Sign by Dealighted - Black Friday Coupons

KrONi

Friday, February 29, 2008

29 FeBruARi 2008 => [ 2008 / 4 = 502 ]

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))

Selamat Hari Jadi kepada insan2 yang menyambut ulang tahun kelahiran pada tarikh ini ... 4 tahun sekali kan ... kasihan ... tapi ok per ... duit tak melayang untuk belanja kawan bagi meraikannya ... hehehe ... 4 tahun sekali jer keluar duit ... yang diatas tuh tiada apa2 ... cuma mahu memberitahu cara mengira tahun lompat ... Jika anda ingin tahu adakah tahun tersebut tahun lompat , silalah bahagikan tahun tersebut dengan angka 4 ... Jika mempunyai baki , ini bermakna tahun tersebut bukanlah tahun lompat ... manakala kalau tidak berbaki , tahun tersebut merupakan tahun lompat ... Jumlah hari dalam tahun biasa ialah 365 1/4 ... jika tahun lompat pula , ia akan menjadi 366 hari disebabkan 365 1/4 + 365 1/4 + 365 1/4 + 365 1/4 ... bukankah jawapannya 366 ... apa2 lah

Malas mahu membaca akhbar & menonton televisyen ... sibuk pasal pilihanraya ... macam biasa ... penjelasan satu pihak ... Pemikiran "ana" sudah terdidik untuk mendengar penjelasan dari semua pihak ... semacam hakim pula ... bukan apa ... tidak adil kita tidak memberi ruang kepada pihak yang satu atau dua lagi itu untuk menyuarakan pemikiran mereka ... Baik layan blog , nasyidFM , multiply blog ... ish ... macam2 ... hehehe

Esok "ana" akan bercuti ke Cameron Highlands bagi mengeratkan silaturrahim antara ahli keluarga "ana" ... adik "ana" yang bernama nafis & maryam sahaja tidak ikut ... 2 hari "ana" tinggalkan kalian semua ... doakan "ana" & keluarga "ana" selamat pergi & selamat pulang ... insya-allah ... ma'as salam ... bersua pada post isnin akan datang ...

Thursday, February 28, 2008

LuCkY nUmBeR ???

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))

fun quizzes and blog meme

Nombor ... Nombor plat motor & kereta , telefon & h / p pun pki nombor , tarikh lahir & tarikh hari2 pakai nombor , masa , berat & tinggi pun bernombor ... ish , sumer pakai nombor ... Main sudoku & kakuro pun pakai nombor ... "Ana" suka tengok drama bersiri NUMB3RS ( kurang sikit tengok drama bersiri ... hehehe ) ... Tapi kan , masa PMR & SPM , matematik "ana" tak pernah A ... hehehe ... Apply UPU amek account ... nombor lagi ... ish3 ... kenapalah dengan "ana" hari ini ??? NOMBOR & KITA TIDAK BOLEH DIPISAHKAN ... Betul tak ??? Kalau boleh pisah , "ana" mahu kenal dengan insan itu ... mana tahu tulis I / C pakai huruf ... "Ana" nak kenal sangat2 dengan insan unik ini ... "Ana" bubuh jerk pic yang di atas tuh ... percaya ??? tak pun ... huhuhu ... esok jumaat ... jumpa lagi dalam post esok kalau diizinkan :)

Wednesday, February 27, 2008

AriEs GiRL ...

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))

fun quiz for myspace profile and blog

No comment ... amek kt blog sifu M ... hehehe :)

Tuesday, February 26, 2008

Da'HosPiTaL

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))


Maaf ya ... semalam hari pertama dalam sejarah "ana" bercuti dari bloggin' ... Bestfriend "ana" yang bernama Nordalila a.k.a Diela telah dimasukkan ke Hospital Besar Ipoh ... Beliau telah dimasukkan ke situ pada 23 Februari 2008 kerana demam denggi ... "Ana" & seorang lagi bestfriend bernama Syafiqah Nadiah telah melawatnya pada hari pertama dia memasuki hospital ... pada hari ke-2 , kami tidak menjenguknya tetapi keluarga "ana" pergi menziarahinya ... Semalam "ana" telah membuat keputusan untuk melawatnya ... [ pergi tanpa melakukan kerja rumah ... hehehe :) ] ... semasa melawatnya , dia tampak gembira apabila melihat kelibat "ana" ... Walaupun Syafiqah tiada , "ana" cuba sedaya untuk melayannya & menggembirakannya ... Sudah kurang seorang kroni syusyah skit nak meriah ... hehehe ... Ingatkan nak balik petang tuh ... skali Diela minta untuk temankan dia di hospital sehingga hari esok ... Disebabkan rasa setia yang tidak berbelah bahagi terhadap sahabat , "ana" menurutkan sahaja ... Boleh jadi suatu pengalaman baru jika bermalam di hospital walaupun tidak menjadi pesakitnya ... Bukan buat apa pun ... makan , tidur , tengok2 patient lain , cuci mata tengok chinese doktor ( boleh tahan gak paras der ... hehehe ... tak kekal lah sifat ensem tuh & manusia memang suka pada yang cantik ) , layan kakak2 practical nurse ( cantik kakak2 tuh , kalau tak percaya , tengok sendiri ) & macam2 lagi ( tak payahlah cerita satu dua perkara , tak penting pun ... hehehe ) ...


Sepanjang berada di sana , pelbagai perasaan menjengah ke jiwa "ana" ... Tidak tahu bagaimana untuk memperkatakannya ... Tapi "ana" memperkatakan mengenai pengalaman "ana" dengan bahasa "ana" sendiri ... harap tiada siapa akan terasa kerana "ana" tidak mahu memperli sesiapa ...


"Ana" boleh mengatakan bahawa hospital boleh menjadi antara tempat muhasabah terbaik ... Kenapa "ana" berkata begitu ??? Ok ... Baca sahaja pengalaman "ana" ... Apakah perasaan anda apabila terdengar orang meminta - minta air ??? Apakah perasaan anda apabila mendengar orang mengeluh kesakitan ??? Apakah perasaan anda apabila mendengar orang menjerit - jerit kepanasan padahal dirinya telah diseparuhbogelkan oleh jururawat ??? Apakah perasaan anda apabila melihat pesakit tua yang tiada langsung saudara maranya datang menziarah ??? Sehari semalam di hospital boleh melembutkan hati "ana" yang sedia keras akibat dosa2 lalu ... persoalan2 tadi sebenarnya telah dilalui sendiri oleh "ana" ... "Ana" kagumi kebesaran Allah di mana "ana" melihat pasangan suami isteri saling mengambil berat ... tidak tahu masih ada kasih @ tidak di jiwa mereka ... tapi "ana" kagum apabila si suami menjaga si isteri yang sedang menahan sakit , si isteri melayan karenah si suami yang sedang menderita ... Bagaimana mereka boleh melakukannya ??? Apabila pulang , "ana" melihat pula ibu bapa "ana" ... mereka jarang bergaduh ... saling mengambil berat ... Bagaimana ya mahu mengekalkan perhubungan yang mesra bagi suatu tempoh yang lama ??? lamalah kan jika tempoh kita hidup sebumbung dengan pasangan kita 20 - 50 tahun ... mungkin lebih dari angka itu ... siapa tahu ... Situasi ini membuatkan "ana" terfikir , siapakah disisi "ana" 10 tahun akan datang ??? 20 tahun lagi , wujudkah insan itu ??? 50 tahun , siapa yang tinggalkan siapa ??? Bolehkah "ana" berdikari jika "ana" sakit ??? siapa yang akan menjaga "ana" tanpa merasa dirinya disusahkan oleh "ana" ??? Percaya pada Qada' & Qadar ya Masyithah ... Jodoh , ajal , rezeqi kan di tangan Tuhan ... bingung sungguh ... ish ... biarlah ...


Moral yang didapati oleh "ana" ialah jagalah kesihatan , amalkan gaya hidup yang sihat & lakukan amalan dengan hati yang ikhlas hanya untuk Allah ... mintalah pada Allah supaya dijauhkan dari azab2 sebegitu sewaktu di dunia ... insya - allah ... jenuh nak turunkan berat badan nih ... heheh

Sunday, February 24, 2008

pnt r ... upload pic ... huhuh

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))

Saturday, February 23, 2008

LeSsOn FroM hiStOrY

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))


History offers us certain original and indispensable ways of looking at human experience , for it is concerned primarily with time . It brings us perception in depth . It weighs the conflict of the generations and the passing of the years . It contrasts what is or what was with what has gone before . It speaks of the rise of civilizations - and of their decline . So history deals with the flow of things and shows us that nothing ever can stand still . It recognizes that change is inevitable .

History uncovers the complexity of human affairs beneath the vivid myths of folklore or the stereotypes of some national legend . However uncomfortable it may make us , we discover that issues were not all black and white , or one-sided . From history we learn that things are rarely , if ever , as simple as they seem .


History is also a social study . It deals with groups and institutions , politics and economics , wars and the balance of power . With its interest in cause , history contributes to the understanding of social process . By its concern for the past it gives roots to our institutions . We may not totally believe that "those who know no history are doomed to repeat it" . But for our social or political planners , history provides the needed warnings . It reminds us of factors to be taken into account , and suggests possibilities for action . In an international crisis , history will not tell us precisely what to do but rather some things we surely should not do . History reminds us that what we do not know about the traditions and cultures of other peoples has hurt us .


It is no accident that history is one of the major studies in many of our leading universities and colleges . How else are we to civilize our decision-makers ? History can enlarge the horizons of future engineers and industrialists through the understanding of our own tradition and the study of other cultures and times . Through history , we can bring to our citizens and our chosen leaders the experience of other rulers and crises .


Finally , history is a public reservoir from which the layman too can withdraw wisdom . It helps him defend himself against fanatics and revolutionaries , against the narrowness of professional specialization , and against a shallow preoccupation with the latest discovery or novelty . When a man can know about and think about the past , and becomes aware of alternatives , of the mistakes of human planning , of the danger of oversimplification , of the limitation of his opinions or solutions , then he is a freer man . Through history also , he becomes better equipped to understand and contribute to civilization . A people whose history has not been recorded may be happy , but it can be hardly civilized .


Read more on Understand And Criticize , J . Doraisamy , OUP , 1979 ...

Friday, February 22, 2008

SeMbUnyi - sEmBuNYI

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))

6 Perkara yang Allah sembunyikan :

1. Allah sembunyikan Redha-Nya dalam Taat
2. Allah sembunyikan murka-Nya dalam Maksiat
3. Allah sembunyikan nama-Nya dalam Al-Qur'an
4. Allah sembunyikan lailatul qadar dalam bulan bulan Ramadhan
5. Allah sembunyikan solat paling utama dalam solat 5 waktu
6. Allah sembunyikan tarikh terjadinya Hari Kiamat dari pengetahuan manusia

Renung2 kan untuk pengisian Jumaat kalian ... Wallahua'lam ...

Thursday, February 21, 2008

ALlaH WoN't AsK ..........

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))

Allah won’t ask what kind of car you drove , but will ask how many people you drove that didn’t have transportation .
Allah won’t ask what your highest salary was , but will ask if you compromised your character or morals to obtain that salary .
Allah won’t ask the square footage of your house , but will ask how many people you welcomed into your home .
Allah won’t ask about the fancy clothes you had in your closet , but will ask how many of those clothes helped the needy .
Allah won’t ask about your social status , but will ask what kind of class you displayed .
Allah won’t ask how many material possessions you had , but will ask if they dictated your life .
Allah won’t ask how much overtime you worked , but will ask if you worked overtime for your family and loved ones .
Allah won’t ask how many promotions you received , but will ask how you promoted others .
Allah won’t ask what your job title was , but will ask if you performed your job to the best of your ability .

Allah won’t ask what you did to help yourself , but will ask what you did to help others .
Allah won’t ask how many friends you had , but will ask how many people to whom you were a true friend .
Allah won’t ask what you did to protect your rights , but will ask what you did to protect the rights of others .
Allah won’t ask in what neighbourhood you lived , but will ask how you treated your neighbors .
Allah won’t ask about the color of your skin , but will ask about the content of your character .
Allah won’t ask how many times your deeds matched your words , but will ask how many times they didn’t .

“ And Allah gave them a reward in this world , and the excellent reward of the Hereafter . For Allah Lovett those who do good – Surah Imran ; verse 148”

Wednesday, February 20, 2008

SeNyUm , SyEnYuM & CeNyUm

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))



SENYUM adalah1 pelabuhan yang pastinya tidak akan merugikan .
Di Moscow , Rusia , ada sekolah yang mengajar untuk SENYUM . SENYUM harus ada ketululusan . SENYUM yang dibuat – buat pasti tidak akan menyenangkan , sama saja dengan kening yang berkerut.

Adalah diakui , setiap kali terSENYUM kita hanya menggerakkan 15 otot manakala ketika marah kita akan mengedutkan 63 otot di bahagian muka . Perbuatan mengerutkan dahi saja memerlukan gerak kerja 40 otot .
Bayangkanlah !!!

Kebanyakan SENYUM adalah jangkitan . Apabila kita SENYUM , orang akan SENYUM balik kepada kita . Orang akan merasa dihargai bila kita SENYUM padanya , sekaligus ia akan memberi tanggapan yang baik kepada diri kita . Lantas .... kenapa kita tidak muliakan ? Muliakan dengan diri kita . SENYUMlah kepada orang yang tidak anda kenali hari ini . Insya - Allah dia akan membalas SENYUMan anda itu .

Alangkah mudahnya membina rangkaian persahabatan ... William
Shakespere mengatakan : " Apa yang anda kehendaki akan lebih cepat
diperolehi dengan SENYUM daripada memotong dengan pedang ."
Semasa bekerja , semasa belajar , tidak kiralah apa sahaja kerja , SENYUMlah . Ia akan menumbuhkan rasa keriangan dan kegembiraan .
Bila berhadapan dengan keadaan sukar , SENYUMlah . Bukankah ketawa yang sopan itu sihat .

Pujangga menyebut : " SENYUMan itu kelopak .
Tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya . Tetapi , perbanyakkan senyum dari ketawa . Ketawa yang banyak adalah melaghakan , menyakiti diri sendiri ( sampai sakit perut ketawanya ) dan jadi geng syaitan laknatullah … Kalau senyum , tak jadi apa2 , syusyah orang nak pertikaikan senyuman anda itu … Lagipun , senyum tu kan ke rahsia awet muda … Senyumlah dari hati

P / S : "Ana" lebih banyak ketawa dari senyum ... Tengah berubahlah nih untuk sentiasa senyum ... Kadangkala , "ana" senyum dengan teman2 ... Mereka pasti kata "ana" gila ... Mungkin disebabkan "ana" biasa ketawa sehingga teman2 berasa janggal apabila "ana" senyum ...

.: SENYUM ITU SEDEKAH , SMILE ... PEACE !!! :.

Tuesday, February 19, 2008

JiKa sAkiT , AlLah NaK AmpuNkan DoSa

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))


suhu badan 39deg *kipaskipas*

tapi rasa sejuk *brrr*

kepala berpusing *toingtoing*

batuk-batuk *koffkoff*

bila sujud , rasa cam nak terkaluar anak tekak *hekhem*

selseme *aachim!*

hidung lari *chayok!*

pandangan kabur *1+1=3?*

yang pelik boleh men game & YM *heheh*

makan tak basah *splashsplash*

tidur tak kenyang *burpAlhamdulillah*

mandi tak lena *yawnsss*

otak berfikir tentang diri sendiri *macam mana kalau .....*

hati asyik berzikir *lailahaillallah*

telinga masih mendengar bunyi merpati2 yang merinduiku *terkukukurkur*


pa per jer lh ... entry semalam tak siap lagi nih ... ish3

semoga Allah memelihara diri & iman ku ... Amiin!!!

Monday, February 18, 2008

OwH , rUpa - RuPAnya .............. TaK sAnGkA

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))

Sunday, February 17, 2008

BukU ??? bACa ???

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))


Telah diringkaskan dari pembacaan rencana bertajuk MEMBUDAYAKAN TABIAT SUKA MEMBACA oleh Johan Jaaffar ( Org kuat DBP ) - RENCANA , HALAMAN 13 , BERITA MINGGU , AHAD , 17 FEBRUARI 2008


  • Nilai industri buku Malaysia dikatakan RM1.5 bilion setahun ... nilai industri ayam daging melebihi RM2 bilion ... ( rakyat Malaysia sanggup b'habis duit untuk membesarkan perut ... bukan menajamkan fikiran ... "ana" terasa sebab "ana" suka membaca tetapi tidak suka membeli sebab kurang mampu ... beli majalah & surat khabar sampai habis duit ... "ana" akan beli , baca & simpan jika "ana" sudah mampu ... "ana uhibbu kutub" - syukran Razin !!! )

  • 70 % bahan bacaan adalah berkaitan dengan persekolahan , 30 % bahan bacaan umum ... ( Patutlah , buku sekolah kan wajib ada ... Patut buku2 tuh jer yang laku )

  • Malaysia menerbitkan paling banyak 6500 judul baru oleh lebih 200 penerbit yang dikatakan aktif setahun ... Perhatian lebih diberikan terhadap novel ringan atau buku agama ...

  • China menerbitkan sejumlah 180 000 judul buku baru setahun

  • United Kingdom menerbitkan sejumlah 160 000 judul buku baru setahun

  • Amerika Syarikat menerbitkan sejumlah 60 000 judul buku baru setahun

  • Korea Selatan pula mencatatkan angka 40 000 judul buku baru setahun

  • Matlamat industri buku negara : 12 000 judul buku baru setahun berdasarkan jumlah penduduk ... ( Kita baru ada separuh )

  • Dewan Bahasa & Pustaka : Diberikan amanah menerbitkan buku teks sekolah & mengeluarkan 300 judul buku baru pelbagai genre & fiksyen untuk bacaan umum ...

  • Industri buku adalah industri berbilion ringgit di dunia

  • Sebuah buku akan terbit setiap 30 saat di dunia

  • 50 juta judul buku telah diterbitkan semenjak mesin Gutenberg dicipta pada abad ke - 15

  • TV digunakan pada 1950-an & tidak membantutkan industri buku ... Jumlah buku diterbitkan sentiasa meningkat setiap tahun ... Buktinya , pada tahun 1950 ... sebanyak 250 000 judul buku baru di dunia diterbitkan ... Tahun 2000 , sejumlah sejuta buku berjudul baru diterbitkan ... Jumlah itu sudah pasti bertambah pada hari ini ...

  • Pengguna internet di Amerika Syarikat melebihi 203 juta ... Pengguna internet di China melebihi 100 juta orang ... Pengguna internet di seluruh dunia mencecah setengah bilion orang ( seorang bagi setiap 12 orang )

  • Sasaran PBB untuk mengurangkan jurang digital ialah 25 pengguna bagi 100 orang penduduk ... Malaysia hanya mencapai 7 orang bagi setiap 100 orang pada masa kini

  • Kesan internet tidak boleh dipandang ringan kerana generasi muda hanya mengenali medium ini sahaja untuk mencari maklumat ... 80 % pelajar2 di negara maju menjadikan internet sebagai tempat rujukan ... Perpustakaan & buku ... mungkin tidak diperlukan sedikit masa lagi ...

  • Sejak 1997 , Harry Potter And The Philosopher's Stone karya J . K . Rowling terjual sebanyak 365 juta buah buku daripada 6 judul yang terdapat di seluruh dunia ... Pada hari pertama Harry Potter And The Deathly Hallows dijual , 10 juta naskhah berjaya dijual

  • Sebuah novel yang serius jika dicetak sebanyak 2000 naskhah akan mengambil masa selama 5 tahun untuk menghabiskan stoknya
  • 90 % pengunjung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur adalah orang Melayu ... 80 % daripada jumlah pengunjung Pameran ICT adalah kaum Cina ... ( ada gap ke hah ??? Mcm org Melayu keinggalan sebab suka buku manakala orang Cina pula terlebih advance kerana memenuhi ruang berteknologi ... lbh kurang up-to-date ... macam2 )
  • Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dihadiri seramai 1.2 juta orang pada tahun 2007
  • Selalunya kelompok tradisionalis dalam industri buku leka dengan kegemilangan silam , enggan membuat anjakan & selesa dengan kaedah yang sedia ada

Pada "ana" , media bercetak adalah medium yang penting bagi suatu rujukan atau kajian ... Internet hanya sebagai sumber sampingan kerana buku dilindungi oleh hakcipta paten ... Jika terdapat kesalahan fakta khususnya , buku akan diharamkan oleh undang2 sesebuah negara ... Internet pula seperti akhbar picisan yang tidak tahu kesahihan faktanya ... Kadangkala terdapat maklumat yang sengaja dimanipulasikan bagi mencipta dunia pemanipulasi itu sendiri ... Generasi muda seperti "ana" pula hendaklah meningkatkan pembacaannya ... Kita mempunyai pelajar lepasan ijazah yang ramai tetapi tidak boleh berfikir dengan matang akibat kurang membaca & kurang menghayati hakikat sebenar intelektualisme & karisma ... Generasi muda seperti "ana" hanya tahu hedonisme ... One In Million ??? Akademi Fantasia ??? & ntah apa2 jenis rancangan yang bertemakan hiburan ... Bila hiburan menguasai pemikiran ... Habislah umat ... Apabila bala menimpa ... Tak pernah menyalahkan diri sendiri ... Sibuk mencari salah orang ... padahal diri sendiri punya salah sebab kurang menggunakan otak untuk berdakwah , mencegah & sebagainya ... Kita sering menyalahkan takdir ... Kita menyalahkan Allah juga kerana takdir ditentukan Allah ... Bukankah begitu ??? Tepuk kepala , fikir sendiri

P / S : Teringin baca buku2 nih ... dah lama tak godeh novel2 melayu :

1 ) Rona Bosphorus - Zaid Akhtar

2 ) Sekudus Pinangan - Dini Syarif

3 ) Pudarnya Pesona Cleopatra - Habiburrahman El - Shirazy

4 ) Memeluk Gerhana - Isa Kamari

5 ) Impian Palestin - Randa Ghazy

6 ) Pandang 1000 Malaikat - Izzatul Jannah

7 ) Kawin - Kawin - Azizi Hj Abdullah

8 ) Ikan Fugu , Lukisan , & Jimson - Faisal Tehrani

9 ) Cinta Yang Terlambat - Dr Ikram Abidi

10 ) Perbandingan Agama - Habibrrahman Saerrozi

Saturday, February 16, 2008

rAsUaH - CoRrUptiOn - RaSuAh

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))


Rasuah ... Bukan benda baru lagi dalam masyarakat kita ... Sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi kegiatan tak senonoh nih dah wujud ... Peduli apa "ana" jika sedang mengeji nenek moyang sendiri pun ... Kesalahan boleh diungkit jika bertujuan untuk menyedarkan orang ...


Definisi rasuah dari segi undang2 Malaysia adalah :

1 ) "Menerima @ memberi apa2 suapan sebagai dorongan , upah atau galakan kepada seseorang untuk melakukan sesuatu perbuatan @ untuk tidak melakukan sesuatu perbuatan yang ada hubungan dengan prinsipalnya ." [ Seksyen 3 ( a ) , ( b ) & Seksyen 4 ( a ) & ( b ) Akta Pencegahan Rasuah 1961 - Pindaan 1971 ]

2 ) "Seseorang dengan diketahui mengemukakan apa2 resit , akaun @ lain2 dokumen yang mengandungi apa2 pernyataan palsu @ khilaf @ tidak lengkap dengan niat hendak mengelirukan prinsipalnya ." [ Seksyan 4 ( c ) Akta Pencegah Rasuah 1961 - Pindaan 1971 ]

3 ) "Mana2 anggota pentadbiran @ mn2 Ahli Parlimen @ Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) @ mana2 pegawai awam , yang semasa menjadi anggota , ahli @ pegawai telah melakukan rasuah apabila menggunakan kedudukan @ jawatan awamnyauntuk faedah kewangannya @ apa2 faedah yang lain ." [ Seksyen 2 ( 1 ) Ordinan No 22 ( Kuasa2 Perlu ) Darurat , 1970 ]


Suapan menurut Seksyen 2 , Akta Pencegahan Rasuah 1997 bermaksud :

1 ) Wang , derma , alang , pinjaman , hadiah , cagaran berharga , harta @ kepentingan mengenai harta , iaitu apa2 jenis harta sama ada alih @ tidak alih @ apa2 manfaat seumpamanya

2 ) Apa2 jawatan , kebesaran , pekerjaan , kontrak pekerjaan , @ perkhidmatan & apa2 p'janjian untuk memberikan pekerjaan @ memberikan perkhidmatan atas apa2 sifat

3 ) Apa2 bayaran , pelepasan , penunaian @ penyelesaian apa2 pinjaman , obligasi @ liabiliti lain , sama ada keseluruhannya @ sebahagian daripadanya

4 ) Apa2 jenis balasan berharga , apa2 diskaun , komisen , rebat, bonus , potongan @ peratusan

5 ) Apa2 perbuatan menahan diri daripada menuntut apa2 wang @ nilai wang @ benda berharga

6 ) Apa2 jenis perkhidmatan @ pertolongan lain seperti perlindungan daripada apa2 penalti @ ketidakupayaan yang dikenakan @ dikhuatiri @ daripada apa2 tindakan @ prosiding yang bersifat tatatertib , sivil @ jenayah sama ada @ tidak sudah dimulakan & termasuk penggunaan @ menahan diri daripada menggunakan apa2 hak @ apa2 kuasa 2 kewajipan rasmi

7 ) Apa2 tawaran , akurjanji @ janji , sama ada bersyarat @ tidak bersyarat untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana2 perenggan ( a ) hingga ( f ) yang terdahulu


Ciri2 utama rasuah :

1 ) Melibatkan orang perseorangan , 2 orang yang berada dalam 2 pihak iaitu pemberi & penerima

2 ) pemberi rasuah bertujuan untuk mengikat penerima kepadanya & berkehendakkan penerima memihak kepada dirinya . Ini biasanya dilakukan secara sulit @ bersembunyi

3 ) Berlaku pelanggaran perjanjian oleh penerima yang telah mempunyai majikan yang sah ( syarikat @ jabatan di mana dia bekerja ) . Apabila menerima rasuah , dia telah mempunyai 1 lagi majikan yang haram

4 ) Wang merupakan alat terpenting dalam perbuatan rasuah . Selain itu , rasuah juga ada dalam bentuk seperti hadiah berharga , keraian , kesenangan , keselesaan & lain2

5 ) Rasuah mendatangkan keuntungan kepada pihak yang terlibat biasanya sama ada dari segi kewangan @ kesenangan @ keistimewaan

6 ) Ada unsur penipuan , helah , kecurangan , penyelewengan , salah guna kuasa @ kedudukan , pecah amanah , pemalsuan , tidak jujur , percaggahan kepentingan peribadi & syarikat

7 ) Wujudnya pelanggaran etika kerja , nilai & moral masyarakat


Punca2 rasuah mengikut BPR :

1 ) Faktor kelemahan individu ( dah lah kurang iman , tamak , suka hutang & ingin cepat kaya )

2 ) Faktor kelemahan kepimpinan & p'tadbiran ( Pihak atasan kurang pengawasan & penyeliaan , sistem kerja yang lemah )

3 ) Faktor sosial & kebudayaan ( Amalan suka memberi & termakan budi )

4 ) Faktor pembangunan sosioekonomi & modenisasi ( hal tender2 nih ... bagi duit untuk dapat projek )

5 ) Faktor nepotisme ( pilih kasih & salah guna kuasa - bos punyer citer )


Kesan rasuah kepada rakyat & negara :

1 ) Projek akan menjadi mahal untuk menampung wang sogokan yang begitu tinggi ... syarikat akan mengenakan bayaran yang tinggi untuk menampung kos tersebut

2 ) Orang awam menerima produk @ infrastruktur yang tidak berkualiti kerana syarikat yang menerima tender melalui rasuah tidak akan dapat menghasilkan projek yang baik ( siling jatuh ... jambatan runtuh mcm MRR2 ... bocor ... ops !!! )

3 ) Golongan kaya akan menjadi semakin kaya ... ketidakadilan akan wujud dalam pembahagian kekayaan negara ... yang baru menceburi perniagaan mungkin akan muflis

4 ) Keharmonian organisasi akan tergugat kerana perasaan curiga & iri hati sentiasa wujud

5 ) Pegawai yang biasa dengan amalan rasuah biasanya akan melambat - lambatkan kerja kalau tiada speed money

6 ) Pegawai yang diambil bekerja tidak cekap ... kira duit cekaplah


Tindakan untuk mencegah rasuah :

1 ) Tindakan undang2 yang lebih ketat ( Blacklist sng citer ... hehehe )

2 ) Pihak pentadbiran perlulah mengemaskinikan sistem pengurusan

3 ) Dasar Kepimpinan Melalui Teladan

4 ) Penerapan nilai2 Islam dalam silibus pendidikan


Hukuman rasuah :

1 ) Kanun keseksaan


  • Seksyen 161 : penjara maksima 3 tahun , denda @ kedua - duanya sekali

  • Seksyen 162 : penjara maksima 1 tahun , denda @ kedua - duanya sekali

  • Seksyen 163 : penjara maksima 1 tahun , denda @ kedua - duanya sekali

  • Seksyen 164 : penjara maksima 3 tahun , denda @ kedua - duanya sekali.

  • Seksyen 165 : penjara maksima 2 tahun , denda @ kedua - duanya sekali

2 ) Akta Pencegahan Rasuah 1997



  • Seksyen 16 : penjara minimum 14 hari & maksimum 20 tahun , denda tidak kurang daripada 5 kali ganda jumlah suapan

  • Seksyen 17 : Penjara maksimum 10 tahun , denda maksimum RM 100 000 @ kedua - duanya sekali

  • Seksyen 18 : Penjara maksimum 7 tahun , denda maksimum Rm 50 000 @ kedua - duanya sekali

  • Seksyen 19 : Penjara maksimum 10 tahun , denda maksimum RM 100 000 @ kedua - duanya sekali

KEPUTUSAN KAJI SELIDIK PERC TERHADAP RASUAH DI ASIA ( 10 PALING TERUK & 0 PALING BAIK )

NEGARA l 2006 l 2007 l 2008

FILIPINA l 7.80 l 9.40 l ?

THAILAND l 7.64 l 8.03 l ?

INDONESIA l 8.16 l 8.03 l ?

VIETNAM l 7.91 l 7.54 l ?

INDIA l 6.76 l 6.67 l ?

KOREA SELATAN l 5.44 l 6.30 l ?

CHINA l 7.58 l 6.29 l ?

MALAYSIA l 6.13 l 6.25 l ?

TAIWAN l 5.91 l 6.23 l ?

MACAU l 4.78 l 5.11 l ?

JEPUN l 3.01 l 2.10 l ?

HONG KONG l 3.13 l 1.87 l ?

SINGAPURA l 1.30 l 1.20 l ?

Begitulah sedikit sebanyak tentang rasuah ... "ana" telah meringkaskan ... maaflah jika ringkasan ini telah menyusahkan anda yang mahu mengenal rasuah ... Tapi tak mengapa ... Anda boleh bertanya di space "Yang Ikhlas" ( ada di bawah entry ) atau taip sahaja di Yellow CBox ... Jika "ana" boleh menolong , "ana" akan menolong ... "ana" hanya belajar asas sahaja dalam undang2 perniagaan ... Rasuah ini bukan masalah perniagaan tetapi melibatkan semua sektor negara termasuklah badan2 penting seperti institusi kehakiman , badan eksekutif & badan perundangan ... Negara kita mempunyai prestasi kekerapan rasuah ditangga ke - 44 ... Turun 5 anak tangga ... Singapura & negara2 Asia Timur seperti Hong Kong serta Jepun mempunyai prestasi kekurangan gejala rasuah yang konsisten ... Rakyat2 negara tersebut amat setia pada negara mereka & sangat patuh akan undang2 ... Sepatutnya kita yang Muslim berbuat begitu kerana ajaran agama kita menyeru patuh kepada pemimpin , cinta akan agama & negara ... Takkan lah sebab negara kita tidak mengamalkan Hukum Hudud , kita yang Muslim langsung tak mengamalkan ajaran Islam ??? Membudayakan Islam dalam kehidupan ... Siapa mahu jawab isu ini ??? "Ana" hanya kata sikap & pemikiran kita memerlukan anjakan ... Anda berani ???

P / S : teringat pada sahabat yang bekerja di Badan Pencegah Rasuah yang menceritakan ada orang mengadukan masalah atuk yang tidak mendapat bantuan kebajikan ke BPR ... MELAPORKAN KEGIATAN RASUAH YANG BERLAKU MERUPAKAN 1 TANGGUNGJAWAB ... Syed Hussien Al-Attas mengatakan corruption is similar to prostitution ... fikir2 kn ... terima kasih kepada sahabat tersebut kerana menyumbangkan idea ...

Friday, February 15, 2008

ZzZzZzZzZzZzZzZzZzZzZzZzZzZz

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))

INFO HARI INI :
1 ) Birthday adik hitam pada hari ini
2 ) Tarikh pilihanraya ialah 8 Mac ( Baru lepas reseach ... SPR cakap )
3 ) Sharlinie entah di mana ? ( Dah lama tak cakap pasal dia )
4 ) Khidmat polis bersara 2008 dilanjut 3 tahun
5 ) Kes Dato' V K Lingam tak selesai lagi

"Aduh!!!......" ... Jerit "ana" tapi tak siapa dengar sebab Hz nya rendah ... hehehe ... Dah lama tak ke dapur untuk memasak ... Ibu letih sebab menghias kelasnya ... "Ana"lah yang ganti tempatnya ... Memasak untuk keluarga ... Jeritan tadi hanya keluhan setelah jari terhiris 3 kali ... Inilah akibatnya jika malas pakai papan pemotong ... Bajet macam anak murid Jamie Oliver ... hehehe ... Harap2 tiada siapa yang menjadi Raja Bersiong ... Tahukan semua kisah Raja Bersiong ??? Harta karun sastera Melayu tuh ... Kepada pembaca yang berbangsa Melayu , bacalah karya ini kerana ini adalah karya warisan bangsa kita ... Semenjak 2 menjak nih , "ana" jarang keluar dari pondok "ana" ... Kulit pun semakin cerah akibat asyik terperap di dalam rumah ... hehehe ... Jangan dengki macam adik hitam dengki pada "ana" ... Dah 4 hari tak keluar rumah ... Paham2 sendiri lah yerk di mana "ana" kalau hari2 "ana" tidak pernah meninggalkan kalian ... Semasa dalam perjalanan ke rumah tutor MUET ... Banyak juga bendera2 parti telah dipasang ... Masa ini , ahli2 politik yang bertanding melawat rakyat & mula menaburkan janji2 manis ... Bila pilihanraya dah habis ... Batang hidung pun tak nampak ... Itulah realiti di beberapa tempat ... Jika bencana berlaku , liputan media2 luar biasa ... Baru batang hidung ahli politik tersebut tersembul kelihatan ... Apa2 jer lah ... Bukan "ana" mengundi & bertanding ...

Kepada sahabat di UTM Kuala Lumpur khususnya Muhammad Fauzi & Mohamad Hafizzul Zaini yang sedang mengikuti pengajian Diploma Kejuruteraan Elektrik , semoga berjaya di dalam ujian esok ... Doa "ana" sentiasa bersama kalian ... :)

HAPPY BIRTHDAY ADIK ... MAY ALLAH BLESS YOU AND HOPE YOUR DREAMS COME TRUE ... SWEET 10 GIRL ...

Sungguh rindu mahu berkongsi bahan2 yang bermanfaat dengan kalian ... Tapi , "ana" benar2 ... Isy ... Tak tahu macam mana nak cakap ... Tengoklah esok bagaimana ...

Thursday, February 14, 2008

iSh IsH iSH

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))

14 Februari ??? tak der maknanyer bagi "ana" ... Hari Valentine ??? Apa tu ??? Pentingkah hari tuh ??? Hari untuk mengeratkan kasih sayang ??? Hari untuk menghargai pasangan ??? Bukankah kalau dah sayangkan seseorang , kasih sayang & menghargai pasangan perlu dilakukan hari2 ??? Merepeklah nak speacilize2 lak harinya ... Parent "ana" tuh , mana pernah celebrate Valentine Day ... Bahagia jer sampai sekarang ... Apa2 jer lah ... Janji Valentine Day bukan intisari hidup "ana" ... Semalam PARLIMEN & KERAJAAN2 NEGERI dah bubar ... Ayah kata mungkin 1 MAC hari mengundi ... tak tahulah ... Pa per pun , "ana" belum mumayyiz untuk undi2 nih ... hehehe ... Perang pilihanraya telah bermula ... "Ana" turut memerhati di kaca TV & skrin PC ... Macam2 ... Ada yang nak pecah perut juga bila dengar slogan2 yang entah apa2 ... Bila slogan mengikut loghat negeri ehem2 , kelakar pula rasanya ... "Ana" tak boleh dengar orang cakap loghat terutama loghat pantai timur ... Dah lah tak faham ... kelakar pulak istilah & bunyinya ... Kepada orang pantai timur , jangan terasa ... yang pasti , anda sememangnya unik ... Kalau ke negeri pantai timur , "ana" tak bercakap langsung dengan orang tempatan ... tak faham ... Setakat senyum tuh , cukuplah ... senyum sokmo ... hehehe ... kalau bercakap , tergelak pula ... kesian lak dengan orang tuh karang ... tak pun orang tuh akan kesian pada "ana" sebab sakit dok gelak ... Gelak ... habbit nih syusyah nak hilang ... Rasa2 dh nak dekat 50 hari dari 2005 dulu "ana" cuba untuk tidak gelak dalam sehari ... Ada hari yang "ana" siap buat denda lagi ... tapi itulah ... Gagal untuk hilangkannya ... Nak hilangkan gelak sebab sesiapa yang gelak tuh kawan syaitan ... Sebab tuh nak sangat2 untuk hilangkan gelak ... Bila "ana" tidak gelak sehari , orang akan kata ada siapa dalam mulut??? Bila "ana" jawab , terburai ketawa ... buruk betul ...Tapi hari ni , ibu marah "ana" pasal sesuatu ... "ana" tak jawab apa2 pun walaupun "ana" tahu apa yang ibu cakap sama sekali salah ... YES !!! BERJAYA untuk tidak menjawab kata2 ibu ... alhamdulillah ... percubaan yang baik ... Harap ini bukan yang terakhir ... Esok "ana" akan sok sek sok sek lagi kalau jari tak ngilu masa taip ... hehehe

Wednesday, February 13, 2008

BiNasAkaN AlaM & FaQiR ??

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))

Hari ini adik hitam main hoki lagi ... Jadi juara Zon A ... Elleh ... Berlagak betul ... Dalam hati "ana" , baguslah begitu ... Tak sia2 ponteng sekolah 2 hari ... sekolah kebangsaan & agama plak tuh ... 6 kali lawan ; 5 kali menang , 1 seri ... Hari ini "ana" menyelongkar semua kotak2 barang "ana" untuk mencari gambar berukuran pasport yang sekeping ... Entah mana "ana" letak ... Dah lupa lah ... Tapi jumpa benda lain ... Jumpa kertas jenama Radio Bond @ Bond Radio , "ana" tak pasti yang mana 1 , yang pasti kertas buruk ini buatan Austria ... Tulisan tahun 1983 , "ana" pun tak lahir lagi pada masa itu ... maknanya kertas ini telah berusia 25 tahun ... Penulisnya hanya memperkenalkan dirinya sebagai "ana faqir ilallah" ... Turut meminta maaf atas keburukan tulisan jawinya ... Bagi "ana" tidak buruk tulisannya ... janji boleh baca , betul tak ?? Kepalanya ditulis perkataan "Bismillahirrahmanirrohim" ...

PERKARA2 YANG MEMBINASAKAN ALAM DAN KEFAQIRAN - ( RENUNGKANLAH )
1 - Banyak melakukan dosa
2 - Bercakap bohong @ dusta
3 - Tidur pada waktu Subuh
4 - Terlalu banyak tidur
5 - Tidur dalam keadaan membuka 'aurat
6 - Kencing berdiri
7 - Makan dalam keadaan masih berjunub
8 - Makan dalam keadaan mencangkung
9 - Membiarkan makanan yang jatuh dari hidangan
10 - Membakar kulit bawang merah & putih
11 - Menyapu rumah dengan sapu tangan
12 - Menyapu rumah pada waktu malam
13 - Membiarkan rumah penuh dengan sampah sarap
14 - Memanggil kedua ibu bapa dengan nama mereka
15 - Berjalan di hadapan orang tua
16 - Mencungkil gigi dengan sebarang kayu
17 - Membasuh tangan dengan tanah & lumpur
18 - Duduk di atas bendul rumah
19 - Bergayut di salah 1 daun pintu
20 - Berwudhu' di dalam tandas
21 - Menjahit pakaian di badan sendiri
22 - Mengeringkan muka dengan kain pakaian
23 - Membiarkan sarang labah2 di dalam rumah
24 - Meringan - ringankan sembahyang
25 - Cepat keluar daripada masjid selepas sembahyang Subuh
26 - Terlalu pagi pergi ke kedai & lambat pulang daripadanya
27 - Membelikan roti2 pecah untuk Fuqoro' ( faqir )
28 - Mendoakan kejahatan ke atas anak
29 - Tidak menudung bekas @ makanan
30 - Meniup pelita dengan nafas ( mulut )
31 - Menulis dengan qolam yang diikat
32 - Menyikat rambut dengan sikat patah
33 - Meninggalkan doa kepada ibu bapa
34 - Memakai serban dalam keadaan duduk
35 - Memakai seluar dalam keadaan berdiri
36 - Terlalu bakhil , boros & malas
37 - Kerap memerintah orang

Selesai semua ... Pesanan terakhir : "Hendaklah diamalkan selalu , insya - allah" ... Perkara2 di atas ada yang "ana" buat , tak pernah buat & tak pernah dengar ... Rasa pelik pun ada dengan perkara yang tidak pernah didengar itu ... Sesetengah itu pula , melayang - layang fikiran "ana" memikirkan sebab kenapa demikian ... Anda rasa seperti "ana" rasa ??? ... Baguslah kalau sama dengan "ana" ... sehati sejiwa sejantung , orang katalah ... Kepada sesiapa yang rasa tahu kenapa , boleh sumbatkan ilmu anda di "YANG IKHLAS" yang ada dibawah entry ini ... "Ana" pun dengan rasa senang hati telah membuang kertas tadi ke tong sampah di sebelah "ana" ... Senang hati sebab dapat menolong orang menyebarkan ilmu ... Kelas MUET "ana" dibatalkan ... Tunda ke hari Jumaat ... Selamat tinggal semua ... Esok sambung lagi ... Insya - allah ... Nak main game ... Hehehehe

Tuesday, February 12, 2008

BluR daY

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))

Hari nih macam biasa ... Setelah menyakat adik hitam , "ana" bangun & menunaikan fardhu Subuh ... Selepas Subuh , mengaji macam biasa sebanyak 5 muka surat ... Lepas itu , "ana" sarapan ... Basuh pinggan , sapu sampah , bilas & sidai kain ... Kalau tak buat semua kerja2 tuh , ma'am besar marah plak ... Baik buat dari tak buat apa2 ... Nama pun pompuan ... hari nih "ana" nekad , on YM sebagai invisible ... Dari semalam lagi sebenarnya dah pandai invisible ... Pinjam jubah halimunan Harry Potter ... Hehehe ... Malas nak chattin' dengan sesiapa ... Chatting dengan orang yang "ana" ada kemusykilan & org yang "ana" sudah biasa sahaja ... Sebenarnya nak siapkan entry2 yang tertangguh ... Cuma Advancer Si Peniup Ney sahaja tak dapat disiapkan ... Tak cukup masa ... Mana taknya ... Sekejap upload photobucket , sekejap main game , sekejap ziarah blog rakan2 ... Hakikatnya masih tiada idea lagi ... Bahang pilihan raya semakin dekat tetapi tarikhnya entah bila ... Macam tarikh hari kiamat pula yang dirahsiakan ... Hehehe ... Maaf , hanya diumpamakan sahaja ... Ibu & ayah selalu keluar ke ceramah2 politik parti pembangkang ... Bukan apa ... Sekadar mahu tahu kejelikan parti pemerintah ... Parti pemerintah mempunyai medium untuk menyatakan kejelikan parti pembangkang khususnya melalui media massa ... Kejelikan parti pemerintah tak kan mahu dinyatakan dalam media seperti Utusan Malaysia dan RTM ... 2 itu medium utama kerajaan ... Apabila sesi buruk memburukkan & keji mengeji berlaku , rakyat yang mempunyai pemikiran yang matang tidak mahu hanya mendengar penjelasan sebelah pihak sahaja ... Parti pembangkang yang hanya mempunyai medium ceramah berpermit & blog berusaha memberikan penjelasan @ memburuk - burukkan parti pemerintah ... "Ana" tidak pergi pun ke ceramah2 tersebut ... "Ana" lebih suka jadi pemerhati ... "Ana" memang tidak suka sangat dunia politik kerana kebanyakan misi ahli2 politik adalah MATLAMAT MENGHALALKAN CARA ... Sesiapa yang banyak membaca , pasti tahu itu falsafah siapa ... Seorang tokoh pemikir peperangan pada zaman dulu2 ... Siapa ?? Cari sendiri ... Bukan kedekut ilmu tetapi jikalau berusaha sendiri , apa yang dibaca pasti disimpan dalam memori jangka panjang ... PASTI sebab itu usaha anda ... Berbalik kepada MATLAMAT MENGHALALKAN CARA tadi , ahli politik sanggup berbuat apa sahaja bagi mencapai matlamatnya & menjatuhkan saingannya ... Dalam konteks ini , kita tidak tahu siapa betul , siapa salah ... Bila ada fakta , sengaja memanipulasikan bagi menarik perhatian ... Dunia politik ... "Ana" tidak akan sekali - kali terlibat dengannya ... Yang pasti , "ana" akan menjadi pemerhati dunia politik sepanjang hayat "ana" jika diizinkan Allah ... Parent "ana" pergi ke ceramah2 Hj Mat Sabu , Dato' Seri Anwar Ibrahim & siapa2 ntah lagi yang bergelar ahli politik ... Ibu cerita pada "ana" , HINDRAF itu sebenarnya menuntut apa yang telah dijanjikan kerajaan Britain semasa membawa mereka ke Tanah Melayu ... Mereka telah meminta tolong dengan kerajaan supaya menuntutnya , tetapi kerajaan tidak menghiraukan ... Sesiapa pun tidak menghiraukan mereka ... Sebab itu mereka bertindak sendiri ... Lain kan daripada laporan media seperti surat khabar , TV & radio ??? "Ana" mungkin percaya sedikit demi sedikit kerana golongan pemimpin HINDRAF adalah dalam kalangan cerdik pandai ... 4 - 6 orang lagi ... Peguam ... Mereka adalah golongan profesional ... Yang disanjungi segenap masyarakat ... Yang sepatutnya bebas dari sebarang pertubuhan yang berkaitan politik & ekonomi negara ... Yang sudah semestinya arif tentang undang2 yang telah diwartakan oleh kerajaan ... Terfikir "ana" sendirian ... Walaupun kerajaan menyatakan tahap pendapatan kaum India adalah lebih baik dari kaum Melayu , itu hanyalah dari segi purata ... Fakta ini "ana" percaya ... Kalau dilihat balik , siapakah yang membersihkan jalan2 , kutip sampah dari rumah ke rumah , cantas ranting2 pokok yang berjuntai ... "Ana" lihat India yang ramai ... Ini suasana di Ipoh , Perak ... Bandar2 lain "ana" tidak tahu bagaimana ... Tahap mereka baik mungkin sebab pendapatan jutawan telekomunikasi Malaysia siapa lagi kalau bukan Ananda Krishnan ( maaf kalau salah eja , saya kurang pasti bagaimana ejaan namanya ... ) , Samy Vellu ( "ana" tahu dia bukan kawan "ana" tapi "ana" tidak hafal darjat di pangkal namanya ) & peguam2 India ( sama ada yang terlibat dengan kes Dato' V K Lingam @ HINDRAF , kaum India memang ramai & berbakat dalam bidang guaman ) dicampur & dibahagikan dengan jumlah kaum India ... Padahal pendapatan Si Ananda Krishnan sudah berjuta2 , Samy Vellu pun mungkin berjuta - juta , manakala peguam2 berpuluh - puluh @ beratus - ratus ribu ... Kalau fakta realiti ini pun pemimpin sudah boleh tipu , apatah lagi fakta lain ... Adakah kepercayaan "ana" terhadap kerajaan pemerintah semakin menurun ?? Entahlah ... "Ana" memang susah mahu mempercayai sesuatu ... Percaya pada yang 6 itu mesti ... Blur ke "ana" hari nih ?? Panjang jer sok sek sok sek nya ... Hehehe ... Siang telah melaburkan tirainya ... Malam menjelma ... Mahu off PC ... Dah online dari pukul 10 pagi tadi ... sekarang dah Maghrib ... Selepas Maghrib , "ana" mahu selesaikan homework MUET "ana" ... Esok ada kelas pukul 5 ... 1515 karangan Faisal Tehrani baru disentuh ... Entah bila akan selesai ... Baca2 sahaja sudah tidur ... Banyak fakta sejarah di dalamnya ... Tetapi "ana" nekad mahu menghabiskannya ... Selamat malam semua ... Semoga iman sentiasa ada dengan kalian walaupun ketika tidur ...

Monday, February 11, 2008

SuLUnG VS BoNgSu

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))


"Adik hitam , pergi sekolah tuh jangan balik2 dah tau ... Kalau dah dapat No . 1 dalam kelas baru boleh balik ... Hehehe" ... Begitulah ayat "ana" apabila celik dari lena dikala adik bongsu "ana" mahu ke sekolah ... Setiap hari begitu ... Terjaga disebabkan mahu menunaikan fardhu subuh ... Adik hitam akan membalas semula gurauan "ana" dengan berkata "Akak **** G*** ( segan nak bagi tahu panggilan adik hitam kepada "ana" ... hehehe ) , ayam KFC & sumer yang ada atas meja makan tu aku bawak ... ko punyer masak lain " ... "Ana" jawab semula ... "Memang hitam kulitmu ... kenapa tak bawa sekali meja makan tuh ?" Memang begitu kami adik beradik ... Abangnya pula ( adik bawah "ana" ) akan mencium adik hitam setiap hari ... Selepas itu dia akan berkata : "Tengok kulitku , putihkan??" Maka adik hitam akan merengek tanda geram ... Itu perihal 3 orang adik beradik ... Lagi 2 orang "ana" akan cerita lain kali ... Yang tidak diceritakan ialah yang no. 3 & 4 ... Dalam adik beradik "ana" , "ana" seorang boleh dikatakan berkulit sawo matang ... Mewarisi keputihan ibu :) Kalau tempek bedak Johnson & Johnson , gebu sedikit kulitku ... hehehe ... Tak senonoh puji diri sendiri ... 4 orang lagi ikut hitam manis ayah ...
Hari ini adik hitam lawan hoki ... Peringkat zon ... Ayah belikannya kasut but ... Jenamanya usah ditanya ... Punyalah riak adik hitam ... Kebetulan van yang membeli surat khabar lama lalu ... "Ana" memanggil uncle itu & melarikan kasut barunya itu ... Hehehe ... Nasib baik uncle tu tak dengar "ana" panggil ... Kalau tak menjadi - jadi otak nyakat "ana" ... Alhamdulillah ... team adik hitam menang ... Ada 3 perlawanan ... 2 menang ... 1 seri ... Dengan sekolah mana , "ana" tidak mahu perihalkan sebab takut menjatuhkan imej sekolah2 tersebut dalam dunia hoki ... Esok adik hitam ada ujian bulanan ... Boleh buat @ tidak dia nih ??? Risau nyer ... Dia turun kelas ... Dari kelas pertama turun ke kelas ke-3 ... Teruk juga "ana" & parent "ana" marah dia ... Apa yang dimahukan , semua parent tunaikan ... Kalau "ana" dulu , dapat nombor 1 @ Top 10 keseluruhan baru parent beri something tanpa "ana" minta ... Memang parent "ana" tidak memanjakan "ana" ... Kalau mahukan sesuatu , usaha sendiri ... Jika penting untuk pelajaran , parent "ana" akan beri yang terbaik ... Semua original & berjenama ... Semasa memberi , mereka akan berpesan "Ibu & ayah tak ada apa nak tinggalkan kalau kami dah tiada , ilmu sahaja kami bekalkan secukupnya ... Barang ini ayah bukan mintak dengan tokey tu , Ayah usahakan dengan titik peluh ayah sendiri " ... Begitulah kisahnya semasa "ana" muda2 dahulu ... Apabila meningkat dewasa , "ana" menjadi seorang yang terlalu menghargai barang2 yang diberi sehinggakan jika seseorang memberi "ana" gula2 RM0.05 tuh , "ana" akan simpan pembalutnya sesudah menelan gula2 tersebut ... "Ana" menghargai setiap barang dengan alasan bukan senang nak dapat ... Kalau tengok yang 2nd last & adik hitam ( bongsu ) jauh bezanya ... Apa yang dibelikan @ diberi , sepah2 jer ... yer lah ... Barang senang dapat ... Bukak jer mulut dekat ibu , tak lama lagi pasti ada barangnya ( tak berani cakap dengan ayah bebudak nih ) ... Sembahyang pun begitu juga ... "Ana" dulu berbirat 1 badan kalau tinggal sembahyang sama ada sengaja @ tidak ... 7 tahun sudah dilatih begitu ... adik "ana" yang 2nd last ( umur 13 tahun ) & adik hitam ( umur 10 tahun ) tidak begitu ... Sembahyang teruk bersuruh ... Parent dah tak kuat untuk mendidik mereka ... Mereka sibuk bekerja ... Bila pulang dah penat ... "Ana" lah yang mengawasi mereka ... Kuat menyakat , menyindir & macam2 lagi dikira sudah garang ... Belum pegang rotan lagi ... "Ana" tak mahu memegang rotan kalau boleh sebab "ana" tak suka ... Kalau dah terpaksa tu , memang pegang pun ... Entah lah ... Mungkin ada yang akan berkata , kasar tol "ana" nih ... Brutal gila "ana" adik beradik ... Mungkin ada yang akan menyoal "Tiada kesopanankah dalam keluarga ini??" ... Jawapan "ana" , biasalah tu ... macam2 ragam bila hidup berkeluarga ... Suatu masa nanti , pasti berubah ... Bila masing2 dah beranak pinak rasanya baru kami akan wujudkan panggilan angah , alang & acik ... hehehe ... Apabila ada duit sedikit , "ana" akan membeli majalah , buku @ makanan yang boleh dikongsi bersama adik2 ... Kalau ibu makan , ibu suka suap adik hitam ... Ayah pula kalau makan , suka suap "ana" yang dah berumur 20 tahun ... Jika perut lapar , sampai habis sepinggan ayah suap "ana" ... "Ana" yang tidak mengotorkan tangan ini hanya menonton TV @ chatting @ melawat blog ... Anda semua dinasihatkan jangan berbuat begitu ... hehehe ... Kadang2 , kalau makan di kedai pun , ayah suap ... Anak saper lah nih ?? Tak malu betul ... hehehe ... Sebab itu "ana" lebih rapat dengan ayah berbanding ibu yang di"conquer" adik hitam ... Adik hitam nih berbeza dengan "ana" ... Sewaktu kecil , "ana" tidak kenal erti cinta ( kira cinta monyet lah ) , erti solek , erti pakwer ( istilah bagi boyfriend ) ... "Ana" kenal sungai ( tempat ponteng sekolah ) , basikal ( alat untuk merempit sewaktu pulang dari sekolah agama ) , pokok mempelam ( Latihan untuk memanjat gunung bila dah besar nanti ) & Tangki air atas tingkat 10 di flat ( tempat main aci nyorok ) ... Adik hitam tidak melalui semua itu ... Apabila mahu ke sekolah , "ana" telah menggosok bajunya ... Kalian semua boleh bayangkan tak adik hitam gosok sekali lagi baju tu ... Paling "ana" nak tergelak , dia akan berbedak 5 kali ( paling kurang ) sebelum ke sekolah ... Sebab itu dinamakan ADIK HITAM ... Apabila dia pulang dari bermain hoki , soalan pertama yang terkeluar dari mulut kami : "Adik , ko main ke , ko jemur kulit ... Hitam gila macam anak Indian depan rumah kita jer ??" ... hahaha ... Mampos "ana" kalau besar2 nanti dia baca catatan ini ... Hehehe ... Sesiapa yang menjadi YM chatterz "ana" , kalau terasa lain bahasanya tuh ... Mesti adik hitam yang layan ... Kalau "ana" suruh layan YM chatterz ... cepat sesajer ... Kalau suruh solat ... kena hambat dengan rotan baru buat ... Tidak tahu siapa mahu disalahkan ... Apa2 jer lah ... Esok mungkin ada bagi "ana" ?? tidak tahulah ...
( "Ana" abadikan kisah adik hitam sebagai memori sahaja ... Maafkan akak dik jika aku bukan kakak yang terbaik )

Sunday, February 10, 2008

No IdEa ...

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))

Sejak kebelakangan nih ... Susah sangat nak dapat idea ... Tapi "ana" terus berfikir untuk memberi pengisian terbaik untuk kalian ... Dah ada isu , tapi tak cukup research ... Takut juga nak ulas sesuatu isu jika fakta tak cukup ... Tak pasal2 "ana" dimaki ... "Ana" tak takut makian tetapi bukankah jika seseorang memaki kita , dia telah mendoakan kecelakaan untuk kita ... "Ana" tidak mahu begitu ... Kalau boleh , "ana" & kalian sentiasa mendoakan kebaikan sesama sendiri ... Baru harmoni & tenang hidup jika hidup sentiasa didoakan kebaikan ... Dalam sehari , "ana" akan berdoa sekurang - kurangnya 15 kali sehari ... 5 kali semasa azan atau antara azan & iqamat , 5 kali semasa sujud terakhir sebelum duduk tahiyat akhir ... 5 kali lagi sesudah sembahyang ... Itu pengajaran yang "ana" dapat dari madrasah "ana" ... dari kecil lagi ibu telah berpesan ... Orang yang kurang berdoa adalah antara insan yang bongkak & sombong di dunia ini ... Walau susah kita berdoa ... Senang pun kita berdoa ... Jikalau was2 @ syak @ dilema lagilah kita nak minta tolong dengan Tuhan ... Kalau bismillah sebelum setiap pekerjaan dilakukan pun dikira berdoa ... Allah itu tidak mengenal siapa & DIA akan melimpahkan nikmat & rahmat jika kita selalu mengingati-Nya ...

Penat nih ... Baru balik dari menuntut ilmu MUET ... Dah lah penat ... Tak der idea ... Nak pegi semayang Asar ... Mungkin ilham datang selepas usai solatku nanti ... Esok tidak pasti ...

Saturday, February 9, 2008

LaLalAlALALAlala

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))


Hari ini terlampau gembira hingga "ana" mengucapkan syukur tidak terhingga kepada Allah ... Jadi bila terlalu gembira , tiada apa2 perisian untuk dikongsi bersama pada hari ini ... Kenapa ni Masyithah ??? Sedih tiada entry ... Gembira pun tiada entry ... Hehehe ... Biasalah ... Bila terlalu sedih & gembira , perasaan itu lebih menguasai fikiran ... Pagi tadi dah menangis sebab baca blog sahabat ... Menangis untuk Allah tiada salahnya ... Akhirat menanti dengan senyuman penuh dibibir ... Itu katanya ... Bila seorang sahaja "ana" boleh menangis ... Menangis kepada Tuhan ... Bila di hadapan @ sedang bercakap dengan teman @ sesiapa sahaja ... Ketawa & senyum sering menghiasi wajah "ana" ... Sedih untuk Tuhan itu akan hilang jika bersama dengan rakan2 & ahli keluarga ... Bagus begitu ... Apabila tengah hari , "ana" menangis terharu selepas menghadiri majlis pertunangan sahabat ... Pertunangan "ana" bakal menyusul 9 tahun lagi ... Rancang sahaja ... Perancangan Allah kan lebih tepat ... Jadi ... Lihat & tunggu sahajalah ... "Ana" bukan menangis terharu kerana itu ... Persahabatan yang dikatakan putus itu sudah tertaut semula ... Alhamdulillah ... Segala bayangan buruk & hitam mengenai persahabatan ini akan hilang ... Harapan "ana" , semoga kegembiraan ini kekal berterusan sehingga ke akhir hayat ... Amiin !!!
( P / S : Malu seh citer psl sedih2 nih ... Tetiba dh happy ... hehehe ... Blog kan diary elektronik ... Suka hati lah kan "ana" nak citer apa ... Di alam maya jer ... )

Friday, February 8, 2008

AdVENceR Si PeniUp NEy

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))


Semenjak membaca karyanya sewaktu di bangku sekolah … “Ana” terus sukakannya … Kerana Manisnya Epal … Semanis jalan ceritanya … Semanis nama penulisnya … Memang manis jika karya yang dibaca sampai mesejnya … Memang manis jika karya yang dibaca disudahi dengan kegembiraan … “Ana” memang sukakan karya Faizal Tehrani … Santai , sinis , bersahaja , mempunyai mesej , kreatif , rasa seperti sedang mengembara kerana terdapat karya – karyanya yang berlatar tempat di luar Malaysia dan kesudahan bagi karya – karyanya adalah “happy ending” … Penulis Malaysia lain yang “ana” kagumi ialah Ramlee Awang Mursyid , Shahnon Ahmad & Ahadiat Akashah … Kali ini … “Ana” mahu berkongsi dengan anda semua mengenai Advancer Si Peniup Ney … “Ana” mahu mengatakan tentang sinopsis & kupasan2 ayat yang memberi ilmu baru kepada “ana” & nilai2 … Kiranya tema , persoalan , watak perwatakan dan yang seangkatan dengannya “ana” tidak mahu bincangkan … Anda bukan pelajar Kesusasteraan Melayu … “Ana” pun tidak mempelajari subjek itu sewaktu STPM … Tetapi “ana” tidak akan memperlakukan anda seperti pelajar Kesusasteraan Melayu walaupun “ana” tahu ilmu itu … Pa per pun … Layyaaan …

ADVENCER SI PENIUP NEY – FAISAL TEHRANI
Harga : RM 19
Bilangan halaman : 256 Halaman Bercetak … ( Tidak termasuk kulit )
Tahun terbitan : 2005
Blog Penulis : http://tehranifaisal.blogspot.com/

SINOPSIS
Mengisahkan 40 ekor jin bersongkok biru tua yang berniat baik mahu membetulkan kaumnya dengan bantuan seorang manusia bernama Sulaiman Hilmi Kamal ( Bukan kau yerk Dzulhilmi … hehehe ) … Jin juga mengalami gejala keruntuhan akhlak yang kritikal seperti manusia … Cuma , manusia ada orang mahu memperbetulkan , jin sendiri bukan tiada yang mahu membetulkan tetapi mereka memerlukan bantuan manusia yang lebih mulia daripada jin kedudukannya … Setelah diizinkan oleh ibu bapanya untuk menyertai ekspedisi bersama 40 ekor jin tersebut , mereka menuju ke negeri Fantasia yang terletak di antara awan & langit … Negeri Fantasia dikuasai oleh Jin Bertindik 1 … Jin Bertindik 1 mempunyai seorang puteri tunggal bernama Puteri Simone Sidharra … Negeri Fantasia bermatlamatkan hedonisme yang menyesatkan … Nilai ketuhanan & moral adalah jauh sekali dari hidup mereka … Sulaiman & 40 ekor jin bersongkok biru tua telah sampai ke negeri itu untuk memperbetulkan keadaan di sana … Pelbagai cabaran & dugaan dilalui … ( Kalau nak tahu apa dugaannya , kenalah baca sendiri ) … Tiba2 , tanpa diduga , Jin Bertindik 1 telah mati akibat dirempuh Boeing dan disiat dalam kipas tersebut … Selepas itu , penduduk di Negeri Fantasi yang tinggal telah beriman kepada Allah & nama Negeri Fantasia telah ditukar kepada Al – Hidayah … Mereka mengikut segala ajaran yang telah digariskan oleh Islam … Jin bernama Daud telah ditinggalkan di Al – Hidayah apabila Sulaiman & 39 ekor jin yang lain mahu meninggalkan negeri tersebut … Destinasi lain pula dituju … Negeri Samudera Suran telah disinggahi secara tidak sengaja oleh Sulaiman & 39 jin ekor jin bersongkok biru tua apabila mereka singgah sembahyang di permukaan air tepi pantai perairan Laut China Selatan … Negeri Samudera Suran berada di dasar laut dan diperintah oleh Maharaja Tenggiri yang sedang kegeringan akibat selalu minum arak … Rakyat jin di Negeri Samudera Suran tidak beragama … Paham2 jer lah apa yang terjadi … Kalau tak faham kena lah beli buku tuh … Baper kali nak cakap … hehehe … Tup tap tup tap Rakyat jin Negeri Samudera Suran dah jadi muallaf & Maharaja Tenggiri telah sihat dari geringnya … Sudah sampai masanya Sulaiman kembali ke alam realiti setelah 3 tahun lamanya melalui sebuah advencer yang menakjubkan … Jin Hud ditinggalkan bersama rakyat Negeri Samudera Suran … Sulaiman & 38 ekor jin berkopiah biru tua yang lain berangkat … Sulaiman telah hidup seperti biasa selepas itu & masih berjumpa dengan 40 ekor jin2 berkopiah biru tua sehingga akhir hayatnya … ( Fuh , pakai ayat sendiri nih nak wat sinopsis … dulu masa belajar , tiru buku rujukan … Hehehe )
PENGETAHUAN BARU & NILAI & SINDIRAN

Halaman 10 – Baris 4
Terdapat 7 jenis jin :-
1 – Saaluf ( Puak kafir , daripada jenis api )
2 – Hamdun ( Beriman kepada Allah dan Rasul , daripada jenis tanah )
3 – Sallamuni ( Daripada jenis tanah )
4 – Urban ( Daripada jenis tanah )
5 – Israel ( Daripada jenis api neraka )
6 – Hamrusy ( Daripada jenis Yahudi )
7 – Halamun ( Tinggal di sebuah tempat tidak berpenghuni di Semenanjung Arab )

Halaman 17 – Baris 20
Lelaki itu menjawab “ Aku paling sukakan kematian . Kerana jika aku sudah berbuat amal maka kebaikan itu akan dibalas oleh Allah , atau jika aku hanya berdosa maka kematian akan dapat mencegah aku daripada menambah dosa , dan jika aku kaya lalu mati , aku tidak akan merasai jatuh miskin , atau jika aku mati dalam keadaan miskin aku akan dapat memperoleh kekayaan dengan kematian”

Halaman 20 & 21 – Baris 22
“ Remaja kami tidak lagi mendengar kata . Semuanya leka . Syaitan telah merasuk mereka . Kami di ambang keruntuhan . Jin – jin kafir mengasak & memerangi kami dengan pelbagai cara . Ajaran agama jauh sekali dan hanya segelintir yang masih mahu memikirkan soal akhirat . Soal hak & batil telah bercampur – baur . Remaja kami keliru . Ada yang berhijab menutup aurat , tetapi berzina . Pemerintah kami lebih ramai yang munafik daripada yang bertakwa . Ada remaja kami yang murtad & menganut agama lain . Pusat kehidupan ialah kesenangan , kelazatan , dan kenikmatan .”

Halaman 22 – Baris 4
Souti Sarmad adalah suara @ firman Allah , Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu .

Halaman 22 & 23 – Baris 19
“ Anak muda mesti kita ingatkan . Soal negeri amat berkait rapat dengan generasi baru , jika tiada dukungan orang muda , rosaklah negeri … bahawa setiap yang remaja lakukan hari ini akan membawa kepada tegap @ lemahnya sesebuah negeri pada hari mendatang . Soal membiarkan rakyat – remaja khususnya – kepada hiburan , keghairahan , permainan , hobi , dan kesukaan – kesukaan serta macam – macam peraduan atas nama kesenian & kesukanan itu sehingga menjadi pusat kegemaran & seolah – olah tiada apa lagi yang elok dalam hidup …”

Halaman 24 & 25 – Baris 10
Surah Al – A’raf : 27
“ Sesungguhnya jin , syaitan & pengikut – pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka” … Syaitan tidak kelihatan di mata manusia , memudahkan mereka untuk menyesatkan cucu cicit Adam … Jin & Syaitan itu tidak boleh dilihat oleh manusia biasa kerana mereka memiliki jisim yang sangat halus .

Halaman 27 – Baris 7
“ Adapun ulama’ kami hanya mengikut kata arus utama . Kami golongan remaja tidak dapat menjadikan mereka pedoman . Ada ulama yang bebas berani menyatakan , ada ulama yang banyak benar berfikir terkongkong serba – serbi .”

Halaman 27 & 28 – Baris 21
9 Jenis Perasaan Pada Manusia , maka akal akan mengurusinya :-
1 – Suka
2 – Duka
3 – Marah
4 – Bernafsu
5 – Kasihan
6 – Cinta
7 – Takut
8 – Kagum
9 – Tidak acuh
Akal tidak dapat menjelaskan 1 keadaan yang kita namakan khariq al – adat . Nabi memiliki mukjizat , tetapi sebilangan kecil manusia terpilih untuk memiliki khariq al – adat , suatu kejadian luar biasa yang berhubung langsung dengan kehendak-Nya . Segala persoalan tentangnya tidak dapat ditilik dinilai dengan akal biasa kerana segalanya adalah di sebalik hijab Allah .”

Halaman 29 – Baris 11
“ Manusialah yang mengatasi Ifrit ketika berdepan dengan tugasan Nabi Sulaiman . Apabila Nabi Sulaiman bertanyakan kepada menteri & orang kanannya siapakah yang dapat memindahkan takhta Ratu Saba’ dari Yaman ke Palestin , Ifrit menawarkan masa beberapa saat . Orang kanan Nabi Sulaiman , iaitu orang yang memiliki khariq al – adat , yakni orang yang dikatakan memiliki ilmulah yang diberi peluang memindahkan singgahsana Ratu Saba’ sepantas mata berkelip . Manusia jauh lebih mengatasi jin dari segi kekuatan sebenarnya . Manusia karomah tentunya . Orang yang hampir dengan Allah , ahli sufi yang dekat dengan Tuhan . `Asif Barkhiya nama orang kanan Nabi Sulaiman tersebut .”

Halaman 31 – Baris 15
“ Remajanya demamkan hiburan sahaja , demamkan muzik sahaja hinggakan apa sahaja yang berlaku di sekeliling mereka sudah terabai . Kalaupun negeri nanti ditempur jin Israel & digempur jin Kafir , tetap mereka itu tidak berubah , mereka akan demamkan muzik sahaja sehari – harian .”

Halaman 32 – Baris 2
Hadith riwayat Abu Hurairah , Rasulullah telah bersabda :
Sekumpulan umatku pada akhir zaman , ditukarkan mereka menjadi monyet2 & babi2 , Sahabat2 berkata : “ Ya Rasulullah , adakah mereka itu orang2 Islam ?” Sabda baginda : “ Ya , mereka mengucap 2 kalimah syahadah ( mengaku bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah & bahawa aku Pesuruh Allah & mereka mengerjakan puasa .” Kata sahabat2 : “ Mengapa mereka jadi begitu , ya Rasulullah ?” Sabda baginda : “ Mereka bermain & berhibur dengan alat bunyi – bunyian & penyanyi2 wanita & dengan rebana & mereka minum pelbagai jenis arak , dan mereka bermalam dengan minuman & hiburan riuh rendah mereka , maka pada pagi hari , mereka telah ditukarkan rupa ( menjadi monyet & babi ) .”

Halaman 33 – Baris 7
“ Dari ilmu fikah , apa juga nyanyian kecuali nyanyian kanak2 di majlis perkahwinan hukumnya haram . Bahkan hanya duff @ kompang saja yang diizinkan sebagai alat muzik . Inilah yang dinyatakan oleh al – Syauqani dalam kitab Nail al – Authar .”

Halaman 33 – Baris 15
“ 4 imam mazhab yang utama pun cenderung mengharamkan nyanyi – nyanyian , juga alat2 muzik . Imam Syafie menyebut nyanyian & muzik adalah makruh & hanya diamalkan oleh orang safih , iaitu bodoh . Tetapi ada banyak sebab mengapa sesetengah , bukan semua , ulama bersikap keras terhadap penyanyi & pemuzik . Kita harus melihat apakah ada faedah @ tidak menyanyi & bermain muzik itu . Juga perkara2 berhibur ini perlu ada batas . Sekadar meraikan gharizah @ naluri manusia , tak mengapa . Sesungguhnya ulama berselisih tentang kedudukan muzik ini . Jika diturutkan mazhab jumhur jadinya haram . Tetapi mazhab ahli Madinah ,, Zahiriyah & Jemaah Sufiyah membolehkannya .”

Halaman 41 – Baris 10
Budak2 remaja di sini perlu terus leka . Mereka tidak harus sedar yang aku sebagai kepala negeri sedang mengaut hasil mahsul negeri untuk membina empayar .Remaja mesti terus berseronok – seronok . Apa sahaja mesti disuakan , asalkan mereka tidak ingat apa – apa kerana remaja jika mereka ingat & hidup bertujuan , maka mereka akan menjadi 1 gelombang yang menakutkan . Mereka akan menjadi satu gerakan yang dapat menewaskan apa sahaja .

Halaman 42 & 43 – Baris 21
“ Souti sarmad ialah sejenis muzik – satu bunyi , satu suara yang apabila melantun keluar dari sumbernya akan mengisi semua ruang .Sumber itu dating dari Tuhan yang memberi bunyi , memberi suara kepada manusia untuk menghormati firman Tuhan . Ia getaran halus yang tidak tertangkap dek telinga , jauh sekali terlihat dek mata . 1 bunyi , 1 suara yang memiliki kuasa yang hebat , seperti yang terkandung pada firman : “ Jadilah ! Maka terjadilah . Ia 1 suara , 1 bunyi yang menderu menggetarkan kalbu berbunyi : Bacalah ! Ia 1 suara 1 bunyi yang didengar Nabi Musa di Gunung Sinai . Suara yang kita keluarkan adalah suara untuk menghormati suara titah & firman Tuhan . Begitulah juga melodi . Melodi paling indah ialah melodi yang kembali mengingatkan titah perintah @ firman Tuhan . Maksud saya zikir .

Halaman 43 – Baris 13
“ Zikir terletak antara ucapan & nyanyian . Dalam zikir ada pengulangan , ada getar suara , ada kawalan nafas , ada bunyian yang dihasilkan kala bernafas sahaja , dan ada pula suara yang terpendam . Zikir itu juga souti sarmad .

Halaman 43 – Baris 18
“ Souti sarmad ialah muzik yang membawa kita kembali kepada destinasi akhir dalam kehidupan , iaitu Allah . Muzik yang menyedarkan akan kealpaan kita terhadap janji yang telah dimeterai dengan Pencipta kita bahawa kita hamba – Nya , dan sekadar penumpang sahaja di Bumi milik-Nya . Jadi muzik ialah 1 tenaga kerohanian yang mengajar & membimbing pendengarnya . Muzik ialah penerangan & nasihat , bukan dalam bentuk kata2 , tetapi terus memagut hati kerana hatilah yang menampung ingatan kepada Tuhan .”

Halaman 44 – Baris 3
“ Dalam souti sarmad , semuanya adalah dalam takluk Tuhan . Allah yang mengurniakan bakat , ilham & kemuliaan . Allah juga yang menyentuh hati pendengar yang diingini-Nya . Souti sarmad ialah muzik yang mengingat Tuhan .”

Halaman 46 & 47 – Baris 17
“ Siapakah yang mengasaskan notasi muzik ? @ kami kalangan pemuzik mengenalinya sebagai solmisation ?” Jawabnya : “ Pencipta @ pengasasnya ialah Guido Arezzo pada tahun 1026 .”

Thursday, February 7, 2008

KaWAn , Friend , SodiQoh , sAhabAt & TeMan

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))


Hari nih , lepas menenangkan hati dengan bacaan Al - Quran sebanyak 5 halaman ... Seperti biasa ... "Ana" memberi burung merpati makan ... "Ana" juga bersarapan ... Ayah , ibu , adik2 ( Chammy & Sue ) tidak pergi ke tempat biasa mereka kerana hari ini merupakan cuti perayaan bagi masyarakat Cina ... Teringin nak pergi open house Chinese New Year tapi tiada yang menjemput ... Walaupun "ana" terkenal dengan sifat tidak malu ( sebab dengan orang yang kita kenal kenalah tak malu ... hehehe ) ... Tapi takkan nak pergi kalau orang tak undang ... Setakat ucap selamat beranilah ... Cuma bila tidak dapat melayari Yahoo Massenger ( suka menyergah & mencari gaduh dengan kawan2 ) , rasa tak best plak ... Alhamdulillah boleh masuk blog sahabat baru ... Dah khatam dah blog nyer ... Tengok wayang pun dia sebut dalam blog dia ... Tapi dia lebih menyayangi perempuan kerana banyak peringatan untuk menjadi muslimah disediakan ... Kepada muslimah2 yang merasa kekurangan diri , silalah ke blognya ... http://zinzam.blogspot.com ... Boleh klik jer dari sini ...


Sedang menziarahi blog sahabat , tetiba ada suara yang beri salam di pintu ... "Ana" menjawabnyer & eh ... Biar betul ... Bestfriend "ana" di SMK Ulu Kinta ( Diela & Syafiqah ) datang bertandang ke pondok "ana" ... Kami jarang2 berjumpa kerana pondok kami jauh2 ... 15 minit perjalanan baru tiba ke sini ... Sampai pukul 2 petang mereka di sini ... Macam2 cerita diborakkan ... Siap bersantap lagi di pondokku ... Cuma Diela sahaja yang tidak makan bersama ... Kenyang katanya ... Baru lepas pergi open house Grace ; rakannya ... Terubat sedikit kegeraman yang dirasakan ... Ada hikmahnya "ana" tidak dapat melayari YM ... Advancer Si Peniup Ney telah berjaya "ana" khatamkan ... Esok "ana" akan kupaskan novel tersebut jika diizinkan tuhan ... hari ini "ana" sekadar berkongsi dengan anda semua mengenai adab berkawan ... "Ana" sendiri baru tahu tentang ini ... Mungkin "ana" pernah & telah melanggarnya secara sedar @ tidak ... Tetapi ... Inilah pengajaran terbaik buat "ana" dalam bersahabat ... "SAHABAT" , ampunkan "ana" ... Walaupun dah terlewat , "ana" tetap mahu meminta ampun ... "SAHABAT" boleh melakukan apa sahaja ... Tetapi harus mengampunkan "ana" setelah melakukannya ... Sekadar luahan hati & rasa ... Ah , merepek lagi ...


Apabila bersahabat , diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab & punya harapannya sendiri . Antaranya ialah :-

1. Ketahanan bergurau senda , adat bergurau terlebih usik . Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku .

2. Jangan terlalu celupar atau mengkritik , kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul .

3. Jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi orang terdekat dengan sahabat seperti tuning , isteri / suaminya atau kaum keluarganya .

4. Perkara sensitif seperti gaji , kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya .

5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi seperti rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat .

6. Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya . Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri , diri kita tidak tentunya baik .

7. Bijak menyesuaikan tutur kata dengan emosi sahabat . Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat .

8. Berita baik atau berita sedih sahabat , biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui . Ini tanda kita menghormatinya . Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita .

9. Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat . beri peluang sahabat bersendiri . Jikalau terlalu berdampingan , mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dengan insan lain .

10. Jika salah seorang marah , beri peluang dia melepaskan amarah di hati . Jgn dibalas , berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk . Pasti hubungan akan kembali seperti biasa . Manusia harus menerima hakikat setiap orang ada lautan hati yang pasang surut.

11. Sewaktu sahabat sedang marah , elok mendiamkan diri . Jikalau dia mengomel , dengar & angguk . Itu lebih baik daripada membuat komen . Ia boleh memburukkan keadaan .

12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan , kecantikan dan sebagainya . Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah s.w.t


Okaylah ... Ingat , jodoh pertemuan & perpisahan di tangan tuhan ... Kita hanya merancang , Perancangan Allah yang lebih perfect dari segalanya ... Insya - Allah ... Advencer Si Peniup Ney bakal menyusul esok ... Hari ini lebih baik dari semalam ...



Wednesday, February 6, 2008

Pop COrn WedNEsDaY

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))

Hari ini "ana" tak buat apa2 pun ... Online seawal 5.30 AM ... Syusyah sangat nk apply UPU waktu siang ... Line busy ... Kadang2 stuck ... Ujian Allah ... Tak kenal hambanya ... Kemudian mengemas rumah seperti biasa dan memberikan burung2 merpati yang selalu singgah di belakang rumah makan ... Ihsan kepada binatang ... Itu lagi senang daripada berihsan dengan manusia ... Manusia banyak cerewetnya ... Binatang tak banyak cerewetnya ... Dia akan mendoakan kesejahteraan kita setelah kita melayannya dengan baik ... Cucu arwah atuk .... Kata ibu "ana" ... "Ana" lebih gemar melayan binatang yang halal dimakan ... Jika kucing , hamster & iguana tidak mendatangkan kepuasan buat diri "ana" ... Sesudah itu , "ana" singgah di blog sahabat2 "ana" & sepupu "ana" ... Blog sepupu tidak ada apa2 sebab tiada yang terbaru tetapi blog sahabat ada yang bagus ... Terjumpa seni khat ... Wow , dah lama "ana" tak pegang pen khat ... Pensel khat lagilah lama ... Rindu memang rindu tapi barang2 khat "ana" telah disedekahkan kepada rakan seperjuangan sewaktu SPM sebagai kenang - kenangan & sebagai dorongan untuk berjaya dalam pertandingan ... Alhamdulillah ... Dia berjaya merangkul gelaran juara peringkat negeri khat lelaki ... Sejak itu , "ana" tidak lagi memegang pen khat ... 2 tahun lebih "ana" meninggalkan dunia khat ... Bila buka blog sahabat tersebut ... Terimbau memori2 lama ... Lagipun , "ana" melihat blog sahabat tersebut bersama ibu ... Ibu "ana" memang meminati khat tetapi beliau hanya berkebolehan menulis khat nasakh ... beliau sedang memahirkan diri dengan khat thuluth skang ... She's so excited & interested ... Tapi , "ana" pula sudah hilang kecintaan terhadap khat ... Bukan apa ... Komitmen yang tinggi diperlukan jika mahu meneruskan ... Tidak boleh suka2 lagi ... "Ana" harus fikirkan masa depan ... Mahu jadi apa "ana" suatu hari nanti ... Namun begitu , "ana" akan tetap menggilai karya khat walaupun tidak mahu membuatnya ... "Ana" mahu mengambil kelas khat kot jika mempunyai kerjaya yang tetap nanti ... Bekalan untuk cucu ... Hehehe ... Petang ... Off lah PC ... Nak sambung baca Advencer Si Peniup Ney ... Adik2 cilok buku ... Tu yang tak boleh baca habis tuh ... Adik beradikku pantang nampak buku & makanan ... Mesti berebut macam orang tak pernah jumpa ... "Ana" berebut buku sahaja sebab "ana" memang suka buku & pantang nampak buku ... Tapi kalau buku selain bahasa Melayu & Inggeris , prosa lama , dan laras undang2 ... Maaf lah ... Memang tak pandai nak baca buku2 tuh ... Sekadar berkongsi dengan anda kisah2 hidup "ana" ... Mahu bercerita tentang subsidi ... Tapi tak berapa kuat lagi untuk mengupasnya ... Tengoklah , bila "ana" dah bersedia , "ana" akan mengungkapkannya ... Maaf ya ... Tiada pengisian yang berguna untuk hari ini ... Sekadar borak2 kosong ... Astagh-firulah-hal-'azim ...

Tuesday, February 5, 2008

MacAm2

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))


Sejak pukul 12 tengah hari semalam aplikasi dalam talian telah dibuka untuk pelajar2 STPM ... Namun , sehingga ke hari ini "ana" tidak membuat permohonan lagi ... Dah buat sedikit tadi , tapi komputer "ana" bermasalah ... Tak tahu apa yang tidak kena ... Dari pukul 4.30 pagi lagi "ana" sudah tercegat di hadapan PC ... Mungkin PC "ana" sudah lama on ... Dia dah penat lah tuh ...

Tak sangka hari nih "ana" kena potong kuku atuk ... Tak pernah buat sebelum ini ... Allah memberi kesempatan pada "ana" untuk memotong kukunya ... Apabila memegang tangannya , "ana" terfikir yang "ana" bakal jadi begitu suatu hari nanti ... bukan takut tua tapi ... Adakah ibu akan dilayan seperti ini apabila beliau tua nanti ??? Adakah "ana" akan dilayan sebegini oleh cucu "ana" apabila ditakdirkan "ana" panjang umur dan tua ??? Entahlah ... "ana" banyak berfikir sangatkah hari ini ??? Tak per lah ... "Ana" mahu tenagkan diri dahulu ... Mahu mengangkat kain & menghabiskan pembacaan Advencer Si Peniup Ney ... Terasa lama pula mahu menghabiskan buku itu ... Padahal nipis sahaja ... Selalunya , kalau novel Melayu 1000 halaman "ana" boleh menghabiskan dalam masa 2 hari ... Fikiran tidak tenang kot semasa membaca ... Tak dapatlah "ana" menjadi seperti kartun itu ... Memang takboleh pun sebab "ana" kan perempuan ... Kena pakai tudung ... hehehe .... Sebab tu lambat pick-up sedikit apabila membaca ... Apa yang mengganggu fikiran "ana" ??? Sambung malam karang lah ...
Penat skit ... Baru curik bahan kat blog orang ... Keh3 ... Global sangat ... Org curik kita tahu ... Selalunya tak tahu ... Orang tak curik lagi lagi lah kita tahu dan tak tahu ... Merepek - repek jer hari nih ... Allah tahu sumer lah ... Bacalah kalau sudi ...
Warna Kegemaran Wanita
Menurut pengkaji , wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna kegemarannya . Di sini , disebut serba ringkas tentang wanita , warna dan tafsiran perwatakannya .
MERAH
Berani , emosional , tegas , tamak , tahan melarat dan suka bersenang - senang .
BIRU
Setia pada pasangan , pandai menyimpan wang , kuat kemahuan ( demanding ) , suka berterus-terang , jujur , suka memberi maaf dan tegas .
HIJAU
Subur , suka kepada kebahagiaan , tidak suka bergaduh atau bertekak ,patuh pada pegangan agama , suka berhias , teguh pendirian hingga kadang - kadang macam kolot .
HITAM
Suka menyendiri , prihatin , kuat menghadapi dugaan hidup , tidak mudah dipengaruhi , kuat berfikir , setia pada pasangan , baik hati tetapi cepat tersinggung .
COKELAT
Kaya dengan sifat keibuan , suka merendah diri , sopan santun , halus budi pekerti , hati mudah merasa was - was dan takut membuat salah .
UNGU
Pemurah dan merdeka hatinya , tidak suka diperintah , berinisiatif , bijak tetapi agak beremosi , keinginannya tidak meluap - luap .
KELABU
Suka merendah diri , tenang , suka mengalah , suka bekorban peranan , cerdas dan bijak .
KUNING
Menyukai ilmu , gemar membaca , tekun , cerdas dan tabah menghadapi cabaran .
PUTIH
Bersih fikirannya ( tidak banyak prasangka ) , berkata benar , jujur , rendah hati , sopan santun , ramah , kuat menerima ilmu , sentiasa tenteram hatinya , suka menolong dan hidup bertawakal .
Ini sahaja perisian untuk hari ini ... "Ana" suka ungu & hitam ... "Ana" tahu anda mesti akan bercakap begini ... "Tak tanya pun ..." ... Dah masak lah perangai korang ... Korang kan pengunjung yang setia ... Hehehe ... Moga2 perisian hari ini dapat memanfaatkan kaum lelaki bagi mencari Mrs Right mereka ... Hidup kena saling tolong menolong ... Warna personaliti lelaki di mana ya ??? Nanti "ana" cari ... "Ana" tahu orang perempuan pun mahu juga untuk lebih mengenali personaliti rakan lelaki mereka ... Memang hari ini "ana" merapu ... Astagh - firullah - hal 'azim ...