Sign by Dealighted - Black Friday Coupons

KrONi

Thursday, July 30, 2009

CuTi YaNg BeSt ...

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))

cuti2 tak balik ... sejak semester baru bermula , beta tak pernah keluar lagi dari kawasan puncak perdana ( senang cerita berkeliaran dalam & sekitar kolej jerk ) ... tiada duit , tiada nafsu untuk meronda - ronda ... haha ... malam nih , elok2 nak tidur , jadi tak tidur sebab sibuk layan gosip hollywood ... lama seyh tak baca kisah diorang ( macamlah dapat tauladan yang baik , hehe ) ... bila tinggal kat kolej , nak keluar rumah pun rasa malas ... keluar pun bersebab macam nak beli makanan ker , pergi library ker ... bukannya apa , malas nak mandi dan bersiap ... haha ... duduk rumah beta belajar , susun jadual kuliah , susun due date assignment , cari bahan assignment , jenguk2 database library , baca novel , layan youtube ( drama2 TV yang tertinggal macam Fara , Mr Mama 2 ) , layan gosip , layan lagu2 lama ( cari lagu2 lama untuk sesi imbas kembali ) dan merepek dalam memoir berhantu nih ... hahaha ... ada lagi sebenarnya yang beta buat lagi , saper tahu , tekalah ... hehe

pangai buruk beta , beta akan lupa dunia ( tak payah makan , tak payah tidur , tak payah mandi ) jika mendapat :
1 ) buku
2 ) internet
hehe ... dah biasa dari kecik ... SMS pun lambat reply ... solat jerk beta wat betul2 ... bila beta dah cakap gini , korang mesti dapat agak kan apa aktiviti beta di kolej ... lagipun , beta sendiri sememangnya takkan keluar ke marata - rata hala jika tiada tujuan ... mesti ada orang cakap , bosannya life ko ... pada pendapat beta , kita yang corakkan hidup kita supaya menjadi lebih menarik dan tidak bosan ... sesungguhnya , beta telah berkeras untuk tidak menggunakan istilah bosan seboleh - bolehnya kerana bagi beta , orang yang bosan itu tidak mempunyai matlamat hidup yang stabil ... this is just my opinion and it is up to you to think about it ...

pagi semalam ingatkan nak pergi main library UiTM kt seksyen 2 ... hujan lah plak pagi - pagi tu ... hujan pada waktu pagi sangat bagus untuk melancarkan aktiviti pejam mata puas - puas ... haha ... pukul 9 pagi karang , beta nak pergi ke main library kat seksyen 2 ... nak cari buku pendidikan untuk dianalisa ... ok lah ...malam kian melarut ... dilemma sama ada mahu beradu atau tidak ...

Sunday, July 26, 2009

tOiNg ToInG tOiNg ...

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))

Sejak UiTM memberikan pelajarnya bercuti bermula Jumaat kelmarin , beta tak balik pun ... Sengsara cuti semester lepas tak habis lagi ( sengsara sebab tak kerja , lepas tuh duduk rumah buat kerja rumah ) ... hahaha ... beta kan jenis tak reti duduk dendiam ... kalau tinggal di kolej , ada banyak benda yang boleh dilakukan seperti study , siapkan assignment , buat rujukan di library ( tenang jerk sebab tak ramai orang , privacy gitu ) dan membaca karya sastera berat ... Line WiFi jadi laju jerk lagi2 bila download filem kat mediafire ... percaya atau tidak , beta boleh download 1 filem yang ada 3 @ 4 part dalam masa 20 minit ... haha ... sambil download , bacalah buku ... kalau balik rumah , beta tahu beta tak akan buat kerja ... main PSP sudah tentulah ... huhuhu ... lagi pun , buat apa balik rumah ... adik2 sekolah , parent kerja , bosan2 mulalah beta buat kerja yang beta tak suka ... beta paling tak suka lipat kain , beta paling tak suka kemas bilik adik2 laki , tapi kalau dah bosan , sumer kerja beta bedal untuk mengisi masa ... adoiii ... rindu juga kat keluarga tapi kalau balik , RM40 melayang ... oh tidak!!! dibuatnya duit loan tak kuor2 , merana beta ... huhu ( beta sungguh dekut ! ) ... kalau bosan ngadap menda2 tuh , lari pergi banting ke , PC fair ke , pusat sains negara ke , ahahaha ... jalan2 sangat best jika duit ada ... haih ... jika terfikir tentang duit , adakah ini suatu penyakit mental ???

naik kuliah , ada assignment yang nak kena present ... ada review yang kena hantar ... huh ... program komuniti masyarakat perlu difikirkan ... seminggu tuh , pejam celik pejam celik , dah habis ... yang pasti , terdapat subjek2 yang beta tak pasti lagi tentang jadual waktunya ... nak gila rasanya masa hari khamis malam jumaat ri tuh , sumer subjek beta telah berubah groupnya ... mengong punya sistem ... alhamdulillah beta cepat sedar & rasa nak semak ... kalau tak , memang bermasalah jadual beta nanti ... tak der geng sekepala sudah semestinya kerana group2 tersebut adalah group asing ... udah lah !!!

* Ya Allah , permuudahkanlah jalan hidupku dan tetapkanlah imanku di jalanMu ...

Friday, July 24, 2009

UiTM umum cuti awal seminggu ...

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))

Langkah diambil untuk kawal penularan H1N1

KUALA LUMPUR: Semua 15 kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) seluruh negara diarah menganjak ke hadapan cuti seminggu pertengahan semester kepada bermula semalam sehingga 2 Ogos ini sebagai langkah keselamatan mengawal penularan Influenza A (H1N1).

Langkah yang membabitkan kira-kira 140,000 pelajar itu kata Naib Canselor UiTM, Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah, adalah bagi membendung penularan virus terbabit di kalangan pelajar.
"Cuti pertengahan semester ini sebenarnya jatuh pada Ogos namun kita anjak ke hadapan bagi membolehkan pelajar bercuti lebih awal memandangkan ada kes jangkitan di beberapa kampus.

"Kakitangan pula bertugas seperti biasa kerana kebanyakan kes hanya membabitkan pelajar jadi mereka ini yang harus diberi cuti," katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam perkembangan sama, menurut Surat Pekeliling Naib Canselor UiTM kepada dekan fakulti dan pengarah kampus cawangan di seluruh negara yang dikeluarkan semalam, menyebut bagi UiTM cawangan Kelantan, Terengganu dan Kedah cuti itu adalah sehingga 1 Ogos.

Bagaimanapun cuti itu tidak berkuat kuasa bagi UiTM Kampus Lendu kerana ia dikira sudah mengambil cuti pertengahan semester ketika penutupan sementara (akibat H1N1) iaitu bermula 16 hingga Ahad ini dan kuliah akan bermula pada Isnin ini.



Bagaimanapun, pekeliling yang ditandatangani Prof Ibrahim itu tidak menyebut sama ada pelajar di kampus induk di Shah Alam ada menghidap H1N1.

Di MELAKA, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kampus induk UiTM di Shah Alam dibenar mempercepatkan cuti pertengahan semester berikutan penularan wabak berkenaan.

Katanya, cuti itu bagi membolehkan Jabatan Kesihatan menjalankan kerja pemantauan di kawasan kampus.



Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata empat sekolah dan sebuah politeknik semalam disahkan ada pelajarnya dijangkiti wabak Influenza A (H1N1).

Institusi pendidikan itu ialah Sekolah Menengah (SM) Sains Lahad Datu di Sabah yang mencatatkan dua kes; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pati Ambon di Sarawak (3); Maahad Tahfiz Kuantan di Pahang (4); Sekolah Kebangsaan (SK) Subang Bestari di Selangor (7) dan Politeknik Kota Melaka di Melaka (2).

"Sebanyak 18 kes yang dicatatkan di lima institusi pendidikan itu adalah antara 39 yang dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 8 pagi semalam. Kes baru turut dicatatkan di UiTM Seri Iskandar, Perak iaitu sembilan kes dan jumlah sama di UiTM Dungun, Terengganu," katanya.

Mengulas lanjut, Liow berkata, sepanjang tempoh berkenaan, hanya 20 individu disahkan masih menerima rawatan lanjut di hospital manakala 14 lagi meneruskan rawatan sebagai pesakit luar dan 954 pula disahkan sudah sembuh.

Di SUNGAI PETANI, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Merbok di sini, ditutup selama seminggu mulai semalam, selepas lapan pelajarnya disahkan dijangkiti H1N1.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Hasnah Ismail, berkata keputusan pemeriksaan yang dikeluarkan semalam mendapati lapan pelajar berumur antara 15 dan 16 tahun itu disahkan positif H1N1. - Berita Harian

RUJUKAN

Tuesday, July 21, 2009

BeTa , MuZiK & KaMu ...

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))

assalamualaykum semua ... hope korang sihat2 sentiasa & berada di bawah lindungan rahmatNya ...

pasan tak komen2 korang kat setiap entry tuh beta tak reply ... bukan apa ... tah mana yang silap tah ... malas nak check code ... hehe ... korang boleh komen , beta plak tak boleh komen ... jadual kuliah minggu nih beta follow jerk ... minggu depan jadual kembali bercelaru ... terdapat sesetengah kelas yang mana pelajar & pensyarah sukar untuk attend ... beta dah fenin2 dah ... lantak lah ... skang beta nak share dengan korang 1 software ...dah lama tak share dengan korang mender yang berguna ...

korang suka muzik ??? suka lagu ??? suka dengar celoteh DJ ??? haa , kini korang boleh dengar radio2 Malaysia secara streaming ... mudah jerk kalau korang dah donlod software nih ... tapi radi0 under AMP macam FlyFM & HotFM macam ada masalah skit nak main , yang mana bernasib baik , memang x der masalah ... untuk yang guna windows vista , run pakai admin tau ... 2 tuh jerk yang problem , radio lain ok ... lagi 1 , der tak boleh record lagu yang korang suka terus dari radio macam software radio per tah , dah lupa ... betulkan beta kalau beta salah cakap ... saiz file der 7.75MB ... kecik jerk ... tapi dalam format RAR ... kena extract dulu sebelum install ... kalau ada yang tak tahu buat , boleh tinggalkan komen kat bawah ... nak tanya secara live pun boleh melalui YM , korang tinggalkan ID YM korang kat komen eyh ... nanti beta respond ...


per macam ??? cool kan ??? nak ker ??? beta kasi link mediafire ... boleh lah klik kat sini untuk donlod ...

kalau nak versi portable , klik kat rujukan bawah nih untuk carik link ... websense tak bagi beta masuk URL tuh katanya "The Websense category "Sex" is filtered." ... malas nak guna proxy ... haha ...

Rujukan

P/S : lepas nih boleh dengar suara DJ Luth kat DesaFM ... yeay!!!

Sunday, July 19, 2009

MaLu NaK miNta WaNg ...

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))

waaaah ... pokai abes skang ... bukan beta seorang ... rakan2 lain juga begitu ... desas desus mengatakan bahawa loan PTPTN pelajar sem 3 kuor pada bulan 8 semakin merobekkan perasaan & hati2 yang begitu terdesak ... buku nak beli ... yuran nak bayar ... T-shirt nak beli ( beta geram kalau ada orang paksa2 soh beli t-shirt , dari sekolah menengah sampai skang tak abes2 dengan t-shirt seragam ) ... baju batik UiTM beta tak pernah pakai ... t-shirt kesatria pun tak pakai sebab tak muat ( orang mintak duit balik , bukan nak bagi ... komander suruh buat kenang2an ... sakit hati tahu tak , beta tak pernah beli baju tapi tak pakai ! ) ... t-shirt kolej baru skali pakai masa taklimat koku baru2 nih ... panas yang hamat t-shirt kolej tuh ... nih fakulti plak nak suruh2 beli t-shirt ... baper banyak t-shirt korporat/seragam beta sudey ada ... pakainya jarang ... tengah2 orang pokai boleh suruh wajibkan beli t-shirt ... abes , nanti nak mamam telan t-shirt kew ?? ingat sumer orang kat sini anak orang senang kew ??? sumer orang dah takder duit ... nak print assignment pun terkial2 nak korek duit ... saving ??? duit loan sem lepas tak boleh nak saving sebab RM1500 dah bayar pinjaman pendahuluan PTPTN , RM 490 bayar yuran pengajian , RM420 bayar yuran kolej ... kalau kami dapat loan RM3200 untuk 1 sem , selepas ditolak2 duit yang di atas , akan tinggal RM790 untuk survive selama 5 bulan ... makan lagi ( makan siap catu duit , selalu puasa sunat , selalu buat diet melampau ) , print note & assignment kena kira jugak ... topup pun RM3 untuk 2 minggu ... memang dhoif lah kan sem lepas ... sesiapa yang dah biasa minta2 dengan parent , tak der masalah ... yang susah nak minta macam beta nih , paham2 jer lah ... sebagai anak sulung , ego untuk mintak2 tuh ada ... segan dengan adik2 , tahu bil2 yang ditanggung oleh parent & tahu parent kerja susah payah nak dapatkan setiap ringgit walaupun kerja dengan government ... beta tak mahu jadi anak yang senang lenang hidup , tapi family yang jauh di mata hidup ala kadar sebab nak bagi kesenangan kepada anak yang seorang nan jauh di mata ... kalau dah tua nanti , risau adik2 tak respect kita kalau sentiasa meminta2 nih ... beta mengamalkan prinsip , kalau nak bagi , kita amek ... duit di tanganku tinggal RM3 ... itu adalah wang saku yang ayah tinggalkan semasa beta nak masuk sem baru ... minta duit dengan ayah & ibu adalah suatu perkara yang amat sukar untuk dilakukan walaupun beta tahu mereka mampu menyediakannya ... semenjak sekolah menengah lagi beta begini ... bukan beta sahaja , adik beta lagi 3 orang tuh pun begini ... kalau tak terdesak , kami takkan minta ... apa2 hal , kami settle antara 4 beradik ... adik bongsu pandai mintak2 & dia slalu kami sisihkan ... kalau kami susah , kami takkan biar dia tahu sebab nanti der bawa mulut kat parent ( anak bongsu suka pecah lobang ... haha ) ... kalau tak boleh settle dalam adik beradik , katakan hari nih / esok tarikh akhir bayar duit buku ke rombongan ke dsb , masa tuh baru mintak duit ... masa tuh ayah pun nak ngamok sebab mintak last2 minute ... kadang2 sampai nak kena hempuk sebab ada program kat sekolah yang bermanfaat tetapi berbayar , kami tak datang sebab tak der duit ... tahu dek ayah , memang teruk kena maki ... nak buat macam mana , ibu adalah contoh tauladan yang terbaik buat kami 4 beradik ... selama ibu kahwin dengan ayah , tak pernah sekalipun kami lihat ibu mintak apa2 dengan ayah ... ayah sendiri ngaku yang ibu memang tak minta apa2 , bila dah tua2 nih , apa yang ibu belek dalam kedai , terus ayah belikan untuk ibu ... romantik seyh ... ibu belek2 handphone , time2 tuh ayah terus bayar ... terkejut ibu ... no wonder lah adinda kedua & ketiga sangat5 dekut ... sanggup x topup , sanggup puasa , sanggup tahan perut sebab malu nak minta duit ... kalau nak buat part time job , mahu kena amuk dengan ayah ... adik yang bongsu rajin mintak2 sampai parent x suka bawak beliau pergi shopping ... kalau start dr beta sampai adik nombor 4 , sampai ayah kena cakap gini "nak apa2 , ambek ajer ... bukan kamu yang bayar , ayah yang bayar" ... huhu ... ok lah , sebab beta malas nak pikir pasal duit , beta menyibukkan diri dengan aktiviti2 tertentu ... baca jerk liputan selama 4 hari di bawah ...

KhAMiS
Kelas pagi beta mencemar duli ... perubahan kelas berlaku lagi ... pelajar post STPM & post diploma dipisahkan ... huhuh ... bagus2 ... sikit2 senang sikit nak belajo ... kelas petang lagi sikit ... beta seorang jerk yang datang ... kelas PC maintenance tuh tiada yang nak join ... syian betol ... last2 , lecturer beta cakap "mana boleh nak buat kelas kalau awak seorang student saya . pihak atasan akan tutup kelas kalau awak seorang studentnya ... well , beta terpisah dengan rakan2 seperjuangan akibat jadual yang bertindih ... Ada kelas yang beta kena tukar supaya beta tak drop subjek elektif nih ... Malam tuh plak , berjumpalah plak dengan pengetua kolej baru iaitu Tuan Haji Bahaman jamaluddin ( correct me if i'm wrong ) ... Malam itu , satu perjumpaan khas pelajar2 blok 3 telah diatur bersama dengan perngetua ...secara peribadi , beta suka cara beliau yang kelakar walaupun berpemikiran islamik ... beliau juga menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim apabila bercakap soal galakan pelajar wanita menutup aurat & pergaulan antara lelaki & perempuan ... Beta rasa , mesti ramai yang kureng suka dengan cara pengetua nih ... beta mestilah ok jerk dengan beliau sebab sama taste ... haha ... benda yang tak terluah malam tuh ialah pasal TV ASTRO antara blok 2 & blok 3 ... macamlah beta nengok sangat TV tuh ... beta tengok sebelum pergi kuliah ... huhu ... tapi kelakarlah jugak sebab orang gelar blok 3 ni blok otai sebab semua senior yang tinggal kat situ ... masa sem 2 , beta & kawan2 tinggal di blok 1 , 1 blok dengan freshi ... blok 1 blok budak baik kot ... dari tinggal di blok budak baik , terus tinggal di blok otai ... hahaha ... excited nak jumpa pengetua kolej baru sampai lupa baca yaasiin ... haih

JUMAAT
Kelas IMA 455 dibatalkan oleh Dr sharif ... best3 ... beta download & chat tak hengat ... hahah ... petang tuh , beta ada kelas IMA 454 ... 1st meeting ... ketar paler lutut bila dengar classmate beta adalah dari semester 5 & semester 6 ... beta seorang jerk dari semester 3 ... nak tukar dah tak boleh sebab jadual bertindih ... ish3 ... memang segan abes sebab tak pernah kenal & tak pernah jumpa diorang nih ( jumpa , beta yang malas nak toleh ) haha ... memang kaku abes masa kelas ... core project kena create program dengan komuniti masyarakat either at library desa or library sekolah ... meeting sangatlah kelakar sebab senior2 tuh boleh tahanlah jugak sengalnya ... subjek nih tiada final tapi banyak projek ... 1st meeting dah berderet2 assignment untuk subjek nih ... jangan memain ... malam tuh pergi tengok demo silat ... semester lepas dah tengok , semester nih tengok lagi ... semester depan pun tengok lagi ... setahun 2x tengok silat & dengar penerangan yang sama tentang silat ... SEBAB NAK KUPON AKTIVITI jerk beta sanggup datang ...

SABTU
Menghadiri Kesatria 2 - Tempur Tanpa Senjata pada pukul 10.30AM - 12.30PM ... manghaik ... memuler datang , dah kena berkawad ... lain macam lak rasa kawad beta ... ada gak komander yang bisik2 , dah lupa skill ker ?? Jawapan beta , memang dah lupa pun sebab sem lepas bukannya beta berkawad ... ahahaha ... men taram jerk ... then bermulalah latihan tempur tanpa senjata ... tengah2 hari terik tuh jurulatih soh tekan tubi ... memang tak boleh blah , nasib jerk muka 2 orang abang ATM tuh manis jerk ... kekeke ... bila kena jerk tekan tubi , baru teringat yang dah lama beta tak melasakkan diri ... semalam kira drastiklah sampai lebam2 lutut ... huhu ... banyak gak belajar semalam sampai tak ingat ... action tahu , tapi arahan tuh beta tak mahir lagi ... interesting lah blajo nih tapi memang penat abes ... parent beta pun tak tahu beta join koku apa sebab beta cakap kat diorang beta join karate ... asalnya begitu tapi mengubah fikiran pada saat2 akhir sebab malas nk berulang ke UiTM seksyen 2 ... Jadual padat & beta tak suka keadaan yang terkejar2 ... itu sebab lah join kesatria 2 ... ramai kawan & senang jerk kot nak target A+ ... hehe ... kalau beta itam & kurus skit sem nih , tolonglah jangan tanya kenapa ... hahaha ... balik2 & letih sangat ... tapi hati tak senang tengok homework & note yang berlambak atas meja ... siapkan homework , susun note & lunch ... malam lak , beta buat sesi mendownload dengan 3 lappy ... hehehe ... download lagu lain , download movie lain , blogwalking lain ... seronot tol ... hakhakhak

Hari nih
hari donlod2 sambil baca novel agaknya ... kekeke ... malam kang ada mesyuarat persatuan mahasiswa hadhari ... datang dengan tujuan yang murni iaitu mengutip kupon seadanya ... hahaha ... semester lepas , beta berjaya mengumpul kupon aktiviti sebanyak 28 ... rakan2 lain begitu juga ... mungkin inilah faktor kami ditempatkan di tingkat 3 , blok 3E ... 2 sem tinggal di tingkat 4 ... sem lepas langsung tiada connection di rumah sampai pergi kuliah , bawak aswad tetiap hari ... sem nih ... hahaha ( gelak jahat ) ... alhamdulillah , syukur sangat2 ... penderitaan sem lepas terbayar juga pada sem nih ... huhu ...

Wednesday, July 15, 2009

LeBaRkAn SaYAp PeRsAhaBaTaN ...

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))

Segala Puji bagi Allah yang sangat mengasihi hamba2nya jika hamba2nya mengasihinya ...

Jadual ada sedikit perubahan dan beta terpisah dari teman2 yang seangkatan dengan beta ... faktor terpisah dari teman nih beta tak pernah kisah kerana semenjak semester 2 lagi beta telah mula berdikari & menyesuaikan diri dengan rakan2 baru ( junior , tapi umur ada yang lebih tua ) ... terdapat juga subjek yang beta ambil bersama rakan seperjuangan tetapi kami berlainan kelas disebabkan jadual masa yang terlalu padat & tidak sama ... makanya , rakan baru bertambah lagi ... mereka terdiri daripada pelajar2 degree post diploma yang "meloncat" terus ke sem 3 ... masing2 sebaya & agak mudah untuk menyesuaikan diri dengan mereka ... kawan2 sangat mangagumi sikap professional beta kerana beta tidak terlalu bergantung kepada kawan ... i can join the other group alone ... many friends , many stories we shared , many experience we shared ... beta menyelar sikap sesetengah orang yang suka ikut kawan & tak boleh hidup jika tiada kawan tersebut ... ia akan membantutkan prestasi & tahap keyakinan korang kalau sikap ini berterusan ... cubalah untuk bergaul dengan seseorang/sekumpulan yang berlainan dari kita untuk meneroka peluang2 yang ada ... Normally , we can see the gap between 1st degree student post STPM/STAM with 1st degree student post diploma ... i don't know how could this happen in most of all universities in Malaysia ... "STUDENT POST DIP BERLAGAK SIOT!!!" , i use always hear the phrase everyday ... for me , tiada siapa yang boleh berlagak @ kelihatan berlagak ... kita sendiri yang kena tahu bagaimana untuk bergaul & berinteraksi sesama sendiri untuk kebaikan masing2 disamping untuk mendapat keredhaan Allah dalam menjalinkan silaturrahim sesama manusia ... kawan yang bersama - sama dengan kita , tak selamanya ada ... bila selalu bersama , terasa sukar untuk berpisah ... asyik teringat jerk ... itu bagi persahabatan yang berakhir dengan baik ... Jika persahabatan berakhir dengan pergaduhan , pergaduhan teruk akan berlaku antara keduanya ... hal x mahu berpisah dengan kawan nih , berlaku dalam kalangan lelaki & perempuan . ok lah ... kepala semakin berat ... hidung & tekak macam nak buat hal ... sepanjang masa beta rasa shah alamm nih panas ... hutan2 antara puncak perdana & puncak alam dah banyak kali terbakar sejak kebelakangan nih ... mungkin kerana struktur tanahnya tanah gambut yang sifatnya panas ... wallah hu a'lam ...

Monday, July 13, 2009

NeW sEmEsTeR ...

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))

Dengan nama Allah yang memeliki setiap ciptannya ... alhamdulillah , beta sudah kembali menjenguk istana berhantu beta semula ... beta juga sudah kembali ke kampus untuk meneruskan pengajian ... jadual sangat bercelaru untuk 2 minggu pertama dan ia merupakan suatu cabaran kepada beta untuk menyusunnya secara berhemah ... sistem U down beberapa kali dan ini sungguh menyukarkan dan beta menyusun jadual beta dahulu , setelah itu , beta mendaftar group kuliah ... proses ini sangat pelik sebab beta buat jadual tanpa mengetahui beta boleh atau tidak untuk join group tersebut ... akhirnya , allah permudahkan segala urusan . syukur sangat2 ...

beta mendiami apartment di kolej dan buat pengetahuan semua , sambungan internet belum ada ... LAN macam tak berfungsi lagi , WiFi ada cuma kena bekerja keras untuk mendapatkannya ... huhuh ... agak lama juga beta menyisihkan istana berhantu beta ini secara tak sengaja ... hihi ... macam2 telah terjadi kat blog beta nih ... ada emoticon kat setiap entry ( per jadahnya ? ) , 1 entry tak boleh allow comment & tetiba , jen jen jeng ... sila klik pic di bawah ini untuk saiz pembesaran yang luar biasa ...
tahu2 aja lah perasaan beta bila dapat mesej cenggini masa on profile ... seb baik main office blogger.com bukan kat KL ... kalau tak , lama dah beta nak pergi serang ... huahuahua ... beta pun dah fenin2 dengan blog nih ...

ok , untuk semester 3 nih , beta ada 21 jam kredit bersamaan dengan 8 subjek ... haih ... kena usaha lebih skit sebab beta sangat bengap belajo ... hahaha ... antara pelajaran yang dituntut oleh beta ialah :
IMA 451 - Organization of Resource Center Materials 1 ( Cataloging 1 )
IMA 454 - ICT in Resource Center Management
IMA 455 - Information Literacy
IMA 502 - Information Resources and Services in Education
IMS 453 - Support Service and Maintenance for Information Systems
CTU 553 - Hubungan Etnik
BAB 401 - Third Language 1 ( Lughotul 'Arabiyah 1 ) hoho
HBU 121 - Kesatria Negara 2 ( belajar tae kwan do , suka beta )

jadual sangat2lah padat dari hari isnin sampai sabtu ... kalau dulu2 jadual banyak lengang sebab ada 15 jam kredit sahaja , tapi kali nih memang tak der free langsung ... nak dating pun kena fikir 2 3 kali ... haha ... korang mesti tertanya - tanya kenapa semester 2 , beta ada 15 jam kredit ??? heheh ... itulah sebenarnya hukuman untuk orang yang tidak professional macam beta ... semasa semester 1 , beta dibelenggu kecederaan , dilema untuk extend , rawatan , dan surat saman kesalahan jalan raya ... senggugut semasa final masuk sekali dalam list ... moralnya , kalau mental kita kuat untuk mengenepikan urusan peribadi , kita boleh menyelesaikan masalah yang satu lagi ... kena professional dalam setiap tindakan ...

tapi surat saman kesalahan jalan raya tuh , memang tak boleh blah ... kepada pihak yang berkenaan , tolonglah ubah skrip saman tuh ... surat tuh bunyi lebih kurang gini "anda dikehendaki hadir ke mahkamah blah blah blah pada hari blah blah blah , pukul blah blah blah" ... this is my 1st time to get the "saman" and of course i am surprize when heard about court ... lain kali tulis terus terang yang berapa ratos diorang nak saman , sebab apa disaman , dan bayar di mana ... mahkamah2 tuh , tulislah sebagai peringatan / amaran jika tidak membayar saman ... cuak tau belum umur 21 , konon2 dapat surat akan didakwa di mahkamah ... tak ulangkaji beta sebab asyik teringat mahkamah ... senggugut pun 1 , naperlah datang masa tengah final ... kena senggugut sambil kena tahan suhu air-cond yang konon2 nak challenge suhu kutub utara ... pengalaman ini memang memberi pengajaran sungguh kepada beta ... mana tak nya , 3 subjek kena repeat semasa semester 2 ... ada hikmahnya kenapa semua ini berlaku kepada beta ... daripada dapat C cukup2 makan , lebih baik repeat dengan mendapatkan gred yang lebih baik , tetapi beta mesti berusaha keras untuk cover core subject supaya beta tak extend ... huhu ... must get the good pointer better than last semester ... subjek2 semasa semester 2 ialah :
IMC 402 - Foundation to Information Management ( repeat and get C+ , how could ..? )
IMC 403 - Introduction to Reference and Information Sources ( repeat and get A- )
IMC 405 - Organization of Information ( repeat and get B+ )
IMA 452 - Electronic Resource Center
IMA 453 - Academic Library and Resource Center Management

1 lagi yang kelakar , ingatkan lecturer malas nak attend kuliah sebab baru 1st week ... tengok2 , amek kau ! lecturer sangat berkaliber semester nih ... mereka datang , student yang tak datang ... nasib baik lah beta rasa rajin & datang setiap kelas dalam minggu pertama nih walaupun mendapat hasutan supaya jangan datang kelas ... 1st week , biasalah . ta'aruf dengan lecturer ... Most of the lecturer feel easy to recognize my name . maybe because my name is so simple ... so , they will call my name if they have a question ... every semester i got the lecturer who are recognize my name ... haha ... ada jugak lecturer yang telah menyenaraikan tugasan2 yang perlu dihantar pada tarikh sekian2 ... baru kejap tadi beta dah submit assignment yang telah diberikan pada minggu lepas ... so far , i am feel good except with internet connection ... like last semester , bring aswad during the kuliah , then go to library , connect to the internet using LAN ... istana beta nih dah rosak teruk , ada sesaper yang sudi untuk membaikinya ???

P/S : macam sesi meluahkan perasaan ... huhu ...
P/S/S : blog neo & ubey terbengakalai ... mungkin mereka sibuk ... apa motif tah cakap mender nih ??? haha
P/S/S/S : ada 1 blog nih , beta baca ... rasa macam beliau dekat jerk dengan beta ... blog adinda betakah ???