Sign by Dealighted - Black Friday Coupons

KrONi

Friday, February 1, 2008

MuSlim UnGguL ...

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))


Adik Sharlinie masih belum dijumpai lagi ... Entah mana lah dia menghilang ... Disebabkan hari ini merupakan hari Jumaat , "ana" mahu memberikan tazkirah kepada anda semua mengenai ciri2 seorang Muslim yang unggul yang menjadi idaman setiap hamba Allah yang betul2 beriman ... Ciri2 yang disenaraikan telah digariskan oleh Imam Sheikh Hassan Al - Banna



  • AKIDAH YANG BERSIH

Umat Islam pasti tidak akan tergelincir dari jalan Allah jika mempunyai akidah yang mantap . Ia juga merupakan suatu piawaian ke arah penyerahan diri seperti yang kita selalu ikrarkan dalam bacaan doa iftitah di rakaat yang pertama setiap kali solat ... "Inna solati wa nusuki wa mahyaya wa mamati lillahi robbil 'alamin" yang bermaksud "sesungguhnya solatku , ibadahku , hidupku dan matiku semuanya hanya untuk Allah".



  • IBADAH YANG BETUL

Ibadah yang betul dan ikhlas akan membentuk peribadi kita yang mulia . Semua ibadah mestilah bersumberkan sumber yang betul seperti Al - Quran , As - Sunnah dan sumber2 lain yang disepakati dan dipersetujui oleh ulama' dan fuqaha' .



  • AKHLAK YANG MULIA

Perkara ini harus dimiliki oleh semua makhluk sama ada lelaki mahupun perempuan . Perkara ini bukan sahaja akan menjaga hubungan antara makhluk ; malah hubungan antara makhluk dan penciptanya .



  • KEKUATAN JASMANI

Definisinya adalah perlu mempunyai daya tahan yang kuat sehingga dapat melaksanakn tuntutan agama yang optimum . Islam tidak pernah mengasingkan kekuatan fizikal dan ketika sedang mencari keredhaan Allah . Perkara ini dapat dilihat kerana beberapa amalan dalam Islam yang memerlukan kekuatan fizikal yang mantap seperi solat , puasa dan haji . Kekuatan jasmani adalah pencegahan kepada pelbagai jenis penyakit .



  • KECERDASAN FIKIRAN

Kecerdasan fikiran akan akan membawa kepada intelektualisme . Seorang intelek adalah aset utama kepada sesebuah masyarakat . Oleh itu , seorang Muslim perlu memiliki wawasan yang luas dan kemampuan inteleknya tidak boleh diragukan oleh sesiapa pun .



  • BERJUANG MELAWAN HAWA NAFSU

Setiap manusia memiliki kecenderungan kepada sesuatu yang yang baik dan buruk . Untuk itu , kita memerlukan suatu semangat bagi memerangi nafsu yang buruk . Kesungguhan melawan hawa nafsu ini perlu disemai dalam diri umat Islam kerana ia akan berupaya melawan pelbagai maksiat dan kemungkaran .



  • PANDAI MENJAGA WAKTU

Islam mengajar perancangan waktu contohnya melalui waktu solat . Kita perlulah solat pada awal waktu . Solat pada awal waktu perlu diterjemahkan dalam kehidupan seharian sebagai pengurusan masa yang tepat . Setiap tindakan kita perlu dirancang mengikut waktu yang sesuai .



  • TERATUR DALAM URUSAN

Memerlukan profesionlisme dalam sesuatu urusan . Kita mesti mempunyai kesungguhan , bersemangat , dan berkorban dalam melakukan sesuatu urusan . Kesannya , perkara itu dapat dijayakan dengan cemerlang .



  • MEMILIKI KEMAMPUAN

Golongan ini dapat mempertahankan kebenaran dan berjuang menegakkan keadilan . Kita hanya boleh melakukannya jika kita mempunyai kemampuan & kekuasaan dari segi pengetahuan , ekonomi dan sebagainya .



  • MEMANFAATKAN ORANG LAIN

Insan yang mempunyai ciri ini akan menghakis sikap mementingkan diri sendiri & sentiasa prihatin terhadap kebajikan orang lain . Seorang Muslim perlu berusaha menjadikan dirinya bermanfaat kepada orang lain walaupun tidak memegang jawatan yang tinggi . Kita boleh bermanfaat kepada keluarga dan sahabat handai sahaja jika itu sahaja keupayaan kita .


Cukup 10 sahaja ciri yang diberi . Jauh lagi perjalanan "ana" untuk mengecapi nikmat ini ... Dapatkah "ana" menggapainya ?? Insya-allah ... Jikalau hati mahu , semua jadi seperti kemahuan "ana" terhadap blog ini yang telah terlaksana . Semenjak akhir2 ini , "ana" selalu kelewatan dalam memasukkan perisian untuk anda semua ... Masalah patah hati kot ... Tidak mengapa ... Allah disisi "ana" dalam menyelusuri badai hidup yang serba serbi lengkap , yang serba serbi cacat ... Entahlah ...

No comments: