Sign by Dealighted - Black Friday Coupons

KrONi

Wednesday, February 10, 2010

LeLoNg & BiDa ...

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))

assalamualaykum & salam sejahtera semua ...
tersangatlah lama aku meninggalkan memoir berhantu ...
pengikut aku pun ramai yang "murtad" akibat ditinggalkan aku ...
(jangan salah faham dengan erti murtad sebab aku maksudkan peminat dah beralih arah ... ada peminatkah aku nih ??? teeettttt)

hari nih dapat hidayah sedikit daripada Allah untuk berkongsi maklumat dengan korang ... semoga ia bermanfaat untuk semua ...

cuba korang klik website nih ... mengancamkan ??? iman mak pun tergugat wahai dik non - dik non sekelian bila tengok gadget - gadget yang aku suka murah bebenau ... aku dah sign up dan baru nak promot kat kengkawan satu laman sosial nih ... tetiber hari nih dapat hidayah untuk mencari hukum jual beli lelong di internet ... siapa suruh pensyarah Database Management tak masuk kelas kan ??? kan dah aku mengulor berjalan - jalan ke website yang disukai ... haha ...

eh , korang tergodakan dengan website tuh ??? haha ... ok , setelah puas menggoogle ke seluruh alam , memuler aku cari hukum jual beli lelong nih kat JAKIM thread 2774 ... didapati jual beli secara lelong adalah HARUS ... fuhhh , lega kooo ...

lepas tuh aku cari macam mana laman web tuh wat untung dengan website tuh padahal harga barang murah bebenau ... aku jumpa kat thread WangCyber.com ... anggaplah ini sebagai pengetahuan baru korang yerk tentang syarikat - syarikat lelong tersebut (EBay tak wat cenggini ok ) ...

lorh ramai lagi rpnye xtau psl pennyauction. aku xtau la diorg anta ke x barang2 yg bidder mng tp nmpk gamba mcm mmg diorg anta. tau nape brg2 kt stu murah? ctenye gni.. korg nk bid, korg kna bli bid point. Ok kte tgk bid plg murah dijual. 300 bidpoint = RM450. So 1 bid = RM1.50 (paling murah ni). So kte kna bid item tu smpi countdown jam tu habis, xde org lawan bid kte. So die live time bidding la. Kte bid war la kirenye. Ble korg bid, countdown akan reset, and ble ade org lwn bid kte, countdown akan reset lagi. Smpi la xde org bid da. Setiap bid yg kte ltk, harga barang akan naik 1 sen. Satu bid = 1 sen. Cuba korg tgk Ended Auction kt laman web die, korg tgk item HTC Touch Diamond2. Harga asal RM2600. Tapi harga yg bidder tu dpt RM38.19. Murah gle kan? Tapi korg prasan x brape company yg wat website ni untung? RM38.19 = 3819 org bid item ni. Satu bid = RM1.50. 3819 bid =?? , RM5728.50. Ni harga sebenar yg company Pennyauction tu dpt. Sbb mcm yg aku ckp 1 bid = RM1.50 = naik 1 sen harga item. Kalo x fhm cuba bace skali lagi ape aku tulis. Itu baru item tu, lom tgk lagi item2 yg hot mcm iPhone 3Gs ke ape. Kadang2 harga die cecah RM60.00 = means 6000 bid org bid = RM6000 company tu dpt. Harga iPhone 3Gs brape la sgt banding yg diorg untung. Ini baru satu item ye, diorg bukak bid byk2 item skali.So nak kate scam tu xde ah sbb bnd ni cm main sistem ah. Engko mng bid ke x mng bid engko ke tetap kna bayar utk bli bid point. Kalo engko mng bid, engko untung, company pennyauction pon untung. Yg x untung, org yg bid byk2 tp xmng item tu.And kalo korg prasan, Pennyauction ckp pas mng korg kna tggu sebulan utk korg dpt item tu. Sbbnye, diorg xde lg pon item tu. Diorg ltk gambo je, pas org bid ramai2, diorg da untung, br diorg g bli item tu. Bijok kan? haha..Tgk gamba2 winner bid yg lepas2.. Tgk winner yg mng HTC Hero. Harga yg die dpt RM96.12. Pennyauction untung RM14418 dekat item ni je! Walaoweh. =Hellster=

Memang bagaklah kan untung yang company tuh dapat ... ish3 , cemburu sungguh jika nak dibandingkan dengan perniagaan aku ... penat ok main google sampailah terjumpa entry kat satu blog nih ... yang bestnya , blogger tersebut membandingkan dengan EBay ... nampak terang dan nyata serta ketara ...

Hukum lelong di ebay (laman web lelong di Internet)
Selepas menerangkan serba ringkas asas dan panduan bagi jualan dan belian lelong di atas, saya melakukan pembelian di ebay. Saya dapati hukum pembelian melalui laman web itu harus selagi barang yang dibeli bukan emas, perak dan mata wang semasa yang diguna pakai (bukan yang antik tanpa nilai).


Pembelian ketiga-tiga barangan berkenaan diwajibkan untuk serah dan terima secara serta merta, namun barangan yang dibeli biasanya akan dihantar lewat disebabkan proses tertentu. Namun, ada fatwa lebih ringan yang mengizinkan kelewatan selama tiga hari dari tempoh pembelian.Ia pandangan mazhab Maliki berdasarkan kaedah fiqh yang popular iaitu: “Apa-apa yang hampir dengan sesuatu, maka akan mengambil hukum sesuatu itu.” (Asbah wa Nazair, as-Suyuti, hlm 82)


Kesimpulan hukum membeli melalui ebay adalah:
1. Dibenarkan atau harus untuk membeli di laman web ebay, kecuali pembelian tiga barangan iaitu emas, perak dan mata wang semasa yang diguna pakai (bukan yang antik tanpa nilai).
2. Dibenarkan atau harus untuk menjual di laman web ebay. Namun, komisen yang diambil oleh paypal dan pengendali ebay daripada pembeli adalah harus atas hujah ia adalah caj servis atau wakil atas sesuatu kerja.Namun caj berkenaan mesti diketahui cara kiraan dan jumlahnya dari awal penjualan dibuat. Menerima bayaran daripada pembeli yang menggunakan kad kredit konvensional adalah harus kerana ia di luar kuasa dan tanggungjawab penjual.
3. Pembayaran melalui kad kredit konvensional adalah haram, walaupun pembeli membayar harga ‘on time’ kepada pengeluar kad. Ini kerana setiap pembeliannya memberi komisen kepada pengeluar kad kredit riba, ia dikira membantu perkembangan industri kad kredit riba secara langsung.
4. Paypal: Pembayaran melalui paypal adalah mengikuti hukum kad yang disandarkan kepada paypal, iaitu kad kredit, debit atau ‘charge card’ yang digunakan. Jika ia kad yang dikeluarkan secara konvensional, justeru pembayaran melalui pay pal turut haram.
5. Tempoh Serah: Mestilah diketahui tempoh hantaran barang akan dibuat dan anggaran tarikh ia akan sampai ke tangan pembeli.
6. Jaminan: Penjual mestilah diketahui atau boleh dihubungi jika barangan dibeli masih tidak sampai melepasi tempoh dijanjikan.
7. Jaminan atas kerosakan atau aib: Satu fakta tambahan yang menjadikan ebay semakin selamat adalah ganti rugi daripada pihak ebay.Menurut mereka yang kerap berurusan dengan ebay, pihak ebay turut menyediakan peruntukan ganti rugi bagi sesiapa yang menghadapi penipuan melalui transaksi jual-beli di laman web itu.
Rakan saya di Swansea, United Kingdom (UK) pernah menerima ganti rugi beberapa ratus Pound Sterling apabila televisyen yang dibelinya melalui ebay mempunyai kerosakan yang tidak dinyatakan dengan jelas oleh penjual dalam spesifikasi jualan.Tindakan dan peruntukan ganti rugi ebay seperti ini menjadikan unsur gharar menjadi mengecil dan jatuh dalam kategori gharar yasir yang dimaafkan.


Lelong di Swoopo
Saya turut ditanya mengenai satu lagi laman web lelongan yang kian popular iaitu www.swoopo.co.uk. Selepas meneliti terma dan syarat penyertaan dalam lelongan swoopo, saya dapati lelongan melalui laman web terbabit berbeza dengan ebay.


Antara terma yang berbeza dengan ebay adalah:
1. Setiap bakal pembida perlu membeli hak bidaan dan bayarannya mesti dijelaskan sebelum membida. Bidaan pula boleh diberi melalui pakej tertentu dikenali sebagai ‘BidPacks’ berdasarkan harga tertentu yang ditetapkan.
2. Jika pembeli tidak membuat bayaran bagi pembelian yang sudah dibuat, caj bayaran pulangan dikenakan dan pembeli akan menanggungnya. Swoopoo mempunyai hak untuk menyekat laluan kepada akaun pembeli hinggalah bayaran penuh dibuat atas barangan sudah dibelinya.
3. Bidaan tertentu seperti ‘FreeBids’ hanya sah untuk tempoh terhad. Sejurus ia tamat tempoh mengikut waktu ditetapkan, bidaan tidak lagi boleh dibuat manakala wang pula tidak akan dikembalikan.
4. Bidaan boleh dilakukan dengan dua kaedah iaitu pertama, mengklik punat bida dan kedua, secara automatik melalui penggunaan khidmat ‘BidButler’. Sejurus bidaan dibuat, caj tunai ditolak melalui akaun pengguna.

Kesimpulan
Jual dan beli atau bidaan melalui web swoopo adalah haram kerana wujud unsur judi dan gharar yang besar. Ini kerana setiap peserta perlu membeli hak untuk bidaan yang ada nilai tertentu, dan hanya mempunyai beberapa peluang membida berdasarkan nilai ‘package bid’ yang dibeli. Ia ternyata dengan jelas dalam ayat ini:
“Setiap bakal pembida perlu membeli hak bidaan dan bayarannya mesti dijelaskan sebelum membida. Bidaan pula boleh diberi melalui pakej tertentu dikenali sebagai ‘BidPacks’ berdasarkan harga tertentu yang ditetapkan. Setiap bidaan hanya berjumlah 40 pence atau RM2 dan ia ada dalam pakej BidPacks.”
Anda dapat melihat bagaimana satu bayaran bagi bidaan dikenakan RM2 dan anda dikehendaki membeli BidPacks dalam pakej dinyatakan itu.Ia jelas dan terang menjadi judi apabila disebut dalam termanya:Bidaan boleh dilakukan dengan dua kaedah iaitu mengklik punat tertentu membida dan secara automatik melalui penggunaan khidmat ‘BidButler’. Tatkala itu ia sama seperti judi, yang mana pembayaran hak bidaan dijadikan sebagai wang taruhan dan barangan yang dijual seperti hadiah kemenangan, manakala semua pembida yang tewas akan kehilangan wang bidaannya.


Remuk redam hati aku ... mana taknya , kan ke pennyauction tuh dah macam sama dengan swoopo konsepnya ... walaupun ko suka , as a muslim , you MUST back to reality ... kena kawal sikit nafsu tuh ... haha ... bukan apa , aku baru merancang nak sediakan duit semasa semester hadapan untuk membida kat website tuh ... sekarang baru aku sedar bahawa apa yang mudah itu selalunya terdapat unsur - unsur yang dicela Tuhan ...

P/S : aku banyak pergi ke website terkemuka seperti designer boutique dan macam - macam website jenama yang popular untuk mencari idea projek E-COmmerce aku ... suatu kenyataan yang pasti , aku telah curang dengan Memoir Berhantu ... ehehe ... i'll try to update from time to time ...

Tuesday, October 27, 2009

AiYaA ...

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))

halu3 ... sudah lama sangat aku menganaktirikan blog ini ... aku bukan sengaja tau ... nak tahu sobab apa aku tak hapdate ??? sobab - sobabnya yang munasabah ialah :

1 ) i feel really hectic for this semester
2 ) nak buat assignment pun tenet terkinja - kinja , inikan mahu hapdate blog
3 ) Utamakan pelajaran sebab aku betul - betul fokus untuk semester nih walaupun solat aku hilang dah khusyuknya hihi
4 ) lepas raya hari tuh , aku dah nawaitu nak update , boleh pulak itu tenet langsung tak der ...
kalau ada pun , 5 minit lagi disconnected cettt
5 ) aku dah ada rumah baru yang lebih best tapi aku dah bosan dok kat situ ... tuh pasal aku jengok balik rumah berhantu aku nih ... hehe

untuk makluman , cik antoo bakal menduduki peperiksaan subjek - subjek ilmu hitam bermula 1 november dan berakhir pada 4 november ... ada lah dalam 3 subjek gitu ... seram aku tau !!! mungkin 5 november cik antoo dah pulang ke istana hinggap beta di ipoh . lepas tuh mahu cari kerja ... walaupun telah mendapat pelawaan untuk ke sesi beramah mesra bersama si ehem - ehem pada 7 november di KL , aku macam ta kompem jerk nak pergi jumpa beliau ... wahahaha ... sangat kureng asam ini awek ... apa - apa pun , cari kerja adalah misi aku pada cuti kali ini ... bosan duduk rumah buat benda yang sama setiap hari , memang rasa nak muntah ... hihi ( cakap jer lah ko memang tak reti - reti dok dendiam kat rumah ) ... agenda terbengkalai aku :

1 ) tuntut result MUET yang aku amek pada pertengahan tahun 2008 tapi sampai skang tak sampai - sampai slip resultnya ... pelik jerk aku rasa ...
2 ) tukar lesen motor P aku walaupun sebenarnya aku kena tukar P ke lesen tetap pada Ogos 2008 ... aku rasa malas nak tengok lesen tuh lepas mengalami kemalangan ... tapi bila fikir balik yang aku buat lesen dulu guna duit parent , tak sampai hati pulak nak bazir gitu jerk ... ada saper - saper yang tahu lesen kalau tak tuko setahun jadi apa ??? kot kena denda ke , lesen dah tak boleh guna ke apa , tolong bagi tahu lah yerk
3 ) Biasakan diri dengan motor balik setelah setahun aku fobia nak bawa ... motor hilang setahun aku tak sentuh motor ... bila bawak balik , kemalangan pulak ... tambah lagi setahun aku tak sentuh motor ... nak jadi apa entah aku nih ...

aku akan cuba hapdate masa cuti nanti ... ok guys ! jangan lupa untuk doakan kejayaan aku dalam exam nanti ... kalau aku terkasar ke apa sampai korang rasa saket ati ngan aku , aku mintak ampon banyak2 ( masa raya ri tuh , aku lupa nak minta maap ! ) ... teruskan berblogging dan jangan buat blog bersawang setebal 5 inci macam aku ... haih

*dah lama tak YM ... rindu nak kacau kawan - kawan kat YM
**blog saper yang aku follow , aku bacalah ... sumer citer korang aku baca cuma aku tak komen ... dah macam silent readers gitu ... jangan marah ok , masa aku suntuk
***neo adalah bestfriend aku kat alam maya merangkap kembar konon - konon aku , jangan buli dia ok
***mana si zubair nih ??? nak kena baling selipar jamban ke dengan aku ???

Monday, October 5, 2009

EnTaH ...

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))

Aku tidak betah lagi nak ber"beta" dan ber"ana" di sini lagi ... lepas nih , aku ingat nak main sedap mulut jerk untuk kata ganti nama diri aku wokeyyy ...

Aku melalui saat – saat yang sukar pada semester ini tetapi aku tidak jadikan ia sebagai halangan untuk belajar . Aku pernah melalui peristiwa yang lebih sukar daripada ini iaitu sewaktu semester pertama . Kesukaran yang aku rasakan terbawa – bawa dalam kehidupan sehingga menjadikan aku seorang yang tidak professional . Akhirnya , apabila keputusan peperiksaan akhir semester pertama keluar , aku diletakkan dalam title PEMERHATIAN akibat pointerku yang berada di bawah paras 2.0 . Jika mendapat bawah daripada 1.8 , aku bakal disingkirkan dari dunia universiti . Alhamdulillah , Allah berikan aku kesempatan untuk memperbetulkan segalanya . Aku masih meneruskan pengajian dan kegagalan teruk yang aku alami membuatkan aku sedar bahawa semua orang yang berada di sekelilingku menyayangiku seadanya . Sungguhpun aku ini digelar "mulut puaka" dalam kalangan rakan – rakanku , aku sedar mereka sangat sayang padaku . Ketiadaanku boleh membuatkan suasana menjadi tidak seindah sediakala . Sungguh ! ( poyo betul tapi dalam kalangan saudara mara , ketiadaanku tidak menjejaskan apa – apa kerana aku sudah terbiasa berjauhan dari saudara mara ) . Semester kedua , aku sangat bersungguh – sungguh kerana matlamat aku pada ketika itu ialah mahu mendapatkan GPA 3.0 ke atas . Namun , rezeki itu milik tuhan . aku hanya mendapat 2.93 sahaja . CGPA ? Sudah tentulah berada di bawah paras 2.5 , tetapi melepasi 2.0 . Ibu cakap , apa yang Allah kurniakan , kita kena bersyukur dan redha seadanya . tetapi semangat usaha jangan pernah luntur . Pada semester kedua hari itu , jadualku banyak kelapangan . 3 hari sahaja waktu kuliah tanpa kegiatan kokurikulum merupakan jadual yang paling rileks kerana aku hanya dibenarkan memiliki 15 jam kredit sahaja .

Pada semester ketiga ( sekarang ) , pinjaman pelajaranku ditahan akibat pencapaianku yang kurang memberangsangkan pada semester pertama . Aku pernah berfikir untuk menangguhkan pengajian kerana aku tidak mempunyai kekuatan untuk meminta bantuan ibu bapaku . Semenjak tragedi aku menghilangkan motorsikal ayahku tanpa sengaja tiga tahun yang lalu , aku sukar untuk meminta – minta dengan ayahku . Aku sering mambayangkan kesukaran ibu bapaku dalam mencari rezeki . Aku juga didatangi memori yang aku tidak suka aku mahu ingatkan ( kemalangan pada tahun lepas ) . Kesukaran yang aku alami selalunya melibatkan keluargaku . Aku tidak mahu menyusahkan mereka lagi . Perkara itu sering bermain dibenakku . Saat aku mengucapkan tentang hasratku yang mahu menangguhkan pelajaran , rakan – rakanku terkejut bagai ternampak bayangan Altantuya yang dibunuh lagaknya ( Altantuya mati dibunuh di Puncak Alam , sangat dekat dengan Puncak Perdana ) . Saat itu , aku baru sedar bahawa aku memiliki rakan – rakan yang menyayangiku . Mereka menghulurkan segala sokongan termasuk wang ringgit untuk aku melangsaikan bayaran yuran pengajian . Mereka mahu aku menerima ijazah bersama mereka . Berat hatiku menerima pertolongan mereka tapi aku tak sanggup menghampakan mereka . Maka , aku meneruskan pengajian . Aku menduduki barisan pertama atau kedua pada setiap kuliah . Namaku yang ringkas membuatkan setiap pensyarah akan mengingati aku . Disebabkan aku sedar aku belajar menggunakan ihsan sahabat baik , maka aku membuat perubahan drastic dengan duduk di hadapan & menguatkan diri untuk menghadiri setiap kuliah . Alhamdulillah , semester ini , tidak sampai lima kali aku ponteng . Kokurikulum aku bersama Kesatria Negara yang aku selalu kutuk . Aku memasuki badan beruniform itu kerana jadualnya hari sabtu , pukul 10.30 pagi hingga jam 12 tengah hari . Pelajarannya adalah mengenai Tempur Tanpa Senjata ( TTS ) . Latihan jangan cakap , setiap hari sabtu aku "dibalun" oleh 2 orang jurulatih yang diimport daripada Aangkatan Tentera Malaysia . Setiap kali selepas latihan , semua anggota tubuh rasa seperti mahu tercabut ( betulkah ? ) . Tapi aku suka melakukannya . Semester hadapan , jikalau ada Kesatria Negara 3 ( Orientasi Peta ) , aku mahu sertai mereka . Nampak cantik sedikit kokurikulumku (hahaha ) . Semasa bulan Ramadhan yang jatuhnya pada September tahun Masehi , ibu bapaku mula bertanyakan kedudukan kewanganku . Aku membisu seribu bahasa ( kebetulan telefon bimbitku mengalami sedikit kerosakan ) . Tetapi jeritan batinku sangat mahukan pulang ke keluargaku kerana rindu ( semasa cuti H1N1 , aku pulang ke rumah mak ngahku di Kota Tinggi , Johor . Perbelanjaan ditanggung penuh oleh sepupuku . hahaha ) yang teramat sangat . Aku tidak pernah merasakan rindu sebegini walhal aku merupakan bekas pelajar sekolah berasrama penuh selama lima tahun . Rahsiaku terbongkar semasa pertengahan bulan puasa . Ibu bapaku terpaksa gunakan helah dengan menghantar pesanan ringkas menggunakan nombor telefon bimbit adikku . Pada masa itu , sangat kerdil rasanya diriku ini . Kebetulan , aku memang sangat – sangat memerlukan wang pada masa itu . Mahu pinjam dari kawan , aku sudah malu . Saat rahsiaku yang sudah diketahui keluarga ( adik – adik ku sudah lama tahu mengenai ini , kami menyorokkan daripada pengetahuan ibu bapa sahaja ) , ayahku telah memasukkan wang untuk perbelanjaanku . Malam itu aku berendam air mata . Keesokan harinya , aku bergegas membeli untuk pulang beraya dan melangsaikan segala hutang piutangku ( orang dah berduit katakana ) . Hutang – hutang melebihi RM50 , aku bercadang untuk membayar semula pada semester hadapan .

Semasa cuti raya aidilfitri , aku dah tak kisahkan persoalan tentang keluarga akan bertanyakan tentang wang pinjamanku . Apa yang ada dalam benakku hanya aku mahu balik untuk beraya bersama mereka . Pada hari raya pertama , sungguh syahdu . Aku pergi sembahyang raya di masjid . Kebetulan ayahku menjadi imam . Aku menangis semahunya dalam sujudku tanda bersyukur kepada Allah . Usai solat raya , kami pulang ke rumah . Bersalam – salaman dengan keluarga . Ibu bapaku menghadiahiku telefon bimbit baru ( walaupun tidak secanggih mana , cukuplah sekadar dapat melepaskan rindu terhadap mereka yang aku sayang ) . Mereka memberi pesanan bahawa selagi mereka hidup , mereka bertanggungjawab ke atasku selagi aku tidak bernikah . Saat itu aku sedar , aku mempunyai keegoan yang tinggi dan tidak bertempat . Walaupun niatku hanyalah tidak mahu menyusahkan mereka , tetapi lagakku itu seperti orang yang sudah tiada keluarga . "ha , esok nak kahwin esok , kahwin senyap – senyap . Berahsia sangat!" Kata ayahku kepadaku . Aku sudah biasa berkongsi masalah bersama rakan sehingga tidak betah untuk berkongsi masalah dengan keluarga . Sekarang , aku belajar untuk meluahkan kepada ibu bapaku .

Saat aku sedang mencoret ini , aku sungguh merindui keluargaku walaupun aku baru berpisah dengan mereka selama seminggu . Jiwa perempuan memang tidak dapat lari daripada merindui keluarga . Tetapi aku setkan di dalam benakku bahawa pada cuti semester nanti , aku akan bersama mereka juga . Kerja bertimbun – timbun . Bagaimana aku boleh mencoretkan ini di laman berhantuku ? kalau ko cetak entri ini , 2 muka surat penuh jumlahnya . Semasa SPM dan STPM , kenapalah susah sangat rasanya untuk mengarang ... huhu

Wednesday, September 16, 2009

MaHAsiSwA MaLaS mEmBaCa ???

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))

Oleh Suliati Asri
suliati@hmetro.com.my

HARIAN METRO - 14 SEPTEMBER 2009

"BUKU mengasuh diri sasa bersuara, membaca menjadi jambatan bertuah, kita merindu buku dan ghairah baca, agar sentiasa canggih dan berhemah".

Itulah kata-kata Sasterawan Negara, Datuk Dr A Samad Said menggambarkan betapa pentingnya membaca. Selain itu, kempen membaca setiap tahun menunjukkan budaya membaca perlu ditanam dalam masyarakat terutama pelajar.

Namun, sejauh mana kempen itu memberi impak dan kesedaran kepada masyarakat terutama mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT)?

Benarkah berlaku kegersangan minat membaca di kalangan mahasiswa sehingga ia dijadikan topik perbincangan Wacana Malaysia Membaca di Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Majlis anjuran pelajar semester empat jurusan Sarjana Muda Sains Pengurusan Maklumat, Pengurusan Pusat Sumber itu mendedahkan kepincangan membaca di kalangan mahasiswa.

Tetapi pelik juga, mengapa mereka yang melanjutkan pelajaran di menara gading itu tiada minat membaca?

Jika tidak membaca, bagaimana mampu memperoleh diploma atau ijazah?

A Samad melihat senario golongan muda khususnya pelajar IPT hanya membaca buku teks untuk mendapatkan segulung ijazah dan selepas itu, mereka tidak lagi membaca.

Kebanyakan pelajar masa kini juga ghairah membaca bahan bacaan sia-sia, hiburan dan berbau seksual. Tetapi, apa faedah pelajar peroleh daripada bahan bacaan sedemikian?

"Banyak ilmu diperoleh daripada membaca dan buku adalah sumber ilmu sangat berharga, bukan sekadar lulus peperiksaan," katanya.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Khairusy Syakirin Has Yun Hashim, berkata secara persepsinya, pelajar universiti kurang membaca dan hanya berkepit dengan buku bersifat ilmiah.

Beliau berkata, mereka membaca hanya untuk lulus peperiksaan serta memenuhi kriteria pemarkahan kerja kursus.

Namun, berdasarkan kajian terhadap 42 pelajar IPT mendapati mereka minat membaca walaupun skop tertumpu kepada karya fiksyen.

"Kesimpulan daripada kajian ini membuktikan pelajar membaca lebih daripada lima buku setahun.

"Kajian itu turut mengubah kajian yang pernah dilakukan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) satu ketika dulu yang mengatakan rakyat di negara ini hanya membaca dua buku setahun," katanya.

Namun, dari segi pembelian bahan bacaan di kalangan pelajar, hanya 48 peratus pelajar membeli buku dan baki 52 peratus tidak membeli buku.

"Ini bukan bermakna pelajar tidak membaca, sebaliknya kebanyakan mereka menggunakan perpustakaan universiti atau koleksi keluarga sebagai sumber mendapatkan bahan bacaan.

"Kebanyakan pelajar mahu membeli buku tetapi faktor harga membantut hasrat mereka, akhirnya mereka tidak membeli apa-apa.

"Kebanyakan buku ilmiah yang diimport mahal dan di perpustakaan, jumlahnya kecil berbanding mereka yang meminjam," katanya.

Justeru, bagi menangani masalah itu dan menambah minat membaca, Khuirusy menyarankan gerakan membaca perlu lebih digiatkan terutama di kalangan pelajar.

"Wujudkan pengurusan pembacaan di universiti sebagai lambang kepada bermulanya satu generasi baru yang minat dan menyintai buku," katanya.

Bagi bekas Pegawai Perancangan Bahasa Kanan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Jaafar Abdul Rahim, kegersangan minat membaca di kalangan pelajar IPT memang ada tetapi itu tidak penting.

Menurutnya, apa yang perlu difokuskan adalah mereka yang minat membaca dan pelajar patut memburu gelaran pakar buku dengan membuka pemikiran melalui pembacaan dalam pelbagai bidang.

"Biasanya kita memperdebatkan mereka yang tidak minat membaca tetapi bagaimana pula mereka yang gila membaca?

"Dengan membaca, mereka punya idea selain membangunkan karakter seseorang.

"Justeru, saya meminta pensyarah memberi markah lebih kepada pelajar yang memberikan idea bernas, bukan 100 peratus daripada nota," katanya.

Jaafar berkata, ilmu berubah setiap masa dan ia mengikut peredaran masa. Justeru, sebagai masyarakat terutama pelajar, kita perlu mendapatkan ilmu itu dengan membaca.

"Pembacaan bahan bacaan tidak akan mati walaupun teknologi kini semakin canggih kerana walau apapun yang terjadi, buku akan kekal menjadi sumber ilmu sampai bila-bila," katanya.

Sementara itu, bagi pelajar tahun akhir Pengurusan Maklumat, Mohd Nabil Zulhemay, 24, berkata minat membaca itu akan lahir jika bahan bacaan itu difahami selain diminati.

Bagaimanapun, daripada minat sebenar pelajar untuk membaca, katanya, kebanyakan pelajar hanya membaca buku untuk mendapatkan ijazah.

"Sebagai pelajar, saya tidak menafikan kebenaran terhadap kerisauan A Samad itu kerana pelajar hanya membaca untuk lulus peperiksaan.

"Mereka gemar keluar dengan rakan atau menghabiskan masa melakukan aktiviti lain selain membaca. Jika membaca pun, majalah hiburan," katanya.

P/S : Beta hadir ketika Datuk Dr A. Samad Said berucap ... hati beta sayu apabila beliau menyatakan ingin menjual koleksi buku - bukunya buat kali kedua untuk membolehkan anaknya menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi ... Datuk Dr A. Samad Said layak mendapat gelaran Sasterawan Negara kerana beliau memang betul - betul mengaplikasikan bahasa di dalam kehidupan seharian ... semasa datang untuk dengar talk beliau , beta memasang niat untuk mendengar bunyi percakapan beliau sahaja ... usai mendengar , banyak perkara yang beta kagum dengan beliau ... untuk pengetahuan korang , beta menyimpan karya beliau bertajuk SALINA dan beta suka sajak beliau yang mempertahankan sekolah agama rakyat ... Semasa beliau menceritakan buku - buku yang telah dibaca oleh beliau , sungguh beta cemburu ... terasa ingin memiliki buku - buku yang disebutkan saat itu juga ... tapi beta sedar bahawa perkara itu diluar kemampuan beta ...

Rujukan

Tuesday, September 8, 2009

BuSybOdY aNd ThE BoDy iS bUsY ...

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))

Tomorrow :
0810AM - 1000AM => third language ( arabic ) - reading test
1110AM - 100PM => Ethnic relation - writing test

at the same time : submit the 2000 words essay about ICT in education , submit the cataloguing exercise

at 0500PM , PC maintenance maybe have writing test also ... i really don't know which one i must concentrate first ... this is the moral story about postponed the job ... hahaha

Thursday morning i have a class with mr shaharom ... the final project is not beginning yet ... we have to find out Allahyarham Rustam A. Sani material and then we have to explore the material ... 50 material about him , how will we start it ...

Friday morning , maybe the lesson of Information Literacy go on as usually ... we have the test after raya ... friday evening , my group will presenting the folio teaching model ... the project is not finish yet and it will finish on thurday night ... be the burung hantu lah that night ...

i have tempur tanpa senjata ( taekwando ) test also at saturday morning ... can't remember anything about the step ... huahuahua

to sum up , my brain became ting tong tak tentu arah right now ... kihkihkih ... gila comot english beta ... kepada cetgu english , jangan marah erk jika beta mencarcamerbakan english nih ...

terima kasih kepada zubair spedo yang susah2 jerk mendoakan beta supaya beta balik raya menggunakan bas sekolah oren ... sayangnya doamu itu tidak termakbul apabila beta berjaya mendapatkan tiket bas dengan harga biasa pada 17 september jam 5.30PM ... naik bas perak roadways jerk senang ... tiket balik ke shah alam pun beta sudah bedal iaitu pada 26 september 2009 jam 1.00PM ... makin dekat nak raya , makin banyak kerja yang nak disiapkan ... tapi beta dah terkenang2 istana hinggap beta di ipoh tuh ... rinduuuuu lh ... ish3 ... beta mahu study ...

Tuesday, September 1, 2009

WeBSiTe UiTM KeNa HaCk ???

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))

tajuk di atas adalah benar ... huhu ... kejadian ini berlaku pada hari ahad yang bahagia ( kelmarin lah ) ... tapi semalam dah elok lah ... kalau tak buat back up , jenuh kot webmaster tuh nk start from beginning ... masa memuler nampak page tuh , nak dekat 10x jugak lah refresh sebab nak sahihkan sendiri ... mulanya nak masuk student portal , ish problem plak ... pergi library portal pun gitu jugak ... kalau bukan sebab belajar & maklumat terbaru , x der pasallah nak masuk page tuh ... bila dua2 page failed , beta terus pergi main website untuk masuk ke student portal secara manual ... ha , amek ko ... nampak kepala dalam mesin basuh ...

hikhikhik ... sempat lah jugak gelak mengekek 5 minit ... selama 3 sem beta kat sini , nih kali kedua website UiTM kena godam ... sblm beta masuk UiTM pun dah pernah kena godam rasanya ... bagi beta , ini petanda baik lah menampakkan malaysia telah mempunyai pengetahuan forensic networking ... tetapi , forensic networking nih kureng beretika lagaknya ... beta tahu golongan penggodam nih hanya mahu menguji kemahiran mereka dalam menggodam sistem organisasi / website ... tapi , tolong jangan godam website / sistem komponen Malaysia ( yang berkaitan Malaysia ) kerana faedahnya hanya si penggodam sahaja yang menikmatinya ... negara serta ahli - ahlinya kerugian ... saranan beta , jika mahu menggodam , godam negara lain punya sistem ... godam sistem pertahanan mana2 negara lebih berfaedah dari menggodam sistem negara sendiri ...

diharapkan webmaster UiTM lebih prihatin dan sentiasa membaiki kelemahan dari semasa ke semasa untuk kebaikan semua pihak ...

mintak sangat2 tolong godam sistem CIA , FBI & KGB ... lebih bermanfaat untuk seisi negara ... haha

Wednesday, August 26, 2009

LuAhaN JaNtUnG 2504 PeLaJaR DPLI Di UPSI ...

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))

Oleh SALINA

Saya mewakili 2,504 orang pelajar program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) pengambilan Julai 2009/2010. Kami yang ditempatkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengalami 1001 satu pengalaman dan cabaran besar buat kami yang bakal bergelar guru suatu hari kelak.

Kami terpaksa membayar yuran sebanyak RM250 sebagai yuran pendaftaran Minggu Suai Kenal walaupun kami pelajar tajaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia selama satu tahun.


Kami juga tertanya-tanya kenapa yuran tersebut terlalu mahal dan tidak berpatutan dengan apa yang kami lalui sepanjang tiga (3) hari program induksi itu.

Untuk pengetahuan, kami hanya mendapat beg, baju batik, tali leher, payung, dokumen-dokumen seperti buku program, brosur dan etika pemakaian (kesemua ini difotokopi sahaja).


Selain itu, kami juga dihidangkan dengan dua jenis lauk sahaja dan apa yang menyedihkan adalah kualiti makanan serta air tersebut tidak setimpal dengan harga yang kami bayar. Kami turut dihidangkan dengan lauk yang sama pada dua hari berturut-turut iaitu sayur taugeh dan ikan goreng sahaja. Malahan pelajar-pelajar DPLI tidak langsung disediakan dengan minuman air mineral selama berlangsungya minggu suai kenal.


Menurut rakan-rakan lain yang mengambil program DPLI di universiti-universiti lain, mereka tidak dicaj untuk yuran pendaftaran induksi kecuali UPM yang hanya mengenakan RM50.


Kami ditempatkan di bilik kuliah Proton City yang memuatkan lebih 90 orang pelajar dalam suasana bilik darjah biasa.


Dapatkah anda bayangkan betapa sesak dan tidak kondusif suasana pembelajaran yang sedemikian? Sepatutnya pihak pengurusan harus menyediakan dewan dengan susunan tempat duduk teater. Ini memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran di antara pensyarah dan pelajar.


Pada pandangan kami, UPSI lebih mementingkan kuantiti berbanding kualiti. Diharap pihak pengurusan UPSI memberi perhatian terhadap perkara ini supaya mutu pengurusan dapat dipertingkatkan.


- SINAR HARIAN

P/S : bukan itu sahaja , mereka tidak disediakan kolej selepas minggu induksi ( pelajar2 ini memang tahu hal itu ) , tapi hati perempuan beta terusik apabila melihat pelajar yg 2000 lebih itu mencari rumah hati beta tersentuh ??? teeettttt!!! ... beta lihat sendiri bagaimana keadaan mereka & beta sebagai pelajar juga cuba berempati dah lupa macam mana ejaan dia( meletakkan diri sendiri dalam keadaan mereka ) ... this is the worst thing if it is happen to me ... keadaan ini berlaku mungkin kerana pihak UPSI menghadapi masalah kekurangan bangunan di mana pembinaan kampus baru di proton city masih berjalan ... pihak UPSI mungkin terdesak kerana pekan Tanjung Malim kurang mempunyai bangunan2 besau gedabak ... yang ada pun , proton city jerk kan ... seb baik DPLI setahun jerk kan ... ini baru dugaan semasa belajar , dugaan semasa mengajar belum tentu lagi bagaimana rupanya ... semoga berjaya diucapkan kepada pelajar2 tersebut & diharap sabar serta tabah dalam menjalani hidup sebagai pelajar yang serba mencabar keimanan ... huhu