Sign by Dealighted - Black Friday Coupons

KrONi

Monday, March 3, 2008

Cameron Highlands iN mEMoRy

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))


Kami sekeluarga kaki jalan ... cuma keadaan kewangan tak mengizinkan ... berjalan sekadar mengkagumi kebesaran Allah & mengeratkan ikatan sillaturrahim antara keluarga ... Sejuk betul ... salah musim kami sekeluarga datang ... datang masa tengah hujan ... ngeheheh ... berteduh di Hotel Equoatorial Hotel ... Tingkat 10 ... Alhamdulillah deluxe room tiada balkoni ... sejuknya allah yang tahu ... "Ana" pun demam semula sejurus pulang dari sana ... lebih teruk dari demam yang dulu ... cuma "ana" rasa walaupun demam ini teruk , tetapi tak lama keadaan tu ...

pelbagai aktiviti yang dilakukan di sana seperti melawat ladang kaktus , ladang starawberi , ladang bunga , ladang lebah ( tengok madu sebenarnya ) & ladang teh ... aktiviti lain ialah memborong buah2 & sayur2 ... ibu geram tengok bunga & kaktus tetapi hakikat ibu ini suka berjimat ... ibu tidak pernah membeli pokok ... semua pokok yang ditanam adalah hasil usaha melawat rumah rakan2 & mencantas pucuk pokok yang digemari ... ibu hanya membeli tanah , baja & racun ... selebihnya , minta dari rakan2 nya ... kalau mahukan pasu , bertandang lah ke rumah rakan yang mahu berpindah secepat yang mungkin kerana anda mungkin bernasib baik untuk mendapat pasu walaupun tidak secantik mana ... janji pasu & boleh menanam di dalam nya ... tips yang "ana" boleh kongsikan di sini mengenai Cameron Highlands ialah :


  • Jika mahu ke sana , masuk dari jalan Simpang Pulai ... Ikut jalan lain pun boleh tetapi jangan ikut jalan Tapah ... hanya Mat Rempit jerk yang boleh ikut jalan masuk dari Tapah ... Diharap korang SELAMAT sampai ke destinasi yang dituju wahai MAT REMPIT ... "ana" tak tahu bagaimana keadaan jalan masuk yang lain ...

  • Jangan terpedaya dengan penjual2 di pasar ... beli ikut pilihan hati ... jangan ikut sangat jika dia cakap selonggok RM 10 ( kira dapat kobis , brokoli , kobis bunga & sayur per tah ) ... ambil benda yang anda suka ... buat tak reti jerk dengan penjual tuh ... nanti masa dia kira dapat diskaun ... masa penjual tuh kira , jangan lupa tanya "tak boleh murah lagi ke ?" ... kalau bernasib baik , dapatlah murah ... kalau tak ... bayar jer berapa yang dia cakap ...

  • kalau boleh , mengginaplah di hotel , motel , rumah tumpangan @ homestay yang terletak di Brinchang @ Tanah Rata ... Mengginap di tengah2 pekan tuh ... senang sedikit kerana kedai makan , kedai runcit , klinik , masjid ... semua ada di situ ... Mencari hotel @ rumah tumpangan di situ pun sangat mudah kerana pekan2 tersebut dipenuhi hotel2 & rumah2 tumpangan ... banyak promosi pula ... pilih sahaja yang mana suka ...

rasanya , hanya itu sahaja yang dapat dikongsi pada hari ini ... esok mahu mencari kerja sambil berjalan - jalan dengan bestfriend ( piqah & diela ) ... dah lama tak keluar bersama ... jumpa lagi dlm post esok ...

2 comments:

Anonymous said...

My spouse and I stumbled over here by a different website and thought I may
as well check things out. I like what I see so i am just following you.

Look forward to checking out your web page for a second time.


Feel free to surf to my blog: acoustic guitar chord

Anonymous said...

Hola! I've been reading your site for a while now and finally got the courage to go ahead and give you a shout out from Houston Tx! Just wanted to tell you keep up the good work!

Here is my blog post :: jusos.wedevelop.de