Sign by Dealighted - Black Friday Coupons

KrONi

Thursday, March 6, 2008

PiLiHanRayA UmuM 12 ... SuKa LaK eNtRy NiH

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))

Pemerhatian Kempen PRU 12

Pendahuluan:
Saya ulangi dengan tegas di sini, saya bukan parti sentrik. Saya tidak mengundi parti tetapi menekuni calon yang ditawarkan oleh parti bertanding. Saya juga telah merujuk silang dan meneliti manifesto semua parti, dan Insya-Allah akan bertindak dengan menggunakan akal (bukan emosi). Pemerhatian ini saya kira dapat dilakukan dengan cukup saksama dan berhati-hati kerana saya merupakan graduan syariah politik UM (1998) yang menjadikan minor sains politik sebagai bidang pilihan.Pengarang di Malaysia telah turun padang menulis mengenai politik seawal Pak Sako (Putera Gunung Tahan), A.Samad Said turut menyentuh iklim politik era 80an dalam Hujan Pagi dan Wira Bukit, kita tentu tidak dapat menafikan keghairahan Shahnon Ahmad dalam banyak karyanya seputar politik (yang klasik tentulah Shit meskipun Tunggul-tunggul Gerigis jauh lebih 'political'), Kawin-kawin menampilkan era hubungan PAS-Semangat 46 karya Azizi Abdullah, dan ramai lagi pengarang yang tidak 'tersebut' di sini. Novel pertama saya sendiri Perempuan Politikus Melayu merakam cuaca politik era sebelum 1997 dengan menyorot isu rampasan tanah di Kerpan.Pemerhatian sebagai pengarang yang sedar bahawa sastera adalah bahagian dari politik, mendorong saya untuk menyorot 'suasana kempen PRU 12'. Ini untuk membolehkan saya merumuskan satu konklusi, iaitu calon mana yang bakal saya undi. Saya telah menggunakan segala ilmu yang saya perolehi ketika menuntut dalam bidang sains politik untuk melakukan pemerhatian ini.Sekali lagi, sebagai pengundi independen saya tidak menggunakan emosi sebagai kayu ukur tetapi melihat 'real' politik dengan menghadiri ceramah-ceramah yang dianjurkan dan mendengar kedua belah pihak.Namun begitu, saya dapati kempen PRU 12 dicemari oleh beberapa perkara yang membuatkan saya berasa amat jengkel. Rumusan pemerhatian saya terhadap kempen ini, antara lain ialah:
Lihat nama pada lesen memandu ini dengan tekun, kemudian perhatikan pula...
...nama dan nombor kad pengenalan pada daftar pemilih ini, tidakkah ini 'sesuatu'?

1. Oposisi berjaya menimbulkan keraguan yang cukup dan memadai bahawa terdapatnya banyak aspek yang menimbulkan persoalan dalam perjalanan pilihanraya ini. Isu ini dinamakan pengundi hantu. Perhatikan sahaja bukti di atas, nombor kad pengenalan pada lesen memandu dan nombor kad pengenalan pada daftar pemilih SPR sama tetapi orangnya berbeza gender dan bangsa. Hujah oposisi bahawa pilihanraya ini tidak bersih dan dicemari 'phantom voters' pada pandangan saya ternyata relevan.

2. Papan kempen yang banyak mendokong manifesto parti tertentu mulai dinaikkan sejak tiga minggu lepas. Namun begitu fakta yang ada sangat mengelirukan. Untuk pengundi yang menggunakan lojik; papan kempen ini amat memualkan, kerana setahu saya tidak ada kedai yang menjual harga tepung seperti ini. Namun, untuk pengundi yang tidak menggunakan akal atau tidak peduli, papan kempen ini sedikit sebanyak dapat 'membohongi' pengundi dan rakyat.

3. Saya sempat menghadiri ceramah kempen semua parti bertanding. Saya dapati parti yang bertahan tidak menawarkan 'substance' ketika berkempen. Persoalan dan isu seperti kenaikan harga barang tidak dijawab. Penggunaan artis untuk berkempen juga menyebabkan rakyat 'terseleweng' dari isu sebenar. Aspek sensasi ini menyebabkan kempen parti bertahan menjadi tidak bernilai, sia-sia dan sama sekali tidak mendalam. Dalam gambar ini kita dapati seorang artis turun berkempen untuk seorang calon yang bertanding di Rembau.

4. Saya juga 'ahli media', sikap tidak profesional media utama negara ini sangat menjengkelkan dan meletakkan kedudukan pengamal media di takah bawah, mereka sama sekali mengabaikan hak pengundi dan masyarakat. Pengalaman menetap di Turki dan memerhati pilihanraya majlis bandaran pada tahun 2004 menunjukkan semua parti diberi hak yang sama untuk berkempen, malah ada juga debat terbuka yang dapat membuka mata pemilih untuk menilai calon (bukan parti). 'Kemelampauan' media ini saya dapati telah diakui oleh sebahagian besar 'ahli masyarakat' yang ditemui dan semua menyatakan rasa meluat. Saya ingin sahaja mengingatkan bahawa sikap bias media boleh 'makan tuan'.

5. Bentuk 'propaganda kotor' saya dapati telah dilakukan oleh sebahagian besar parti bertanding tetapi terdapat sesetengah 'kekotoran' ini begitu menjolok mata, malah menjolok akidah. Kempen simpang jalan seperti ini amat mengejutkan dan saya kira wajar mendapat perhatian ulama dari sebelah oposisi ataupun pemerintah.

6. Saya terkejut mendapati tiadanya pertanggungjawaban dalam hal caretaker government. Ketika mempelajari bidang sains politik di universiti dahulu, aspek kerajaan sementara ini menjadi satu subjek khusus yang amat dititik-beratkan. Laporan akhbar NST ini misalnya memaparkan gambar pimpinan tidur nyenyak bersama anak perempuannya dalam jet milik kerajaan ketika terbang dari Kota Bharu ke Kuantan. Menurut NST pemimpin ini ke Kelantan untuk berjumpa penanam tembakau di Bachok (beliau turut mengambil kesempatan memperkenalkan calon MB Kelantan partinya iaitu Awang Adek), pemimpin tersebut turut singgah di Pasir Puteh untuk merasmikan bangunan baru LPP Daerah, dan kemudian ke SMJK (C) Chung Hwa di Kota Bharu, dan kemudian ke Kubang Kerian menerima borang ahli UMNO dari ahli PAS yang keluar parti. Terakhir beliau telah ke Pengkalan Kubor pula untuk upacara letak batu asas pembinaan masjid bersama pimpinan partinya, dan bendera partinya.

Kesimpulan:Kempen PRU 12 dapat dikatakan berjalan dalam suasana yang tidak adil, berat sebelah dan penuh kekotoran. Hal ini adalah sesuatu yang serius sekiranya kita tetap bercita-cita untuk menjadi sebuah negara maju dalam tahun 2020. Kita tentu tidak mahu menjadi seperti negara Singapura yang menikmati kemakmuran tetapi kehilangan 'kebebasan dan hak'. Apabila 'prosperity' dan 'freedom' bertembung, letak duduk 'freedom' akan menjadi kayu ukur mutu kemakmuran itu.Enam perkara di atas akan sangat berguna apabila turun rumah untuk memangkah calon parti manakah yang berhak menjadi wakil saya kelak. Saya sama sekali tidak berniat untuk mengaibkan mana-mana parti dalam entri ini. Sebagai ahli seni yang perlu berpartisipasi secara aktif dan adil dalam masyarakat, pemerhatian terhadap kempen politik sepanjang PRU 12 ini hanyalah suatu 'analisis singkat' saya.Justeru, ini hanyalah satu pandangan peribadi terbilang, saya tidak berniat untuk mencemarkan budaya gemilang kita dengan menyatakan pendapat di blog dalam negara yang sepatutnya cemerlang dengan demokrasi ini. Saya berharap 'persoalan' yang ditimbulkan akan dapat dibaiki.

Doa Yang Meremangkan Bulu Roma

Terkini :
Untuk menguji kesahihan dakwaan pembangkang bahawa adanya penyelewengan dan penipuan di pihak SPR mari kita uji sendiri:

Langkah 1: Masuk ke laman sesawang SPR, klik di (sini). Abaikan sahaja slogan cekap dan telus itu, dan sila masukkan nombor kad pengenalan ini: 750909035727.Beliau adalah pengundi pos (seorang askar) yang tidak boleh mengundi lagi pada 8hb Mac ini. Semakan pada langkah 1 akan menemukan kita pendaftar bernama:HAZELY RAZIN BIN YAAKUB mengundi di 019 - TUMPAT.

Langkah 2: Uji sekali lagi dengan memasukkan nombor kad pengenalan askar: T719756, kita akan menemui pendaftar yang sama tetapi kali ini boleh mengundi di parlimen 042 - TASEK GELUGOR.Saya dimaklumkan oleh beberapa calon parti oposisi terdapat banyak kes seperti ini malah ada dakwaan yang pendaftar boleh mengundi lebih dari 10 kali! Dan lebih aneh mereka akan muncul di kawasan pertandingan panas!

