah antara 39 yang dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 8 pagi semalam. Kes baru turut dicatatkan di UiTM Seri Iskandar, Perak iaitu sembilan kes dan jumlah sama di UiTM Dungun, Terengganu," katanya.

Mengulas lanjut, Liow berkata, sepanjang tempoh berkenaan, hanya 20 individu disahkan masih menerima rawatan lanjut di hospital manakala 14 lagi meneruskan rawatan sebagai pesakit luar dan 954 pula disahkan sudah sembuh.

Di SUNGAI PETANI, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Merbok di sini, ditutup selama seminggu mulai semalam, selepas lapan pelajarnya disahkan dijangkiti H1N1.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Hasnah Ismail, berkata keputusan pemeriksaan yang dikeluarkan semalam mendapati lapan pelajar berumur antara 15 dan 16 tahun itu disahkan positif H1N1. - Berita Harian

RUJUKAN

No comments: