Sign by Dealighted - Black Friday Coupons

KrONi

Thursday, July 10, 2008

KeRanAmU USA ...

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))

Macam2 isu ekonomi yang membelenggu dunia ... harga bahan mentah & bekalan makanan naik dengan mendadaknya ... isu ini menghantui seluruh penduduk dunia disebabkan kelembapan pertumbuhan ekonomi USA ... sumbangan & peranan besar USA dalam pasaran ekonomi dunia x dapat dinafikan ... mempunyai pasaran ekonomi yang luas , jumlah penduduk yang melebihi 200 juta orang , kuasa membeli yang tinggi & penemuan penting dalam bidang perniagaan merupakan kelebihan mereka dalam mengungguli pasaran dunia ... walaupun kedudukannya unggul dalam ekonomi global , mereka tidak terlepas daripada menghadapi kitaran ekonomi yang silih berganti ...

PETANDA@ SEBUAH NEGARA MENGHADAPI MASALAH EKONOMI :
1 ) peningkatan dalam kadar pengangguran
2 ) firma & industri memberhentikan sebilangan besar pekerja
3 ) keyakinan pelbagai lapisan masyarakat mengenai prestasi ekonomi akan hilang
4 ) peningkatan stok dalam permintaan pasaran yang semakin lemah
5 ) kegagalan institusi2 kewangan dalam pasaran ekonomi domestik
6 ) peningkatan harga barangan umum @ komoditi secara mendadak

Kebiasaannya , sesebuah ekonomi menghadapi masalah kemelesetan @ masalah inflasi pada satu2 masa tetapi apabila kedua - dua perkara ini berlaku secara serentak , istilah stagflasi telah diperkenalkan oleh ahli2 ekonomi ... stagflasi merupakan gabungan 2 perkataan inggeris iaitu stagnant dan inflation yang diperkenalkan oleh McLeod pada tahun 1965 . hal ini menggambarkan keadaan luar biasa bagi sesebuah ekonomi yang lemah , tetapi harga umum meningkat secara mendadak ... Kebiasaannya , apabila berlaku kemelesetan akibat permintaan agregat yang lemah , harga x naik ... kenaikan harga umum secara mendadak hanya terjadi apabila permintaan terlalu tinggi mengatasi penawaran , maka dalam keadaan pembeli mengejar produk yang x mencukupi dalam pasaran , perang harga meletus , sekaligus menaikkan harga ...

Berbalik pada citer USA tadi , kemelut ekonomi USA disebabkan oleh krisis subprima , ditambah dengan kemerosotan nilai Dolar USA , telah memaksa negara kuasa besar itu menurunkan kadar faedah dan meniru langkah2 yang pernah diambil oleh Malaysia ketika menghadapi krisis ekonomi ... x malu betul tiru kita ... pada hal , dia yang kutuk cara2 negara kita menstabilkan semula ekonomi ... diorang nih dulu kejam ... tahun 1998 dulu , diorang melalui IMF ( Tabung Wang Dunia ) mendesak kita supaya menurunkan nilai mata wang & menaikkan kadar faedah untuk menangani krisis kewangan ... Malaysia merupakan satu2nya negara yang menolak bantuan IMF bulat2 sebab Tun Dr Mahathir & kroni2nya ada akal ... eheheh ... negara yang termasuk jerat IMF tuh ialah Indonesia , Korea Selatan & Thailand ... syian2 !!!...

Kemabali kepada realiti masa sekarang , jika iklim ekonomi USA tidak sihat , negara2 lain pasti merasa batuk selesemanya sekali ... Melaui pengaruh yang besar dalam bidang ekonomi , USA mempunyai sebahagian besar autonomi dalam membentuk polisi & perundangan perdagangan ... USA banyak mempunyai rakan dagangan dari pelbagai negara & ideologi sebagai sebuah kuasa yang mendominasi pengeluaran & perdagangan ... Hal ini disebabkan oleh batasan ekonomi yang merentasi ideologi politik antarabangsa ... Sebagai sebuah negara yang mempunyai pengaruh yang besar dalam pelbagai aspek pembangunan & kemajuan , setiap perkembangan & penguncupan yang berlaku memberikan kesan kepada setiap negara yang menjalinkan hubungan kerjasama yang erat ... Malaysia sebagai sebuah negara yang membangun & banyak bergantung pada hasil eksport dengan USA x terlepas dari terkena tempiasnya ... lagipun , kita mengamalkan dasar ekonomi terbuka , sudah semestinya kita tidak akan terlepas dari bahang kemelesetan ekonomi USA ...

Rasa2nya , panjang gak "ana" merapu pasal ekonomi nih ... dah lah ekonomi x khatam lagi ... ehehehe ... tapi ekonomi lagi best dari politik ... huahuahua ... meh sini "ana" simpulkan ... petanda merudumnya ekonomi USA ini dalam jangka masa yang lebih panjang jelas diperkukuh oleh amaran awal bahawa inflasi dunia akibat kenaikan barangan asasi khususnya , yang kelihatan amat sukar dikawal , isu bekalan makanan yang tidak mencukupi serta data2 terbaharu yang diperolehi dari negara ekonomi perindustrian utama yang menunjukkan penurunan & kesederhanaan . Hal ini pastinya akan mendorong kepada pertumbuhan yang lebih perlahan kepada ekonomi USA untuk jangka masa 6 bulan kedua tahun ini , selain meningkatkan keyakinan bahawa ekonomi USA berada di ambang kemelesetan ... lagi 1 rumusan yang rasional ... hehehe ... kegagalan USA untuk mengurus ekonominya dengan baik menyumbangkan masalah kemungkinan negara itu dilanda stagflasi ... perang di Iraq misalnya menyebabkan USA menghabiskan sejumlah wang yang besar yang sepatutnya diberi kepada "ana" ... eh , silap !!! duit tuh sepatutnya digunakan untuk mencergaskan semula permintaan agregat negaranya ... Imbangan dagangan defisit USA menyebabkan kejatuhan nilai Dolar USA sekali gus memberikan kesan yang mudharat ke atas prestasi negara itu & prestasi ekonomi negara2 lain pada masa ini ... so , ini ujian tuhan ... baru sikit jerk tuhan uji kita ... banyak2lah bersabo ... krisis ekonomi USA , adakah Malaysia sudah bersedia ???

P / S : hasil bacaan dari DEWAN EKONOMI Jun 2008 ...

No comments: