Sign by Dealighted - Black Friday Coupons

KrONi

Friday, February 8, 2008

AdVENceR Si PeniUp NEy

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))


Semenjak membaca karyanya sewaktu di bangku sekolah … “Ana” terus sukakannya … Kerana Manisnya Epal … Semanis jalan ceritanya … Semanis nama penulisnya … Memang manis jika karya yang dibaca sampai mesejnya … Memang manis jika karya yang dibaca disudahi dengan kegembiraan … “Ana” memang sukakan karya Faizal Tehrani … Santai , sinis , bersahaja , mempunyai mesej , kreatif , rasa seperti sedang mengembara kerana terdapat karya – karyanya yang berlatar tempat di luar Malaysia dan kesudahan bagi karya – karyanya adalah “happy ending” … Penulis Malaysia lain yang “ana” kagumi ialah Ramlee Awang Mursyid , Shahnon Ahmad & Ahadiat Akashah … Kali ini … “Ana” mahu berkongsi dengan anda semua mengenai Advancer Si Peniup Ney … “Ana” mahu mengatakan tentang sinopsis & kupasan2 ayat yang memberi ilmu baru kepada “ana” & nilai2 … Kiranya tema , persoalan , watak perwatakan dan yang seangkatan dengannya “ana” tidak mahu bincangkan … Anda bukan pelajar Kesusasteraan Melayu … “Ana” pun tidak mempelajari subjek itu sewaktu STPM … Tetapi “ana” tidak akan memperlakukan anda seperti pelajar Kesusasteraan Melayu walaupun “ana” tahu ilmu itu … Pa per pun … Layyaaan …

ADVENCER SI PENIUP NEY – FAISAL TEHRANI
Harga : RM 19
Bilangan halaman : 256 Halaman Bercetak … ( Tidak termasuk kulit )
Tahun terbitan : 2005
Blog Penulis : http://tehranifaisal.blogspot.com/

SINOPSIS
Mengisahkan 40 ekor jin bersongkok biru tua yang berniat baik mahu membetulkan kaumnya dengan bantuan seorang manusia bernama Sulaiman Hilmi Kamal ( Bukan kau yerk Dzulhilmi … hehehe ) … Jin juga mengalami gejala keruntuhan akhlak yang kritikal seperti manusia … Cuma , manusia ada orang mahu memperbetulkan , jin sendiri bukan tiada yang mahu membetulkan tetapi mereka memerlukan bantuan manusia yang lebih mulia daripada jin kedudukannya … Setelah diizinkan oleh ibu bapanya untuk menyertai ekspedisi bersama 40 ekor jin tersebut , mereka menuju ke negeri Fantasia yang terletak di antara awan & langit … Negeri Fantasia dikuasai oleh Jin Bertindik 1 … Jin Bertindik 1 mempunyai seorang puteri tunggal bernama Puteri Simone Sidharra … Negeri Fantasia bermatlamatkan hedonisme yang menyesatkan … Nilai ketuhanan & moral adalah jauh sekali dari hidup mereka … Sulaiman & 40 ekor jin bersongkok biru tua telah sampai ke negeri itu untuk memperbetulkan keadaan di sana … Pelbagai cabaran & dugaan dilalui … ( Kalau nak tahu apa dugaannya , kenalah baca sendiri ) … Tiba2 , tanpa diduga , Jin Bertindik 1 telah mati akibat dirempuh Boeing dan disiat dalam kipas tersebut … Selepas itu , penduduk di Negeri Fantasi yang tinggal telah beriman kepada Allah & nama Negeri Fantasia telah ditukar kepada Al – Hidayah … Mereka mengikut segala ajaran yang telah digariskan oleh Islam … Jin bernama Daud telah ditinggalkan di Al – Hidayah apabila Sulaiman & 39 ekor jin yang lain mahu meninggalkan negeri tersebut … Destinasi lain pula dituju … Negeri Samudera Suran telah disinggahi secara tidak sengaja oleh Sulaiman & 39 jin ekor jin bersongkok biru tua apabila mereka singgah sembahyang di permukaan air tepi pantai perairan Laut China Selatan … Negeri Samudera Suran berada di dasar laut dan diperintah oleh Maharaja Tenggiri yang sedang kegeringan akibat selalu minum arak … Rakyat jin di Negeri Samudera Suran tidak beragama … Paham2 jer lah apa yang terjadi … Kalau tak faham kena lah beli buku tuh … Baper kali nak cakap … hehehe … Tup tap tup tap Rakyat jin Negeri Samudera Suran dah jadi muallaf & Maharaja Tenggiri telah sihat dari geringnya … Sudah sampai masanya Sulaiman kembali ke alam realiti setelah 3 tahun lamanya melalui sebuah advencer yang menakjubkan … Jin Hud ditinggalkan bersama rakyat Negeri Samudera Suran … Sulaiman & 38 ekor jin berkopiah biru tua yang lain berangkat … Sulaiman telah hidup seperti biasa selepas itu & masih berjumpa dengan 40 ekor jin2 berkopiah biru tua sehingga akhir hayatnya … ( Fuh , pakai ayat sendiri nih nak wat sinopsis … dulu masa belajar , tiru buku rujukan … Hehehe )
PENGETAHUAN BARU & NILAI & SINDIRAN

Halaman 10 – Baris 4
Terdapat 7 jenis jin :-
1 – Saaluf ( Puak kafir , daripada jenis api )
2 – Hamdun ( Beriman kepada Allah dan Rasul , daripada jenis tanah )
3 – Sallamuni ( Daripada jenis tanah )
4 – Urban ( Daripada jenis tanah )
5 – Israel ( Daripada jenis api neraka )
6 – Hamrusy ( Daripada jenis Yahudi )
7 – Halamun ( Tinggal di sebuah tempat tidak berpenghuni di Semenanjung Arab )

Halaman 17 – Baris 20
Lelaki itu menjawab “ Aku paling sukakan kematian . Kerana jika aku sudah berbuat amal maka kebaikan itu akan dibalas oleh Allah , atau jika aku hanya berdosa maka kematian akan dapat mencegah aku daripada menambah dosa , dan jika aku kaya lalu mati , aku tidak akan merasai jatuh miskin , atau jika aku mati dalam keadaan miskin aku akan dapat memperoleh kekayaan dengan kematian”

Halaman 20 & 21 – Baris 22
“ Remaja kami tidak lagi mendengar kata . Semuanya leka . Syaitan telah merasuk mereka . Kami di ambang keruntuhan . Jin – jin kafir mengasak & memerangi kami dengan pelbagai cara . Ajaran agama jauh sekali dan hanya segelintir yang masih mahu memikirkan soal akhirat . Soal hak & batil telah bercampur – baur . Remaja kami keliru . Ada yang berhijab menutup aurat , tetapi berzina . Pemerintah kami lebih ramai yang munafik daripada yang bertakwa . Ada remaja kami yang murtad & menganut agama lain . Pusat kehidupan ialah kesenangan , kelazatan , dan kenikmatan .”

Halaman 22 – Baris 4
Souti Sarmad adalah suara @ firman Allah , Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu .

Halaman 22 & 23 – Baris 19
“ Anak muda mesti kita ingatkan . Soal negeri amat berkait rapat dengan generasi baru , jika tiada dukungan orang muda , rosaklah negeri … bahawa setiap yang remaja lakukan hari ini akan membawa kepada tegap @ lemahnya sesebuah negeri pada hari mendatang . Soal membiarkan rakyat – remaja khususnya – kepada hiburan , keghairahan , permainan , hobi , dan kesukaan – kesukaan serta macam – macam peraduan atas nama kesenian & kesukanan itu sehingga menjadi pusat kegemaran & seolah – olah tiada apa lagi yang elok dalam hidup …”

Halaman 24 & 25 – Baris 10
Surah Al – A’raf : 27
“ Sesungguhnya jin , syaitan & pengikut – pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka” … Syaitan tidak kelihatan di mata manusia , memudahkan mereka untuk menyesatkan cucu cicit Adam … Jin & Syaitan itu tidak boleh dilihat oleh manusia biasa kerana mereka memiliki jisim yang sangat halus .

Halaman 27 – Baris 7
“ Adapun ulama’ kami hanya mengikut kata arus utama . Kami golongan remaja tidak dapat menjadikan mereka pedoman . Ada ulama yang bebas berani menyatakan , ada ulama yang banyak benar berfikir terkongkong serba – serbi .”

Halaman 27 & 28 – Baris 21
9 Jenis Perasaan Pada Manusia , maka akal akan mengurusinya :-
1 – Suka
2 – Duka
3 – Marah
4 – Bernafsu
5 – Kasihan
6 – Cinta
7 – Takut
8 – Kagum
9 – Tidak acuh
Akal tidak dapat menjelaskan 1 keadaan yang kita namakan khariq al – adat . Nabi memiliki mukjizat , tetapi sebilangan kecil manusia terpilih untuk memiliki khariq al – adat , suatu kejadian luar biasa yang berhubung langsung dengan kehendak-Nya . Segala persoalan tentangnya tidak dapat ditilik dinilai dengan akal biasa kerana segalanya adalah di sebalik hijab Allah .”

Halaman 29 – Baris 11
“ Manusialah yang mengatasi Ifrit ketika berdepan dengan tugasan Nabi Sulaiman . Apabila Nabi Sulaiman bertanyakan kepada menteri & orang kanannya siapakah yang dapat memindahkan takhta Ratu Saba’ dari Yaman ke Palestin , Ifrit menawarkan masa beberapa saat . Orang kanan Nabi Sulaiman , iaitu orang yang memiliki khariq al – adat , yakni orang yang dikatakan memiliki ilmulah yang diberi peluang memindahkan singgahsana Ratu Saba’ sepantas mata berkelip . Manusia jauh lebih mengatasi jin dari segi kekuatan sebenarnya . Manusia karomah tentunya . Orang yang hampir dengan Allah , ahli sufi yang dekat dengan Tuhan . `Asif Barkhiya nama orang kanan Nabi Sulaiman tersebut .”

Halaman 31 – Baris 15
“ Remajanya demamkan hiburan sahaja , demamkan muzik sahaja hinggakan apa sahaja yang berlaku di sekeliling mereka sudah terabai . Kalaupun negeri nanti ditempur jin Israel & digempur jin Kafir , tetap mereka itu tidak berubah , mereka akan demamkan muzik sahaja sehari – harian .”

Halaman 32 – Baris 2
Hadith riwayat Abu Hurairah , Rasulullah telah bersabda :
Sekumpulan umatku pada akhir zaman , ditukarkan mereka menjadi monyet2 & babi2 , Sahabat2 berkata : “ Ya Rasulullah , adakah mereka itu orang2 Islam ?” Sabda baginda : “ Ya , mereka mengucap 2 kalimah syahadah ( mengaku bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah & bahawa aku Pesuruh Allah & mereka mengerjakan puasa .” Kata sahabat2 : “ Mengapa mereka jadi begitu , ya Rasulullah ?” Sabda baginda : “ Mereka bermain & berhibur dengan alat bunyi – bunyian & penyanyi2 wanita & dengan rebana & mereka minum pelbagai jenis arak , dan mereka bermalam dengan minuman & hiburan riuh rendah mereka , maka pada pagi hari , mereka telah ditukarkan rupa ( menjadi monyet & babi ) .”

Halaman 33 – Baris 7
“ Dari ilmu fikah , apa juga nyanyian kecuali nyanyian kanak2 di majlis perkahwinan hukumnya haram . Bahkan hanya duff @ kompang saja yang diizinkan sebagai alat muzik . Inilah yang dinyatakan oleh al – Syauqani dalam kitab Nail al – Authar .”

Halaman 33 – Baris 15
“ 4 imam mazhab yang utama pun cenderung mengharamkan nyanyi – nyanyian , juga alat2 muzik . Imam Syafie menyebut nyanyian & muzik adalah makruh & hanya diamalkan oleh orang safih , iaitu bodoh . Tetapi ada banyak sebab mengapa sesetengah , bukan semua , ulama bersikap keras terhadap penyanyi & pemuzik . Kita harus melihat apakah ada faedah @ tidak menyanyi & bermain muzik itu . Juga perkara2 berhibur ini perlu ada batas . Sekadar meraikan gharizah @ naluri manusia , tak mengapa . Sesungguhnya ulama berselisih tentang kedudukan muzik ini . Jika diturutkan mazhab jumhur jadinya haram . Tetapi mazhab ahli Madinah ,, Zahiriyah & Jemaah Sufiyah membolehkannya .”

Halaman 41 – Baris 10
Budak2 remaja di sini perlu terus leka . Mereka tidak harus sedar yang aku sebagai kepala negeri sedang mengaut hasil mahsul negeri untuk membina empayar .Remaja mesti terus berseronok – seronok . Apa sahaja mesti disuakan , asalkan mereka tidak ingat apa – apa kerana remaja jika mereka ingat & hidup bertujuan , maka mereka akan menjadi 1 gelombang yang menakutkan . Mereka akan menjadi satu gerakan yang dapat menewaskan apa sahaja .

Halaman 42 & 43 – Baris 21
“ Souti sarmad ialah sejenis muzik – satu bunyi , satu suara yang apabila melantun keluar dari sumbernya akan mengisi semua ruang .Sumber itu dating dari Tuhan yang memberi bunyi , memberi suara kepada manusia untuk menghormati firman Tuhan . Ia getaran halus yang tidak tertangkap dek telinga , jauh sekali terlihat dek mata . 1 bunyi , 1 suara yang memiliki kuasa yang hebat , seperti yang terkandung pada firman : “ Jadilah ! Maka terjadilah . Ia 1 suara , 1 bunyi yang menderu menggetarkan kalbu berbunyi : Bacalah ! Ia 1 suara 1 bunyi yang didengar Nabi Musa di Gunung Sinai . Suara yang kita keluarkan adalah suara untuk menghormati suara titah & firman Tuhan . Begitulah juga melodi . Melodi paling indah ialah melodi yang kembali mengingatkan titah perintah @ firman Tuhan . Maksud saya zikir .

Halaman 43 – Baris 13
“ Zikir terletak antara ucapan & nyanyian . Dalam zikir ada pengulangan , ada getar suara , ada kawalan nafas , ada bunyian yang dihasilkan kala bernafas sahaja , dan ada pula suara yang terpendam . Zikir itu juga souti sarmad .

Halaman 43 – Baris 18
“ Souti sarmad ialah muzik yang membawa kita kembali kepada destinasi akhir dalam kehidupan , iaitu Allah . Muzik yang menyedarkan akan kealpaan kita terhadap janji yang telah dimeterai dengan Pencipta kita bahawa kita hamba – Nya , dan sekadar penumpang sahaja di Bumi milik-Nya . Jadi muzik ialah 1 tenaga kerohanian yang mengajar & membimbing pendengarnya . Muzik ialah penerangan & nasihat , bukan dalam bentuk kata2 , tetapi terus memagut hati kerana hatilah yang menampung ingatan kepada Tuhan .”

Halaman 44 – Baris 3
“ Dalam souti sarmad , semuanya adalah dalam takluk Tuhan . Allah yang mengurniakan bakat , ilham & kemuliaan . Allah juga yang menyentuh hati pendengar yang diingini-Nya . Souti sarmad ialah muzik yang mengingat Tuhan .”

Halaman 46 & 47 – Baris 17
“ Siapakah yang mengasaskan notasi muzik ? @ kami kalangan pemuzik mengenalinya sebagai solmisation ?” Jawabnya : “ Pencipta @ pengasasnya ialah Guido Arezzo pada tahun 1026 .”

8 comments:

Muneerah said...

huhuhu... copy paste ker nie...
patut la cam dh bace ...
upernyer amik dri "tehran"...

ghost_MaR said...

Tolong skit yerk muneerah @ moun ... Akk bc sndr ... wat sinopsis pn sndr r ... klu nk wat ... kena ikhlas ... klu dh x der bhn br cilok dr mn2 ... huhuhu ...

Muneerah said...

hehehe...lorh...
jgn sedey.... moun wat lwk jerk...
huhuhu~
nmpaknyer lawk ku x menjadi....
:D
SOWI...

ghost_MaR said...

wat lawak jer der nih ... nk kena gaknyer ... siap ko klu blk MAS nnt ...

Muneerah said...

hehehe.....
huh~
nie yg x nak balik nie...
hehehe....
abis la aque...
kena telan dek monsteR!!!

ghost_MaR said...

Entah jumpa @ x yer klu ko blk MAS ??? Ko klu blk x pnh nk dtg rum ak ... Skit2 g rumah Mk ndak ... Ps2 kompem blk Bekok ... Hehehe ... Jealous tau ... Ntah bila ms ak pndi jealous2 nih ntah ... huhuhu

Anonymous said...

awk..thanx ek
sye ske bace sinopsis awk nih.
mohon izin gune ntk asaimen sye sbb tak byk ulasan tntg novel ni.

cikwan.
ri_zuwan@yahoo.com

ghost_MaR said...

cikwan ... beta izinkan tp kena bg duit ry lh ... ehehehe ... acah jerk ... guna lh ... kang x kasi kang , m'raung lak kn ... tp entry nih s'bnr nyer x siap lg ... & beta x b'niat utk siapkannya ... sorry