Sign by Dealighted - Black Friday Coupons

KrONi

Friday, May 16, 2008

CiKgU , UsTaZ & uStAzaH ... RiNdU

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))



GURU OH GURU

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita & lampu segalanya
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah Negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis - baca

Nukilan : Allahyarham Dr Usman Awang
:hi:
"Ana" teringat bagaimana "ana" mengetahui mengenai sajak ini . Penasihat pusat sumber SMK Ulu Kinta 2007 ( cikgu azli ) suruh "ana" cari sajak ini untuk dideklamasikan oleh pengawas pusat sumber ... Jenuh jugalah sebab kena pusing satu sekolah untuk mencari sajak ini yang telah diukir di dinding sekolah ... akhirnya , "ana" jumpa juga di bawah tangga pejabat sebelah public phone ... setelah menyalin , "ana" hayatinya buat seketika ... syahdu sungguh sajak ini ... sajak ini telah dideklamasikan oleh sahabat karib "ana" sendiri pada hari guru ( "ana" tak boleh nak perform sebab "ana" dah jadi MC " ... hehehe ) ... ada petikan gitar masa kawan "ana" perform ... lagi best ... tapi jika difikir - fikirkan balik , memang betul bait2 yang telah dinukilkan ... Setiap yang berjaya pasti telah diajar oleh seorang cikgu walaupun cikgu itu tidak mendapat tauliah dari mana2 pusat pengajian tinggi atau mana2 kerajaan atau badan berkenaan ... walaupun teman yang memberi tunjuk ajar mengenai sedikit ilmu , teman itu dikira sebagai seorang guru walaupun anda tidak memanggilnya dengan panggilan "sifu" , cikgu dan lain - lain ... "ana" pelik dengan diri "ana" ... "ana" mahu berjumpa guru2 terutama yang telah mengajarkan ilmu kepada "ana" tetapi entahlah ... terkenang2 dosa2 & kenakalan terdahulu dengan bekas2 guru ... perkara ini menyekat "ana" dari berjumpa mereka ... yang paling "ana" pelik , kenapa mesti nak ajak kawan apabila berjumpa guru ? malu ?? segan ?? sajer untuk menambah teman berborak ?? entahlah ... tapi ok lah juga kan , mereka pergi juga menziarahi guru mereka ... "ana" cakap orang jerk ... "ana" tak pegi pun ... apa2 lah ... dalam masa terdekat , "ana" akan meluangkan masa untuk menjenguk bekas2 guru seorang diri ... one - by - one ... nak tahu pendapat mereka mengenai evolusi diri "ana" secara peribadi ... lagipun , sijil SPM kat madrasah tak tuntut lagi ... hehehe ... rindu nyer kat cikgu ... Dr Sheikh Muzaffar asyik pergi sekolah2 lama dia setelah menjadi angkasawan ... beliau menyeru supaya rakyat2 Malaysia yang telah berjaya menziarahi kembali tempat mereka menuntut ilmu ... yang paling penting , tiupkan semangat kepada mereka supaya mereka berjaya seperti kita ... "ana" berazam suatu hari nanti , "ana" akan kembali ke sekolah lama "ana" ... "ana" akan buat apa yang termampu ... rasa macam nak buat website untuk sekolah lah pula ... hehehe ... kalau ada rezeqi masa , "ana" wat lah ... bakti untuk sekolah kata kan ... nak tolong dengan duit , diri sendiri pun tak tertolong ... ish3 ... di kesempatan ini , "ana" nak wish SELAMAT HARI GURU kepada bekas guru2 di TASKI ABIM Asy - Syakirin sesi 1994 kelas 6 tahun 2 ( cikgu fauziah , cikgu ina & cikgu ida ) ; Sekolah Rendah Agama Tarbiyah Islamiah , Ipoh sesi 1995 - 1999 yang mengajar kelas 1B , 2A , 3A , 4A , 5 Al - Amanah ( Ustazah Chalida , Ustaz Uzair , Ustazah Yusliza , Ustazah Salina , Ustazah Norhayati , Ustazah Zakiah , Ustaz Tajuddin , Ustaz Abdullah , Ustaz Salleh , Ustazah