Pendahuluan:Saya telah menjelaskan sebelum ini sebagai pengundi independen saya terpaksa mengikuti kempen parti bertanding dengan menurut calon-calon tersebut berkempen. Lebih seminggu saya mengikuti ceramah, dan juga ucapan calon parti pembangkang. Ini terpaksa dilakukan kerana tiada saluran lain untuk mendapatkan maklumat mengenai manifesto dan perjuangan mereka. Ini kerana media utama telah berpihak kepada parti penyandang.Kelmarin saya (saudara-saudara juga) dikejutkan oleh keputusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk tidak menggunakan dakwat bagi dicalitkan ke atas kuku pengundi. Saya difahamkan SPR telah membeli dakwat ini dengan kos melebihi RM 2 juta. Dan sekarang pembaziran wang saya, wang rakyat, wang saudara semua telah berlaku. 2 juta lebih itu jadi air sahaja? Dakwat itu akan diapakan? Diminum? Dibancuh jadi sirap? Tidakkah baik RM 2 juta itu diberi kepada kami para pengarang supaya dapat diterjemahkan karya-karya sastera yang baik untuk dilobikan ketika Pesta Buku Frankfurt tahun ini? Atau tidakkah baik RM 2 juta lebih itu diagihkan kepada pelajar miskin? Dan macam-macam lagi kita boleh buat dengan RM 2 juta ini. Kenapa pihak bertanggungjawab mensia-siakan wang saya, wang saudara, wang kita semua? Permainan apakah ini? Sekarang, tidakkah kelihatannya dakwaan pembangkang terhadap pihak tersebut benar belaka?Soalan saya sebagai pengundi independen dan rakyat Malaysia; mengapa pembaziran ini berlaku?Sebelum ini kita telah tahu yang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menarik balik di saat akhir arahan mewajibkan semua calon menyertakan borang pengesahan pencalonan dengan duti setem RM10. Saya juga dimaklumkan bahawa semasa perjumpaan dengan calon pada 21 Februari lalu, SPR mewajib matikan setem pada borang tersebut. Dan itu dilakukan dengan hanya tinggal tiga hari lagi penamaan calon. Malah SPR dikatakan mensyaratkan cop yang 'original'.Apakah tujuan dolak-dalik begini? Sebagai rakyat saya kira saya berhak mendapat penjelasan.Semalam juga, saya telah bercakap dengan seorang teman editor majalah. Beliau memberitahu saya, beliau tidak pernah, ulangan: tidak pernah menukar alamat atau melakukan pindahan tempat mengundi. Sebaik sahaja penamaan calon, laman sesawang SPR yang beliau lawati mengisyaratkan yang beliau TELAH menjadi pemilih di Pelabuhan Kelang!Dan kes ini turut berlaku kepada beberapa teman lain. Seisi keluarga mereka berpindah randah, dipecah-pecahkan tempat mengundi termasuk ada yang terhumban di Kuala Perlis.Selain didapati banyak bukti yang melampaui kemunasabahan dan menimbulkan keraguan. Seperti bukti di sebelah (lihat usia warga ini), kita tidak dapat menolak lagi dakwaan, dan tuduhan pembangkang bahawa pengundi hantu, penyelewengan, dan penipuan memang benar-benar berlaku. Dahulu saya kurang mengambil berat hal ini kerana menyangkakan ia isu terpencil tetapi apabila jelas berlaku dalam kalangan saya sendiri, saya rasakan hal ini amat serius.Bukan itu sahaja terdapat juga bukti-bukti menunjukkan pengundi (termasuk pengundi pos) didaftarkan lebih dari sekali. Dalil ini amat serius dan tidak lagi boleh dipandang ringan kerana kita sedang berdepan dengan pilihanraya yang cukup sengit. Cukup sengit untuk menentukan samada harga minyak akan turun atau dimanipulasikan selepas 8 Mac ini. Lihat foto di sisi yang membuktikan nama pengundi berulang dua kali. Bukankah ini sesuatu yang merungsingkan? Sebagai pengundi independen saya sudah kecewa melihat keadaan ini apatah lagilah untuk penyokong atau pendokong parti yang setia. Hal ini boleh menyebabkan kemarahan yang tidak terbendung. Dan sukar untuk dipersalahkan mereka yang marah kelak melainkan mereka yang bersalah dipertanggungjawabkan.Untuk membaca lanjut klik di sini.Baik, soalan saya kepada teman-teman kini berbunyi begini: "Kita telah bertekad untuk memilih parti tertentu kerana kita suka dan percaya dengan janjinya untuk menurunkan harga minyak, harga barangan dan lain-lain, kemudian kita dapati ada penipuan berlaku di mana hak kita dinafikan - apa tindakan kita seterusnya?"Soalan itu relevan bukan?Ada bermacam-macam jawapan. Banyak yang meremangkan bulu roma. Ada yang lucu juga.Tetapi ada yang paling meremangkan, yang saya kira wajar dipertimbangkan oleh pihak yang terlibat. Salah seorang teman saya memberitahu saya begini: "Aku tak berhak mendoakan pihak yang bertanggungjawab masuk neraka atau kena azab sebab itu semua hak Tuhan. Tetapi aku minta dengan solat hajat, nazar dan doa supaya mereka yang terlibat jadi seperti Ariel Sharon ." "Ariel Sharon?" Balas saya."Aku doakan mereka semua susah nak mati. Mereka lama dalam sakarat. Mereka tak boleh nak mati sampailah setiap rakyat dan undi yang ditipu oleh mereka ini merelakan dan memaafkannya. Bayangkan ada empat juta atau lima juta pengundi yang hati kering melakukan seperti itu, kau ingat mereka selamat?"Saya gamam. Meremang bulu roma. Itu teman saya.Anda bagaimana? Apa tindakan anda?

