Sign by Dealighted - Black Friday Coupons

KrONi

Wednesday, April 23, 2008

"Ana BaiK2 JeR"

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))

Bismillah - hirrohmanir - rohim ...
agak lama tidak mencoret di sini ... rindu sangat2 ... blog sendiri tak dijenguk , apatah lagi blog teman2 ... "ana" telah bekerja di sebuah pasar raya terkemuka di Ipoh ... hehehe ... paham2 sajalah bagaimana sibuknya ... kerja selama 9 - 12 jam ... apabila menjejakkan kaki di rumah , "ana" merelakan diri menolong meringankan beban ibu ... tolong kemas dapur ... esok pagi , ibu senang lah nak masak sebab dapur dalam keadaan kemas ... "ana" & ibu "ana" tidak suka melakukan kerja dalam suasana yang bersepah ... hehehe ... poyo jerk ... "ana" akan sentuh PC kalau "ana" bekerja pada pukul 1 tengah hari untuk hari esok ... "ana" juga akan online jika "ana" pulang dari kerja pada pukul 7 malam ...
cerita hari ini ...
"ana" balik dari kerja ... kebetulan PC baru sahaja diservis ... ayah pula mengadu yang PC tak boleh connect internet ... "ana" check lah apa yang patut sambil dibantu oleh abang2 streamyx ( dail 100 pakai telefon rumah tuh ... jangan memain ) ... bila dah boleh connect , perkara pertama yang "ana" buat ialah check backup ... tengok program YM ada @ tak der ... skali tak der lah plak ... kena lah download ... "ana" download YM 9.0 Beta ... hehehe ... lepas tuh faham2 sajalah ... perkara kedua ... update blog lh ... lepas tuh , download mozilla firefox 2.0 lak ... lastly dengar CD yang baru dibeli ... hehehe ... jangan tanya CD per ... segan lah nak sebut tajuk album tuh kat sini ... CD lagu lah ... masa main YM kan ... Sifu M & Taqeyyabella dengan baik hatinyer main tag2 dengan "ana" ... tak sangka lah pula "ana" akan kena tag ... dulu gelakkan kawan2 blog yang ditag ... skang giliran "ana" lah plak ... adoiii ...... 8 perkara pasal "ana" ... per yerk ...

1 ) sentiasa ketawa apabila bercakap ... paling koman pun ... "ana" akan senyum ... ( "ana" suka pendam masalah & tak suka berkongsi masalah ... ketawa & senyum lah yang memaintainkan "ana" ... )
2 ) mempunyai tahi lalat di lingkaran senyuman ( bila selalu senyum & ketawa , kawan2 tak tahu yang "ana" ada tahi lalat ... kawan baik sendiri pun perasan setelah 3 tahun berkawan )
3 ) nampak sukar didekati ... pada hal ... hehehe ... ( ramai yang takut2 untuk menegur ... "ana" pun jenis yang malu untuk menegur ... bila dah bertegur ... terburai ketawa ... )
4 ) lurus dalam melakukan sesuatu kerja ... ( selalunya malas , tapi kalau dah buat sesuatu kerja , nak buat selengkap yang mungkin sehingga kerja itu tak mahu dicela oleh sesiapa ... kalau dikutuk , kerja akan diulang semula ... buat sehingga tak dikutuk )
5 ) selalu buat orang marah sebab nak tengok riak muka orang yang sedang marah ... tak kisah jika dimaki kerana apabila si pemaki memaki "ana" , kelakuannya sangat kelakar ... "ana" tak berasa takut jika dimarahi sebaliknya menahan daripada mengeluarkan bunyi ketawa ... hahah
6 ) sangat gila menyelesaikan SUDOKU tahap 1 - 4 , kalau boleh , semua SUDOKU tuh nak buat dalam masa 30 saat ... "ana" akan baling pensel @ pen yang digunakan ketika menyelesaikan SUDOKU tahap 5 - 6 jika tak dapat selesaikan ... hehehe
7 ) suka memecut motor pada kelajuan 140 KM/J ... apabila di selekoh , 120 - 130 KM / J ... padah meminati Alex Yoong & Schumi Ferrari serta Raikkonen Ferrari ...
8 ) entah kenapa ... jika "ana" memasuki mana2 chatroom , mesti ada orang nak bergaduh dengan "ana " ... Pada hal ... biasa jer cara "ana" cakap ... diorang pulak melenting lebih2 ... perkataan yang selalu ditujukan kepada "ana" jika "ana" memasuki chatroom ... "HANTU JAHAT" ... apa2 lah diorang nih ...

kepada Sifu M & Taqeyyabella , harap berpuas hatilah dengan apa yang "ana" buat ... "ana" dah tunaikan permintaan korang & hope korang x kecewa ... dikesempatan ini , "ana" mahu mengucapkan terima kasih kepada anda berdua kerana tidak jemu2 melayan kerenah "ana" yang banyak songeh nih & sentiasa menasihati "ana" untuk berada di atas landasan yang betul ... I'm appreciate all :)

2 comments:

taqeyyabella said...

Terima kasih kerana sudi menjawab walaupun dalam kesesakkan kehidupan yang sibuk.

Semoga kita mula menyedari sisi baik kita dan meningkatkannya dan mula mencari sisi tidak baik kita untuk kita perbaiki..

Eh! Maryam tuntut dia punya jawapan tu! ^_^

ghost_MaR said...

ceh ... igt gak der kt calon wife der ... ak igt kn korang tag ak mender yg sama ... rupanyer kak maryam nk psl beg ... hot FM tol :)