Norizan , Ustazah Halimahton Sa'adiah , Ustazah noorazura , Ustazah Rafizahtoon , Ustaz Azmi , Ustaz Azizi , Cikgu Aziz , Cikgu Zairul Azfar dan lain - lain [maaf jika nama tidak tersenarai ] ) ; Sekolah Agama Rakyat Pasukan Gerakan Am sesi 1995 - 1999 ( ustazah nooraini , ustazah intan , ustazah aini azla , ustazah aisyah , ustazah fariha , ustazah syamsiah , ustazah fauziah , ustazah habibah , ustazah zuraini , ustazah haliza [maaf jika nama anda tak tersenarai] ; Sekolah Kebangsaan Tanjung Rambutan sesi 2000 yang mengajar kelas 6 Tanjung , ( Cikgu Syarifah , Cikgu Nor Azlina , Cikgu Fairul Nazwa , Cikgu Noordin , Ustazah Sarah , Cikgu Husni , Cikgu Marziatul Asyikin [ maaf jika nama tidak tersenarai ] ) ; guru2 Madrasah Idrisiah sesi 2001 - 2005 kelas 1 Ibn Sina , 2 Ibn Khaldun , 3 Ibn Khaldun , 4 Ibn Khaldun & 5 Ibn Khaldun ( Ustazah Rosmawati , Cikgu Salim , Cikgu Azman , Cikgu Nasariah , Ustazah Syarifah Aminah Wafa & suaminya [luper dh nm nyer ] , Cikgu Azmi , Cikgu Hisyam Fahmi , Cikgu Fatimah , Ustaz Khairul Anwar El - Syazalli , Cikgu Hasnul Asri [ baru jumpa dia tapi senyum jerk ] , Cikgu Kamaruddin Wok , Ustaz Kamaruddin Ahmad [ mudir ] , Ustaz Anwar Jusoh [ naib mudir ] , Cikgu Hamdan Hussein [ PK HEP , dh pencen ] , Mr Abd Rahman Najib , Cikgu Idris , Cikgu Wan Zainab , Cikgu Juneidah , Cikgu Nor Azina , Cikgu Mohamad , Cikgu Faisal , Cikgu Yaakob , Cikgu Zakaria , Cikgu Rahim [ penyelaras Pusat Sumber ] , Ustaz Asta Zawawi , Ustazah Norliza , Ustazah Suhaili Naim & suaminya [ x ingat nama der , igt cikgu MABA junior jerk nama dia ] , Ustazah Hasnida [ yang lain2 , maaf lah kalau nama x tersenarai tapi kalau tegur , saya akan ingat ] ) ; guru2 SMK Ulu Kinta sesi 2006 - 2007 kelas 6 rendah 3 & 6 atas 3 ( Cikgu Nooraini Yaakob , Cikgu Victor , Cikgu Norahsani , Cikgu Pushpa , Cikgu Suzana , Cikgu Jaafar , Mr Harjit , Mrs Azira , Cikgu Sarah , Cikgu Haliza , Cikgu Kho Choon Quan [ cikgu persatuan math ] , Cikgu Arif [ cikgu kadet remaja sekolah ] , cikgu Azli & Cikgu Hamizah [ penyelaras pusat sumber ] [ maaf jika nama anda tidak tersenarai ] ) dan cikgu2 yang telah memberi tunjuk ajar walaupun "ana" tidak menggelarnya dengan panggilan seorang guru ... Al - Fatihah buat bekas guru yang telah kembali ke Rahmatullah iaitu Mua'allim Abd Aziz ( Guru Besar Sekolah Rendah Agama Tarbiyah Islamiah ) & Mrs Salmah ( Guru kelas semasa Tingkatan 2 ) jasa mereka masih dikenang walaupun jasad mereka telah tiada di Bumi ini ...

GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG ... tema hari guru 2008 ... kerana guru "ana" tahu tulis , baca & kira ... kerana guru juga "ana" pelajari ketabahan mereka dalam mendidik anak bangsa ... TERIMA KASIH GURU ...

1 comment:

Anonymous said...

KETAHUILAH...
BAGAIMANA DENGAN HANYA ‘MENYIMPAN’ SEKALI SAHAJA RM1300 @ RM2600 @ RM6900 DARIPADA DUIT GAJI @ PTPTN, ANDA BOLEH MENJANA PENDAPATAN BULANAN TANPA HENTI SEBANYAK RM100+++ @ RM200+++ @ RM700+++

TANPA MENCARI ORANG PUN !!!

Berminat dan ingin tahu lebih lanjut, hubungi:

Penjejak Legenda
012-282 5796
via2shah@yahoo.com.my
http://www.ceramicclub.net.........
http://www.ceramicclub.biz.........
http://www.ceramic123.net.........

Winner of the 7th Asia Pacific/International Entrepreneur Excellence Award 2008

# Kepada guru sekolah rendah yang join, pihak syarikat akan menyumbangkan 2 buah komputer kepada sekolah sebagai sebahagian Program Amal..