Sign by Dealighted - Black Friday Coupons

KrONi

Saturday, February 16, 2008

rAsUaH - CoRrUptiOn - RaSuAh

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))


Rasuah ... Bukan benda baru lagi dalam masyarakat kita ... Sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi kegiatan tak senonoh nih dah wujud ... Peduli apa "ana" jika sedang mengeji nenek moyang sendiri pun ... Kesalahan boleh diungkit jika bertujuan untuk menyedarkan orang ...


Definisi rasuah dari segi undang2 Malaysia adalah :

1 ) "Menerima @ memberi apa2 suapan sebagai dorongan , upah atau galakan kepada seseorang untuk melakukan sesuatu perbuatan @ untuk tidak melakukan sesuatu perbuatan yang ada hubungan dengan prinsipalnya ." [ Seksyen 3 ( a ) , ( b ) & Seksyen 4 ( a ) & ( b ) Akta Pencegahan Rasuah 1961 - Pindaan 1971 ]

2 ) "Seseorang dengan diketahui mengemukakan apa2 resit , akaun @ lain2 dokumen yang mengandungi apa2 pernyataan palsu @ khilaf @ tidak lengkap dengan niat hendak mengelirukan prinsipalnya ." [ Seksyan 4 ( c ) Akta Pencegah Rasuah 1961 - Pindaan 1971 ]

3 ) "Mana2 anggota pentadbiran @ mn2 Ahli Parlimen @ Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) @ mana2 pegawai awam , yang semasa menjadi anggota , ahli @ pegawai telah melakukan rasuah apabila menggunakan kedudukan @ jawatan awamnyauntuk faedah kewangannya @ apa2 faedah yang lain ." [ Seksyen 2 ( 1 ) Ordinan No 22 ( Kuasa2 Perlu ) Darurat , 1970 ]


Suapan menurut Seksyen 2 , Akta Pencegahan Rasuah 1997 bermaksud :

1 ) Wang , derma , alang , pinjaman , hadiah , cagaran berharga , harta @ kepentingan mengenai harta , iaitu apa2 jenis harta sama ada alih @ tidak alih @ apa2 manfaat seumpamanya

2 ) Apa2 jawatan , kebesaran , pekerjaan , kontrak pekerjaan , @ perkhidmatan & apa2 p'janjian untuk memberikan pekerjaan @ memberikan perkhidmatan atas apa2 sifat

3 ) Apa2 bayaran , pelepasan , penunaian @ penyelesaian apa2 pinjaman , obligasi @ liabiliti lain , sama ada keseluruhannya @ sebahagian daripadanya

4 ) Apa2 jenis balasan berharga , apa2 diskaun , komisen , rebat, bonus , potongan @ peratusan

5 ) Apa2 perbuatan menahan diri daripada menuntut apa2 wang @ nilai wang @ benda berharga

6 ) Apa2 jenis perkhidmatan @ pertolongan lain seperti perlindungan daripada apa2 penalti @ ketidakupayaan yang dikenakan @ dikhuatiri @ daripada apa2 tindakan @ prosiding yang bersifat tatatertib , sivil @ jenayah sama ada @ tidak sudah dimulakan & termasuk penggunaan @ menahan diri daripada menggunakan apa2 hak @ apa2 kuasa 2 kewajipan rasmi

7 ) Apa2 tawaran , akurjanji @ janji , sama ada bersyarat @ tidak bersyarat untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana2 perenggan ( a ) hingga ( f ) yang terdahulu


Ciri2 utama rasuah :

1 ) Melibatkan orang perseorangan , 2 orang yang berada dalam 2 pihak iaitu pemberi & penerima

2 ) pemberi rasuah bertujuan untuk mengikat penerima kepadanya & berkehendakkan penerima memihak kepada dirinya . Ini biasanya dilakukan secara sulit @ bersembunyi

3 ) Berlaku pelanggaran perjanjian oleh penerima yang telah mempunyai majikan yang sah ( syarikat @ jabatan di mana dia bekerja ) . Apabila menerima rasuah , dia telah mempunyai 1 lagi majikan yang haram

4 ) Wang merupakan alat terpenting dalam perbuatan rasuah . Selain itu , rasuah juga ada dalam bentuk seperti hadiah berharga , keraian , kesenangan , keselesaan & lain2

5 ) Rasuah mendatangkan keuntungan kepada pihak yang terlibat biasanya sama ada dari segi kewangan @ kesenangan @ keistimewaan

6 ) Ada unsur penipuan , helah , kecurangan , penyelewengan , salah guna kuasa @ kedudukan , pecah amanah , pemalsuan , tidak jujur , percaggahan kepentingan peribadi & syarikat

7 ) Wujudnya pelanggaran etika kerja , nilai & moral masyarakat


Punca2 rasuah mengikut BPR :

1 ) Faktor kelemahan individu ( dah lah kurang iman , tamak , suka hutang & ingin cepat kaya )

2 ) Faktor kelemahan kepimpinan & p'tadbiran ( Pihak atasan kurang pengawasan & penyeliaan , sistem kerja yang lemah )

3 ) Faktor sosial & kebudayaan ( Amalan suka memberi & termakan budi )

4 ) Faktor pembangunan sosioekonomi & modenisasi ( hal tender2 nih ... bagi duit untuk dapat projek )

5 ) Faktor nepotisme ( pilih kasih & salah guna kuasa - bos punyer citer )


Kesan rasuah kepada rakyat & negara :

1 ) Projek akan menjadi mahal untuk menampung wang sogokan yang begitu tinggi ... syarikat akan mengenakan bayaran yang tinggi untuk menampung kos tersebut

2 ) Orang awam menerima produk @ infrastruktur yang tidak berkualiti kerana syarikat yang menerima tender melalui rasuah tidak akan dapat menghasilkan projek yang baik ( siling jatuh ... jambatan runtuh mcm MRR2 ... bocor ... ops !!! )

3 ) Golongan kaya akan menjadi semakin kaya ... ketidakadilan akan wujud dalam pembahagian kekayaan negara ... yang baru menceburi perniagaan mungkin akan muflis

4 ) Keharmonian organisasi akan tergugat kerana perasaan curiga & iri hati sentiasa wujud

5 ) Pegawai yang biasa dengan amalan rasuah biasanya akan melambat - lambatkan kerja kalau tiada speed money

6 ) Pegawai yang diambil bekerja tidak cekap ... kira duit cekaplah


Tindakan untuk mencegah rasuah :

1 ) Tindakan undang2 yang lebih ketat ( Blacklist sng citer ... hehehe )

2 ) Pihak pentadbiran perlulah mengemaskinikan sistem pengurusan

3 ) Dasar Kepimpinan Melalui Teladan

4 ) Penerapan nilai2 Islam dalam silibus pendidikan


Hukuman rasuah :

1 ) Kanun keseksaan


  • Seksyen 161 : penjara maksima 3 tahun , denda @ kedua - duanya sekali

  • Seksyen 162 : penjara maksima 1 tahun , denda @ kedua - duanya sekali

  • Seksyen 163 : penjara maksima 1 tahun , denda @ kedua - duanya sekali

  • Seksyen 164 : penjara maksima 3 tahun , denda @ kedua - duanya sekali.

  • Seksyen 165 : penjara maksima 2 tahun , denda @ kedua - duanya sekali

2 ) Akta Pencegahan Rasuah 1997



  • Seksyen 16 : penjara minimum 14 hari & maksimum 20 tahun , denda tidak kurang daripada 5 kali ganda jumlah suapan

  • Seksyen 17 : Penjara maksimum 10 tahun , denda maksimum RM 100 000 @ kedua - duanya sekali

  • Seksyen 18 : Penjara maksimum 7 tahun , denda maksimum Rm 50 000 @ kedua - duanya sekali

  • Seksyen 19 : Penjara maksimum 10 tahun , denda maksimum RM 100 000 @ kedua - duanya sekali

KEPUTUSAN KAJI SELIDIK PERC TERHADAP RASUAH DI ASIA ( 10 PALING TERUK & 0 PALING BAIK )

NEGARA l 2006 l 2007 l 2008

FILIPINA l 7.80 l 9.40 l ?

THAILAND l 7.64 l 8.03 l ?

INDONESIA l 8.16 l 8.03 l ?

VIETNAM l 7.91 l 7.54 l ?

INDIA l 6.76 l 6.67 l ?

KOREA SELATAN l 5.44 l 6.30 l ?

CHINA l 7.58 l 6.29 l ?

MALAYSIA l 6.13 l 6.25 l ?

TAIWAN l 5.91 l 6.23 l ?

MACAU l 4.78 l 5.11 l ?

JEPUN l 3.01 l 2.10 l ?

HONG KONG l 3.13 l 1.87 l ?

SINGAPURA l 1.30 l 1.20 l ?

Begitulah sedikit sebanyak tentang rasuah ... "ana" telah meringkaskan ... maaflah jika ringkasan ini telah menyusahkan anda yang mahu mengenal rasuah ... Tapi tak mengapa ... Anda boleh bertanya di space "Yang Ikhlas" ( ada di bawah entry ) atau taip sahaja di Yellow CBox ... Jika "ana" boleh menolong , "ana" akan menolong ... "ana" hanya belajar asas sahaja dalam undang2 perniagaan ... Rasuah ini bukan masalah perniagaan tetapi melibatkan semua sektor negara termasuklah badan2 penting seperti institusi kehakiman , badan eksekutif & badan perundangan ... Negara kita mempunyai prestasi kekerapan rasuah ditangga ke - 44 ... Turun 5 anak tangga ... Singapura & negara2 Asia Timur seperti Hong Kong serta Jepun mempunyai prestasi kekurangan gejala rasuah yang konsisten ... Rakyat2 negara tersebut amat setia pada negara mereka & sangat patuh akan undang2 ... Sepatutnya kita yang Muslim berbuat begitu kerana ajaran agama kita menyeru patuh kepada pemimpin , cinta akan agama & negara ... Takkan lah sebab negara kita tidak mengamalkan Hukum Hudud , kita yang Muslim langsung tak mengamalkan ajaran Islam ??? Membudayakan Islam dalam kehidupan ... Siapa mahu jawab isu ini ??? "Ana" hanya kata sikap & pemikiran kita memerlukan anjakan ... Anda berani ???

P / S : teringat pada sahabat yang bekerja di Badan Pencegah Rasuah yang menceritakan ada orang mengadukan masalah atuk yang tidak mendapat bantuan kebajikan ke BPR ... MELAPORKAN KEGIATAN RASUAH YANG BERLAKU MERUPAKAN 1 TANGGUNGJAWAB ... Syed Hussien Al-Attas mengatakan corruption is similar to prostitution ... fikir2 kn ... terima kasih kepada sahabat tersebut kerana menyumbangkan idea ...

2 comments:

taqeyyabella said...

Berfikir merupakan sebuah ibadah..

Banyakkan berfikir, apalagi pada hal-hal yang bermanfaat..

Salam kenal dari saya.. Kunjungla saya selalu.. =)

ghost_MaR said...

alhamdulillah ... dh jumpa ilham ... terima kasih krn m'beri dorongan & slalu2 lh ziarah sy jg ...