Sign by Dealighted - Black Friday Coupons

KrONi

Sunday, May 11, 2008

BeGkU

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))

Inilah rupa patik ... hitam itu menawan ... tapi RAJA patik sahaja yang sudi menyunting patik


Gambar mengikut pusingan jam : botol air 100 plus , majalah PC Mei 2008 , tali tag kerja yang disangkut nametag , pen & mini memo pad , IC & lesen , stationary ( whiteboard artline , highlight , pensel PILOT the shaker & gel pen , penanda buku hadiah beli potato crisp Silverbird , bekas spek mata beserta spek di dalam & kalendar KFC 2008 ... Tiada dalam gambar : telekung ... nih sumer makhluk2 yang hidup di dalam tubuh patik sewaktu RAJA patik menulis tentang patik ...

mohon ampun semua ... nama patik ESPPIT ... patik merupakan klon kepada ESPRIT ... Patik menjadi milik RAJA setelah dibeli dengan harga RM 43 di sebuah kedai di bandar Segamat , Johor Darul Ta'azim ... RAJA amat menyayangi patik sehinggakan patik tidak pernah diletakkan di atas lantai apatah lagi tanah ... patik sering digantung di tingkap , tombol pintu @ diletakkan di sebelah bantal beradu baginda ... kerana patik dibeli menggunakan baki duit raya baginda yang tinggal ... RAJA patik menjadi miskin setelah memiliki patik walaupun sebahagian besar duit raya tersebut disimpan di dalam akaun bank ... Patik menjadi milik RAJA secara rasmi pada pertengahan raya aidilfitri tahun 2003 & digunakan secara rasmi pada awal Januari tahun 2004 ... Sejak dari hari itu , RAJA akan mengheret patik walau ke mana sahaja baginda pergi sehingga bank pelaburan paling busuk pun patik pernah dibawa berkunjung ... kalau tuan & puan2 hamba mahu tahu , RAJA patik menggunakan beg duit semasa baginda darjah 6 . selepas itu , baginda tak guna ... menyusahkan titahnya ... jika tidak membawa patik , baginda lebih gemar memakai seluar kargo ( seluar yang mempunyai banyak poket ) ... senang untuk main sumbat2 ... sewaktu orang lain sibuk gilakan beg duit ... RAJA patik buat endah tak endah sahaja ... beg duit sewaktu baginda di darjah 6 itu adalah hadiah ayahanda & bonda baginda ... Patik akan dibawa kemana - mana sahaja ... Patik pernah dipilih untuk membawa buku semasa ke sekolah , pernah juga dipilih untuk disorokkan barang2 haram sewaktu di madrasah dahulu , malah pernah juga dipilih untuk diisikan kain baju semasa melancong , bersiar - siar & berjalan - jalan ke rumah kenalan handai serta kerabat2 baginda ... barang2 penting seperti duit , pengenalan diri , handphone & lain2 dicampakkan sahaja ke tubuh patik ... patik pernah mengecewakan RAJA ... semasa beginda mengikuti pengajian peringkat 6 atas , patik tidak dapat lagi menampung buku2 baginda kerana patik tercedera ... zip yang merupakan salah satu anggota badan patik tidak boleh digunakan ... patik berasa sangat sedih kerana telah mengecewakan baginda ... patik terlalu dimanjai sehingga patik terbiasa dengan kesenangan yang patik alami ... patik selalu membayangkan bahawa riwayat patik akan berakhir dengan RAJA akan membuang patik ke tempat Encik Tong Sam Pah ... patik sangat2 terharu apabila mendapati RAJA berusaha keras mencari tabib membaiki beg ... RAJA sangat bertuah apabila bonda baginda berjaya mendapatkan seorang tukang yang mahir ... patik telah berjanji kepada diri sendiri untuk berkhidmat kepada tuan patik sehingga tahun 2013 apabila patik telah pulih ... sehingga sekarang , walaupun RAJA telah memiliki wang sendiri , RAJA tidak bercadang untuk mencari pengganti patik ... dalam setiap perhubungan tidak kira sama ada melibatkan makhluk @ objek ... istilah "give & take" tidak akan pernah menjauhi perhubungan itu ... mungkin sebab itu RAJA & patik masih kekal sehingga kini ...

P / S : Autobiografi ini didedikasikan khas buat Sifu M ... semoga beliau terhibur dengan nukilan RAJA patik ...


2 comments:

Maryam Abu Ahmad said...

bestnya cerita dia.. :D

ghost_MaR said...

ilham dr karya akhi Faisal Tehrani ... huhuhu