Terserempak dengan "YB Kuala Trengganu" Mohd Sabu!

dan mengujakan apabila saya terserempak dengan Mohd Sabu, Naib Presiden PAS yang juga calon Barisan Alternatif di Kuala Trengganu. Beliau telah 'lari' sekejap dari kempen di sana untuk mengadakan sidang media di Pejabat Agung partinya bagi menjelaskan respon parti PAS terhadap tingkah laku pelik SPR yang antara lain ialah membatalkan penggunaan dakwat celup untuk pengundi pada hari Sabtu ini.Saya mengambil kesempatan yang luar biasa tersebut untuk memuaskan hati saya sebagai pengundi independen. Saya bertanya bermacam-macam isu. Dalam perbualan tidak rasmi secara singkat tersebut, terdapat tiga poin utama:

1. Menurut beliau, penipuan adalah tema utama pilihanraya kali ini. Tambahnya lagi penipuan pertama berlaku apabila bekas Perdana Menteri yang pada mulanya menafikan pembubaran parlimen akan berlaku, telah 'menipu' rakyat dengan membubarkan parlimen. Penipuan duti setem, dan seterusnya penipuan penggunaan dakwat celup oleh SPR menunjukkan penipuan akan terus berlaku.

2. 'Swing' besar pengundi Tionghua dan India amat besar. Seluruh parti oposisi menerima kejutan kerana sambutan mendadak masyarakat keturunan Cina dan India. Dengan 'swing' ini tidak mustahil akan ada perubahan besar dan mengejutkan berlaku jika poin pertama (termasuk penyelewengan SPR) dapat dibendung.Sekiranya bangsa Melayu memberikan 'swing' yang meyakinkan 9 Mac ini harga minyak akan turun. Bekas graduan institut pengajian tinggi juga tidak perlu membayar hutang tertunggak mereka. Penggelidahan kekayaan oleh pihak tertentu sahaja akan dapat dihentikan. Moga-moga bangsa Melayuku akan menjadi bangsa yang berani dan logis dalam bertindak. Kita perlukan perbandingan kerana kita telah berada di bawah satu parti yang sama agak lama. Saya mahu mencuba kali ini. Saya harap orang Melayu akan juga mencuba. Kita yang mahu mencuba harus mengajak orang Melayu lain turut mencuba.

3. Jika poin pertama dapat diatasi, terdapat beberapa buah negeri akan beralih pentadbiran. Dan ini amat baik kerana setelah 50 tahun diperintah oleh hanya satu parti, akan ada perbandingan dapat dibuat. Tindakan nekad 'cuba sekali' ini akan dapat berlaku jika poin kedua bertahan selain bangsa Melayu ikut sekali menyertai saudara kita dari bangsa lain. Saya sungguh teruja mendengar pantauan, penilaian dan culaan kemas beliau (Mohd Sabu) tetapi saya tidak dapat menurunkan jangkaan-jangkaan kawasan parlimen yang akan bertukar tangan tersebut kerana apa pun ia masih jangkaan.Terima kasih 'Yang Berhormat' kerana melayani pertanyaan saya. Ini menambah yakin dalam diri untuk 'cuba sekali' kerana '11 kali sudah jelak'. Saya bergerak pergi dengan berjanji untuk mendoakan kemenangan beliau.

P / S : Grabbed from http://tehranifaisal.blogspot.com/ ... Untuk paparan yang lebih memuaskan , silalah ke lelamannya dengan hanya klik link beliau di atas ... WASSALAM ... Adus ... Tuan Guru Faisal Tehrani dah padamlah entry tuh ... pandai2 lah kalian baca sebab "ana" tak bercadang untuk memadamnya ... heheh

No comments: